Abby Abadi mahu selamatkan anak dari hubungan rumahtangga toksik, “cukuplah dua tahu tahu saya berdiam diri. Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi akhirnya membuka mulut mengenai perjalanan rumah tangga anaknya, Marissa, selepas hampir dua tahun memilih untuk berdiam diri.
Dalam perkongsian terbaharu di threads, Abby mengakui selama ini dia memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga anaknya, meskipun pelbagai cerita dan isu timbul.
“Dah 2 tahun saya biarkan cerita ini berlalu. Saya biarkan anak saya merasa sendiri pahit dan manis jalan yang dia pilih. Saya biarkan pihak lelaki buat apa saja sebab kata, dia ada haknya sebagai suami. Tak pelah hilang hak pun sebagai ibu sebab ikutkan kehendak anak,” jelas Abby.
Namun begitu, bintang kelahiran kumpulan Elite ini menegaskan bahawa tindakannya berdiam selama ini tidak bermaksud dia menutup mata. Sebaliknya, Abby memilih untuk menghormati keputusan anaknya serta memberi ruang agar Marissa belajar melalui pengalaman hidup sendiri.
Selepas tempoh panjang berdiam, Abby kini tampil dengan pendirian baharu. Beliau menegaskan sudah tiba masanya untuk campur tangan demi menyelamatkan anaknya daripada hubungan yang disifatkan sebagai toksik.
“Tapi yang saya update nak selamatkan anak saya dari hubungan toksik (antara dia dengan pihak lelaki) tu hal baru. 2 tahun berlalu. Pada saya cukup lama untuk membiarkan anak saya terus berada dalam hubungan yang menyusahkan diri dia & membuatkan dia memendam rasa,” tambahnya.
Pengakuan berani Abby ini nyata menarik perhatian ramai, khususnya peminat yang selama ini mengikuti kisah peribadi keluarga beliau. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib Marissa dan memuji kecekalan Abby sebagai seorang ibu yang sentiasa mengutamakan kebahagiaan anak-anak.
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat, mendoakan agar Marissa segera keluar daripada lingkaran hubungan tidak sihat dan kembali membina kehidupan baharu yang lebih tenang.
Abby Abadi, yang terkenal dengan ketegasan prinsip serta lantang bersuara dalam isu kekeluargaan, sekali lagi menunjukkan bahawa kasih seorang ibu tidak pernah luntur meskipun diuji dengan keadaan yang sukar.