Abai & Aniaya Bella, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

Share

Abai & Aniaya Bella, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun. Terbaru pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, kekal dipenjarakan 12 tahun oleh Mahkamah Rayuan berhubung sabitan atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella, empat tahun lalu.

Abai & Aniaya Bella

Terbaru menerusi laporan Berita Harian panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Azman Abdullah, bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz, sebulat suara menolak rayuan akhir Siti Bainun.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang diberikan pihak pendakwaan dan pembelaan, kami mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya atas kedua-dua pertuduhan, melampaui keraguan munasabah.

“(Dan) perayu telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Dengan ini sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan, rayuan atas sabitan adalah ditolak.”

Untuk rekod pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mensabitkan dan menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Bainun, memerintahkan dia menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia yang didakwa mengabai dan menganiaya mangsa di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari hingga Jun 2021, juga diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Siti Bainun juga sudah menjalani hukuman di Penjara Kajang selama dua tahun, gagal dalam permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selepas ia ditolak oleh mahkamah sama.

Pada 2 Mei 2024, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Siti Bainun untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu, dan dia kemudiannya merayu keputusan di Mahkamah Rayuan.

Bella Merupakan Remaja OKU Pada Ketika Itu Berusia 13 Tahun

Azman juga menerangkan tidak dapat dinafikan kecederaan dialami Bella iaitu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang berusia 13 tahun ketika itu seperti dalam keterangannya, bukan boleh berdiri sendiri.

Hakim itu berkata, ia sebaliknya disokong saksi mata iaitu bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood dan saksi kelapan pendakwaan iaitu Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam.

Menurut Azman, begitu juga dengan keterangan beberapa pegawai perubatan yang menyatakan kecederaan yang dialami Bella bukan kecederaan tidak disengajakan dan bukan kecederaaan akibat tindakan sendiri, serta bukan melalui satu insiden sahaja.

“(Kecederaan) itu berlarutan dalam jangka masa tertentu, jika dilihat laporan perubatan Bella dan gambar dengan jelas menunjukkan kecederaan serius pada diri seperti luka melecur pada kedua-dua bawah lengan dan kesan luka lama pada bahagian kepala, muka, leher kiribahagian belakang badan, badan perut ,peha kanan yang sebahagiannya terjadi akibat lecuran dan luka terbakar.

“Ia (kecederaan) itu ketika Bella berada dalam jagaan perayu, seperti yang diamanahkan melalui perintah Mahkamah Majistret bermula daripada 24 September 2029 hingga Bella mencapai umur 12 tahun.

“Secara langsung Bella adalah di bawah jagaan perayu. Percanggahan yang dibangkitkan oleh peguam perayu sama sekali tidak menggugat kewibawaan saksi pendakwaan kelima (Yasmin) sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai.

Azman juga menerangkan, selain itu panel mendapati tiada apa-apa motif oleh Yasmin untuk menganiayai Siti Bainun kerana dia hanya bertindak di atas arahan perayu.

Sumber : Berita Harian

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Published by
Norhayati Suboh