Ajar dan didik anak-anak adalah tanggungjawab mak ayah dan proses itu berterusan daripada anak baru lahir sehinggalah dewasa. Cuma tentu saja cara atau pendekatan berbeza. Bila anak dah dewasa, tak boleh guna pendekatan marah-marah lagi kan?

Ajar Anak Baru Anak Faham

Sebenarnya bab anak-anak sangat sensitif. Ada mak ayah yang kononnya terlalu sayangkan anak tapi sebenarnya mereka sedang ‘merosakkan’ anak-anak. Mana taknya,  anak dibiarkan saja bebas melakukan apa saja, dengan alasan biarlah mereka nak ‘explore’ dan mencuba.

Memang betul lah, tapi bagaimana kalau anak membuat sesuatu yang tak sepatutnya? Dalam hal ini, tak boleh letakkan kesalahan pada anak sebab mak ayah yang tak didik. Misalnya adab bila bertandang ke rumah orang. Tak kira rumah jiran tetangga atau rakan-rakan.

Ajar Anak Adab Ke Rumah Orang, Jangan Buat Macam Rumah Sendiri!

Ajar Anak Tahu Batas Mereka

Biasalah budak-budak. Bila ke rumah orang, kadangkala ada perangai yang muncul tiba-tiba sedangkan di rumah tak pula dia buat. Kalau kat rumah sendiri, elok je duduk atas sofa. Tapi, bila pergi rumah orang, boleh dia melompat-lompat atas sofa orang. Ada mak ayah yang larang, baguslah. Tapi ada juga yang buat tak tahu saja. Agak-agak tuan rumah ‘sakit mata’ tak menengoknya?

Kita faham sikap budak-budak. Setakat bising-bising dan tak duduk diam, itu normal. Tapi janganlah sampai masuk ke bilik tidur atau membuka peti sejuk rumah orang pula ye. si anak itu berasakan perbuatan itu tak ada salahnya. Bukan mereka buat benda yang tak elok seperti ambil barang orang tanpa kebenaran. Tapi kalau dah berani buka peti sejuk orang dan ambil makanan di dalamnya, agak-agak patut atau tidak perbuatan itu?

IKLAN

Mungkin saat ini, anak akan minta kebenaran tuan rumah untuk mengambil makanan yang dah dilihat itu. Mungkin tuan rumah tak kisah pun bab nak bagi makanan tu, tapi alangkah tak manisnya bila anak kita yang menyelongkar peti sejuk orang! Tak malukah kita pada tuan rumah?

Di sini, bukan soal boleh tak boleh ambil makanan itu. Tapi, ADAB bila ke rumah orang. Makanlah makanan yang orang hidangkan. Walau pun anak susah duduk diam, tapi jangan sampai dia berani masuk ke bilik tidur tuan rumah. Apatah lagi bilik tidur adalah tempat privacy tuan rumah.

Baca lagi artikel menarik di sini:

Didik Anak Supaya Faham Pintu Amal

IKLAN

Ayah Hebat Adalah Yang Anak Hormati, Bukan Takuti!

Ikuti Mingguan Wanita di instagram

Bila Ke Rumah Kawan, Jaga Tingkah Laku

Anak-anak yang berkawan dengan anak-anak jiran tentu akan saling berkunjung ke rumah masing-masing. Sentiasa pesan pada anak, kalau boleh hanya setakat ruang tamu saja. Jangan suka-suka berkeliaran di dalam rumah orang. Bayangkan kalau ada barang hilang. Agak-agak apa akan jadi? Silap hari bulan, anak kita dicurigai. Langkah selamat, jangan masuk rumah terutama kalau mak ayah kawan itu tiada di rumah.

IKLAN

Pinjam Barang Orang Dengan Kebenaran

Normal lah budak-budak. Ada masanya mereka tertarik dengan mainan yang ada di rumah orang. Pesan pada anak, kalau nak main, mesti dengan izin si empunya. Jangan rampas saja. Setelah itu, ia hanya setakat di rumah itu saja. Hendak balik, pulangkan semula pada anak tuan rumah, dengan ucapan terima kasih. Bayangkan kalau kita dapat ajar sikap begini pada anak-anak kita. Seronok tak rasa hati?

Lagi satu, pesan dengan anak-anak, jangan suka-suka bertukar barang dengan rakan lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan mak ayah rakan itu. Kalau rosak, agaknya apa mak ayah rakan itu akan cakap? Kan tak syok.

Anak-anak kita, tugas kita yang mendidik. Biarlah anak kita tak secemerlang anak orang lain namun dirinya penuh dengan adab dan sopan. Untuk itu, sikap itu perlu didik dari kecil. Ya, bukan senang nak didik anak. Tapi, jangan putus asa. Ingatkan mereka berkali-kali tanpa jemu dan sehingga mereka faham.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI