Doa Seorang Ibu
“Emak kami hari-hari doakan agar tiket konsert ‘sold out’,” seloroh Ali Sariah, vokalis utama Masdo sambil memperkenalkan ibunya, Sariah. Putuceri pula memperkenalkan ibunya, Rohibiah, yang sama-sama berkongsi momen syahdu di pentas.
10 Tahun Suka Duka Masdo
Konsert yang mengimbau 10 tahun suka duka Masdo sejak 2015 turut menampilkan 21 lagu termasuk karya jarang dipersembahkan seperti Kasih & Sayang dan Lautan Asmara. Lebih manis, pentas mereka turut diwarnai dengan penampilan artis jemputan yang pernah menjadi inspirasi Masdo, antaranya Heidi Moru, Noh Salleh, Hujan dan Fizan Bittersweet.
Kemuncak konsert menyaksikan gabungan dua nama besar indie tanah air, Masdo dan Hujan, mendendangkan lagu ikonik Aku Scandal
“Pejam celik sudah 10 tahun kami berkarya. Kami bermula dari bawah, dan sampai di sini kerana doa ibu dan sokongan anda semua,” kata Ali penuh syukur, sambil mengumumkan perancangan album baharu tidak lama lagi.
Konsert itu membuktikan di sebalik glamor dunia seni, kasih seorang ibu tetap menjadi “ratu hati” sebenar yang mengiringi langkah anak-anak ke puncak kejayaan.
Dalam apa jua bidang, tak kira sama ada seni, perniagaan, rumah tangga, mahupun kerjaya profesional doa seorang ibu adalah pendorong yang sering tidak terlihat, tetapi paling kuat mengangkat.
Mungkin rezeki yang datang tanpa diduga, mungkin pintu kejayaan yang terbuka luas, semuanya berkat doa seorang ibu yang lirih di sejadah, meski anaknya jauh di mata.
Buat para ibu, jangan pernah berhenti mendoakan anak anda walau dalam sibuk menguruskan rumah tangga. Doa anda mampu menjadi benteng saat mereka diuji, dan penguat ketika mereka hampir menyerah.
Dan buat para anak, hargailah ibu anda selagi masih ada. Ingatlah, kejayaan sebenar bukan sekadar sampai ke puncak, tetapi dapat membahagiakan insan yang paling banyak berkorban dalam diam iaitu ibu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE