Abam Dah TIADA.. Isteri Kejut Solat Subuh Tiada Tindak Balas

Share

Pagi ini dunia hiburan dikejutkan dengan permergian Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali, 29 turut mengesahkan perkara tersebut.

Demam & Mengadu Sakit Kepala

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu. Abam meninggal dunia ketika tidur dan hanya disedari apabila ingin mengejutkan suaminya untuk solat Subuh.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,”

katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

Sementara itu, di Instagram Fad Bocey dan Achey, rakan sekumpulan pelawak ini ada berkongsi rasa sedih, terkilan atas pemergian awal Abam.

“Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu”, tulis Fad pada ruangan kapsyen.

“Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…” luah Achey

Dilaporkan jenazah akan dimandikan di rumah dan akan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolatkan selepas Solat Asar.

MW: Salam takziah buat keluarga Abam. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini Abam. Tenang dan damailah kamu menemui PenciptaMu disana bersama para salihin. Al Fatihah.

Sumber: Gempak, Fad Bocey, Acheykintangkintung

IKLAN