penawar sakit gatal

Selain mendapatkan perubatan moden dengan berjumpa doktor di klinik dan hospital, salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan adalah mencuba rawatan alternatif sebagai penawar.

Jika mengalami, penyakit kulit seperti kegatalan, kurap, kayap dan sebagainya boleh usahakan mencuba cara yang yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini.

“Petua ini hanya lah sebagai ikhtiar sahaja.Selebihnya kita berserah pada Allah. Dengan Izin Allah Inshaa Allah akan sembuh.Pesakit saya yang terkena gatal-gatal beginilah caranya saya buat.Ada yang sembuh ada juga yang tak sembuh semua atas izin Allah.”

“Ditekan kan lagi sekali ia hanyalah sebagai ikhtiar sahaja. Pastikan anda yang mengalami masalah kulit di sarankan Jumpa #DoktorPakarKulit juga. Doktor pakar pun mempuyai ubat yang baik untuk meyembuhkan sakit gatal ini. Apa pun semua atas izin Allah..kita hambanya jangan pernah putus berusaha dan berdoa.InshaaAllah pasti di permudahkan Allah.Moga bermanfaat pada mereka yang memerlukan Aamiin” jelasnya.

Berikut perkongsian tersebut;

Penawar Sakit Gatal Kulit Pada Seluruh Badan

Sekiranya mengalami kegatalan pada kulit terkena kayap, gatal-gatal, kurap dan sebagainya berkenaan kulit boleh amalkan cara di bawah:

1. Ambil Air Panas suam di masukkan 3 sudu garam halus kacau sampai larut dan masukkan lada hitam 1 biji dalam air tersebut lalu di baca:

Al Fatihah 7x
dan baca Zikir “Yaa Saalam” sebanyak 70x”
Di akhiri selawat 7x

2. Selesai membaca diatas sapukan air garam tersebut tempat pertama yang terkena gatal selepas itu baru sapu tempat lain.

Inshaa Allah siapa yang terkena kayap kebiasaanya 3 hari kering sembuh dan termasuk sakit gatal yang lain.

Buat dengan yakin dan ikhlas Inshaa Allah di permudahkn.Semoga dapat manfaat untuk kita bersama.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi salah satu ikhtiar dalam mengubati masalah penyakit kulit yang dihidapi. Ilmu Allah itu luas, tidak salah mencuba pelbagai cara sebagai salah satu usaha memulihkan penyakit yang dialami.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin