Sesungguhnya orang yang memiliki atau ada emas bukan orang miskin, sebaiknya gadai dulu jika hendak kategorikan diri itu susah.
Ramai lagi orang di luar sana masih susah dan harapkan bantuan serta tiada langsung duit untuk dimakan. Ini tidak, gelang, rantai dan cincin emas masih dipakai namun kerap mengeluh tiada duit untuk dimakan.
Inilah masanya untuk gunakan barang kemas kerana mak, ayah bukanlah orang miskin pun.
Ada EMAS Bukan Orang Miskin
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
“Orang yang ada emas (barang kemas), dia bukan orang miskin…”
Kalau sekarang dia rasa dia miskin, perlu bantuan, tidak ada apa yang boleh dimakan, dia kelaparan, maka dia kena gadaikan emas itu dulu, dapat duit, beli makanan dan keperluan harian…
Kredit Foto : Facebook Firdaus Shakirin
“Alaa, sayang… Baru beli saja selepas ambil duit I-Sinar baru-baru ini…”
Kalau sayang? Rendam dalam air, minum air itu sampai kenyang… Kau bukan susah, kau cuma tak boleh hidup susah… Time nak riak, time nak update, kau tak fikir pula bab-bab masa depan sebab dalam otak itu, emas adalah pelaburan…
Pelaburan apanya beli bulan lepas, bulan ini kena gadai…
“Saya jenis tak boleh pegang duit dekat tangan, nanti habis… Sebab itu guna beli emas…”
Ads
Alasan, standard sangat sudah ayat itu… Kalau mak, ayah simpan dalam Tabung Haji, ASB (Amanah Saham Bumiputera), atau Akaun Simpanan anak-anak tak boleh?
Tidak Ada Pelaburan Jangka Pendek
Tidak ada sesiapa pun yang suruh letak dalam akaun sendiri kalau sendiri sedar yang diri itu tak boleh kawal nafsu berbelanja…
Apapun pelaburan, tidak ada pelaburan short term ya tuan-tuan dan puan-puan especially time Covid-19 ini… Yang short term ini semuanya MLM (multilevel marketing) penipu datang naik BMW tu…
Gadai emas dulu sebelum hendak kategorikan diri sendiri itu sebagai orang “SUSAH”…
Mingguan Wanita : Inilah masa terbaik untuk mak, ayah gunakan emas yang ada. Bukannya meminta bantuan sedangkan mak,ayah masih memiliki baerang kemas untuk dijual atau digadai.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Guru muda, Mohd Izranuddin Jelani yang dikongsikan kisahnya oleh Fuad Razali, Yang Dipertua PIBG Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin ini luar biasa semangat berkebunnya. Projek Sekolah Lestari iaitu tanam cili fertigasi yang dikendalikan sejak tahun lalu di sekolah telah memberi pulangan sehingga RM11 ribu.
Itu satu jumlah yang besar untuk projek tanaman sekolah. Seharusnya menjadi contoh pada guru-guru yang lain. Lalu beliau menetapkan satu temujanji untuk mendapatkan sedikit ilmu dan tips penanaman dengan guru muda hebat ini.
Setiap Inci Tanah Di Sekolah Ada Nilai
Saya mengenali guru ini, Mohd Izranuddin Jelani, tahun lalu melalui grup perkebunan dalam FB. Teruja dan kagum melihat minatnya dan kesungguhannya melaksanakan Projek Sekolah Lestari di sekolahnya, maka saya menghubungi beliau menyatakan hasrat saya untuk melawat projek berkenaan.
Apa tidaknya, dia memuat naik hasil tanaman seperti buah limau kasturi dan cendawan tiram melalui page berkenaan. Alhamdulillah, selepas beberapa kali tertunda, Allah SWT makbulkan hasrat saya semalam.
Kira-kira jam 5.40 petang semalam, saya dan Cikgu Izra bertemu di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
Bekas wartawan Sinar Harian itu mula mengajar di sekolah berkenaan pada tahun lalu. Walaupun mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, dia diberi tanggungjawab menyelaras program keceriaan sekolah.
Projek Sekolah Lestari itu adalah di bawah kelolaannya bersama-sama kira-kira 80 pelajar anggota Skuad Lestari. Namun yang aktif katanya, 30 pelajar.
Memang hebat daya kesungguhan dan kreativitinya menggunakan setiap inci tanah yang ada di sekeliling sekolah itu dengan tanaman seperti serai (di sekeliling padang sekolah), limau kasturi, jambu batu, durian belanda, dan pisang tanduk.
Bukan itu sahaja, ruang bawah tangga bangunan sekolah turut digunakan sebagai tempat projek penanaman cendawan manakala kaki lima kelas untuk projek tanaman halia. Selain itu, beliau turut memulakan projek madu kelulut.
Untung Berganda Walau Cuma Tanam Cili Di Sekolah
Projeknya yang paling besar dan memberi impak adalah projek fertigasi tanaman cili padi yang dijalankan tahun lepas.
Projek penanaman 490 pokok cili padi itu yang bermula dengan kos kira-kira RM14,000, untuk musim pertama tahun lalu telah memberi hasil kira-kira RM11,000. Tahun ini diteruskan lagi.
Cikgu ini bukan sahaja kreatif untuk menanam pelbagai tanaman berhasil tetapi juga dari segi cara menjana modal kewangan untuk memulakan projek cili berkenaan. Hebat! Tabiklah cikgu!
Alhamdulillah, benar kata orang, ilmu itu ada di mana-mana. Walaupun saya bekas graduan pertanian, saya pun tercari-cari macam mana nak buat projek macam tu kat sekolah. Semalam saya belajar ilmu yang sangat berguna daripada graduan bukan pertanian!
