air rebusan pink

Nampak macam air jambu tetapi khasiat air rebusan pink sangat berkesan bagi wanita yang sudah lama berniat nak kempiskan perut yang buncit.

Ini petua daripada Puan DiaNa Said, katanya dia sendiri sudah mencuba dan kali ini nak berkongsi pula dengan anda yang mahu hilangkan buncit cara selamat.

Kesan Air Rebusan Pink Pada Perut

Pagi ni Hakak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan sebab apa yang kita makan senang jer dibuang.

Boleh guna macam-macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni Hakak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.

Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.

Bahan yang diperlukan:

2 biji lemon
3 asam keping
3 biji asam masin
3 inci halia

Cara membuatnya:

1) Rebus 1 liter air.
2) Basuh semua bahan dan potong kecil.

3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.
4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.
5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.

Lebih berkesan buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.

Excited nak try kan, sebab confirm selamat nak kempiskan perut. Sekiranya suka, boleh kongsi resepi ini. Selamat mencuba semua.