Tengah bawa kereta, tiba-tiba dengar bunyi hon. Mulalah kelam kabut fikirkan apa yang telah kita buat tadi. Terdapat kemungkinan juga:
Keadaan inilah yang membuatkan pemandu lain naik angin. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi orang lain juga. Lebih teruk lagi, boleh memberi tingkah laku agresif pada orang lain.
Kupasan lanjut topik hari ini dalam Mingguan Wanita Talkshow yang dihoskan oleh Siti Elizad dan Sherry Al Hadad adalah Tingkah Laku Agresif yang membincangkan tentang pembuli jalan raya dan bagaimana seseorang itu boleh menjadi agresif bila memandu.
Menurut Datuk Seri Akhbar Satar, pakar kriminologi, apabila bunyi hon di jalan raya, itu menandakan seseorang itu mempunyai masalah mental kerana dia melepaskan geram di atas jalan raya.
Malah, dengan cetusan ini jugalah boleh membuatkan kita marah dan lebih teruk lagi pemandu kenderaan akan saling bertindakbalas. Inilah yang akan menjadi salah satu pembuli jalan raya.
Antara tip yang disarankan oleh Datuk Seri Akhbar Satar semasa berada di jalan raya bagi mengelakkan tingkah laku agresif ialah:
Ikuti kupasan lanjut dalam siaran ulangan pada jam 5 petang ini bersama hos Siti Elizad dan Sherry Al Hadad. Antara tetamu jemputan lain ialah Suzana Norlihan Ujen, Peguam Jenayah, dan artis jemputan Ryan Deedat.
#mingguanWanitaTV
#mingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121