Terima kasih cikgu Izra yang sudi meluangkan masa melayan saya, membawa saya melawat dan berkongsi pengalamannya mengendalikan projek berkenaan.
Semoga Allah berkati usaha cikgu dan semoga usaha cikgu mencapai kejayaan.
Elok sangatlah suburkan amalan bersedekah terutama di hari Jumaat. Tak kisahlah pada mak ayah, nenek atuk, anak-anak mahupun makcik pakcik yang ada di sekeliling kita. Berkat sedekah duit ringgit atau apa saja itu nanti kita juga yang rasa.
Formula sedekah itu sejak dari dulu lagi tak pernah berubah. Satu kau sedekah, Sepuluh Allah beri semula dekat kita. Tapi ada lagi yang rugi tak ambil peluang.
“Ni sajalah nak nasihat kat muda mudi generasi XY budak-budak hipsters la ni… kalau time ghaya ni, buat yang dah bekerja dah ada gaji… duit raya sediakan jugaklah kat orang-orang tua makcik pakcik kita.”
Jangan Dok Kata Tak Dak Duit.. Tak Cukup Duit
Pesannya lagi, ketika menghulur sumbangan raya itu, janganlah cuma beri pada mak ayah semata. Jika ke rumah orang-orang lebih tua hulurlah mana mampunya untuk mereka. Lagi-lagi orang-orang tua yang dah tak mampu bekerja ni.
“Janganlah dok harap depa nak bagi kat kita lagi… la ni turn kita pulak yang bagi balik kat depa… sebab masa kita kecik, depa dok tanggung kita bagi macam-macam walaupun bukan mak pak kita.. apa salahnya bagi duit raya… bukan banyak pun.”
“Sebab depa la ni dah tua mana larat nak kerja… ini semua berkat jugak untuk masa depan kita.. sat gi depa doakan untuk kita jugak.. jangan dok pikiaq mak pak masing-masing ja.. mak sedara pak sedara pun fikirkan juga naa… yang budak-budak tu sekurang-kurangnya ada makpak lagi yang bekerja,”
“Jangan dok kata tak dak duit tak cukup duit… macam mana nak ada duit kalau 10 hinggit pun berkira.” Tulis Azrinaz yang semakin berseri-seri selepas mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.
Sebagaimana yang dikongsikan @salimahabibi melalui hantaran video suaminya, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pemberian duit raya yang dilakukan di Malaysia ini bukanlah diambil dari budaya bukan Islam. Malah perbuatan ini telah diamalkan para ulama’ zaman berzaman.
“Kita betulkan pandangan semula tentang duit raya yang kita bagi pada Hari Raya. Ada yang sebarkan bahawa ia adalah ditiru daripada budaya ang pau dari masyarakat Cina, sedangkan sebelum itu lagi ia telah diamalkan para masyaikh.”
“Niat sunnah. Niat sedekah dapat pahala.”
MW : Jom gandakan pahala kita terutama di hari Jumaat bulan Syawal penuh barakah. Bersedekah dengan penuh keikhlasan.
Sejak Rabu lalu, satu persatu kerbau milik Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 15 mati disebabkan penyakit hawar berdarah atau Haemorragic Septicamia (HS). Jumlahnya lebih 41 daripada 110 kerbau mati secara mengejut.
Lebih menyedihkan, ada ibu kerbau yang sedang menyusukan anaknya mati kerana penyakit itu. Baru sebulan lalu, ibu kerbau melahirkan anaknya. Terpinga-pingan anak kerbau bila lihat ibunya dah tak bernyawa.
Baik Syukur, mahupun ayahnya Khamis Jusoh, 64 dalam kebuntuan. Tak tahu cara mana lagi nak selamatkan kerbau-kerbaunya yang masih tinggal.
Biar pun usaha mengalihkan kerbau-kerbau lain sejauh 30 meter dari kandang utama, tetap masih juga ada yang terkena simptom hawar berdarah.
Pesanan Dari Menteri Agama
Berita kematian kerbau Mowgli Malaysia ini sampai juga ke pengetahuan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Di laman instagramnya, beliau menitipkan pesanan.
“Pagi ini menerima berita kematian mengejut 36 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.
Doa Ketika Ditimpa Musibah اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”
Hebat ujian Khamis Jusoh dan anaknya ini. “Sekiranya kerbau yang ada tidak dapat diselamatkan apa boleh buat, semuanya kehendak Allah dan saya perlu redha.” Ungkap Khamis lagi.
Hari ini, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memaklumkan, jalan akhir adalah melalui suntikan antibiotik.
Kata Dr Mohd Termizi Ghazali, “Hanya itu saja usaha yang boleh diambil untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih tinggal.” Hari ini, 58 kerbau Syukur diberikan suntikan itu.
Pemantauan kerbau di kandang kerbau turut dilakukan, supaya penyakit itu tak menular ke tempat lain.
“Segala pergerakan ternakan kerbau dan kerbau di kawasan Kampung Sedara ke kawasan lain tak dibenarkan. Arahan halangan yang dibuat itu sehingga wabak pulih sepenuhnya.”
Malah pihak tak berkaitan terutama orang awak pun tak dibenarkan memasuki kawasan kandang kerbau berkenaan. Sesiapa yang melanggar arahan boleh dikenakan tindakan mengikut subseksyen 70 Akta Binatang 1953 (Akta 647).
“Jika sabit kesalahan boleh didenda tak melebihi RM5,000 atau penjara selama tak melebihi enam bulan.” katanya lagi.
MW : Semoga Syukur dan ayahnya diberi ketabahan dan kecekalan dengan ujian ini.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...