
Eyra Hazali
Adat dunia glamour, mestilah wujud perempuan yang DM tepi untuk mengusik atau mungkin mahu ‘cuba nasib’. Begitulah yang dilalui oleh pelakon, Eyra Hazali, sesekali ada wanita mesej suaminya yang juga penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli.
Walau bagaimanapun, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali meluahkan rasa syukur kerana suaminya itu tidak melayan malah terbuka untuk berkongsi kata laluan akaun media sosial dengannya.
“Orang Sarawak cantik-cantik! Bukan setakat cantik, masuk DM suami kita lagi. Kadang-kadang bila Haziq hantar kita orang ke airport ke, adalah yang DM, ‘Hai kita dekat Kuching tau, jom jumpa kat Kuching ni.’
“Ada je, ramai je. Tapi Alhamdulillah sebab Haziq dia memang share password semua dengan saya jadi kalau notification masuk ke apa memang masuk ke telefon saya juga.
“Haziq memang tak layan. Alhamdulillah, Haziq ni apa yang saya kenal memang bukan seorang macam tulah. Kita tak berani nak menjanjikan tapi dia memang family man. Apa-apa dia akan go through saya dulu,” kongsinya.
Dalam masa yang sama, Eyra memaklumkan dia lebih memilih untuk tidak memperbesarkan perkara itu selagi ia tidak melampaui batas.
“Tapi Haziq punya tangan pun rajin untuk block. Sebab kalau tengok Haziq punya block list tu pun ramai, perempuan-perempuan lah,”
kongsinya lagi.“Bagi saya, selagi tak melampaui batas, insya-Allah tak ada apa-apa sebab saya tak nak buat perbesarkan perkara itu.
“Sebab suami kita pun tak melayan, buat apa kita nak layan. Walaupun tangan ni gatal je sebenarnya nak reply. Insya-Allah rasa insecure tu tak ada. Tak, insya-Allah saya cantik apa?” selorohnya.
Di akhir perbualan, Eyra berharap orang ramai mendoakan agar perkahwinannya bersama Haziq dilindungi Allah SWT daripada sebarang ujian yang tidak diingini.
“Kadang-kadang perempuan macam tu lah, bila tengok lelaki dah berjaya, success, itu yang diorang lagi tertarik.
“Lebih-lebih lagi bila ada isteri. Mereka tengok cara layanan lelaki itu kepada isteri, kepada anak-anak. Itu yang diorang lagi tertarik pada para suami kot.
“Tapi insya-Allah, doa-doalah untuk kita orang. Pada wanita yang nak try Haziq, ingatlah saya Eyra Hazali tahu. Saya cantik tahu, anak saya comel… elok sangat!,” selorohnya lagi.
Sekadar info, Eyra dan Haziq yang merupakan penjaga gol bagi pasukan Kuching City FC mendirikan rumah tangga 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar.
Sumber: astro gempak