Selebriti

Ada Usikan Nakal Peminat Tapi Zahiril Adzim Tidak Suka Melayan, Skip & Tiada Rahsia Dengan Shera Aiyob

Share

Pasangan low-profile, pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob antara artis yang disenangi ramai. Dengan lakonan yang selalu berkesan setiap watak yang dibawa, ini meninggalkan kesan di hati penonton sehingga ramai yang suka dengan Zahiril atau lebih mesra dengan panggilan Bob.

Ada Usikan Nakal Peminat

Bercerita soal usikan netizen atau peminatnya, pelakon filem “Kami” (2008) ini memilih untuk mengelak melayan mesej nakal yang dikirimkan ke akaun media sosialnya.

Menerusi satu portal hiburan, Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 41, berkata, lumrah dalam kerjayanya berdepan usikan yang dianggap sebagai asam garam hidup anak seni.

“Ya, ada penonton DM (mesej langsung) di Instagram terutama selepas tonton drama atau filem lakonan saya. Jika sempat saya balas.

Zahiril Adzim Tidak Suka Melayan

“Tetapi kalau ada yang nampak menjurus kepada perkara lain atau terlebih mesra, saya elak atau skip terus. Tidaklah sampai nak block (sekat).

“Selalunya mesej sebegitu hanya usikan. Ada juga netizen sengaja nak test. Apa pun demi keharmonian rumah tangga, kita elakkan (layan),”

katanya lagi.

Menurut suami kepada pelakon, Shera Ayob itu, isterinya juga mengetahui hal tersebut memandangkan segala perkara dikongsi bersama.

Tiada rahsia apatah lagi kami berdua dalam bidang sama. Dia pun tahu ramai yang suka mengusik dengan bagi DM macam itu,”

ujarnya.

Skip & Tiada Rahsia Dengan Shera Aiyob

Sepanjang 15 tahun perkahwinan, dia bersyukur persefahaman menjadi teras yang mengukuhkan lagi rumah tangganya. Ini adalah fasa mengenali pasangan dengan lebih dekat dan anak penjadi pengikat hubungan.

Malah dia dan isteri sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

“Kami bersyukur sebab ada anak yang semakin menguatkan lagi kasih sayang dalam kehidupan berumah tangga ini.

Perkahwinan juga ada turun dan naik, cuma setiap pasangan kena saling membantu selain suburkan lagi cinta walaupun sudah beranak pinak,” katanya.

Untuk rekod, Zahiril dan Shera Aiyob berkahwin pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi yang kini berusia 13 tahun.

Gambar: Shera Aiyob

Published by
Nadia