Dikala pihak sekolah dan guru-guru bertungkus lumus membuat persiapan akhir sempena pembukaan sekolah, demi memastikan keselesaaan murid-murid dan para pelajar dalam menghadapi persekolahan norma baru. Sungguh malang tidak berbau, jasa dan keringat guru ini hingga ke akhir hayat. Dilaporkan seorang guru lelaki tergelincir dari balkoni ketika sedang melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah semalam.
Persiapan Akhir Pembukaan Sekolah
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga guru Matematik tergelincir dari balkoni belakang tingkat satu di SK Batu Gajah, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah itu.
Mangsa yang terjatuh pada ketinggian tiga meter parah di kepala akibat terkena longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.
“Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter.
“Mangsa mengalami kecederaan di kepala berikutan terkena bahagian longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Tanah Merah.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.
“Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan kesemua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok.
Ads
“Mangsa yang mempunyai lima orang anak mengajar Matematik di sekolahnberkenaan sejak 17 tahun lalu,” katanya.
Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Luangkan Masa Tidur Lewat
Sementara itu, Muhammad Zulhakim, 21, anak kepada guru, Rosle Abdul Aziz, 54, ayahnya seminggu sebelum kejadian ayahnya lebih kerap meluangkan masa dengan anak-anak dan tak menyangka ia antara petanda sebelum meninggal dunia.
“Abah selalunya tidur awal, namun sejak seminggu lalu, dia sanggup meluangkan masa dengan anak sehingga kami semua masuk tidur pada 12 tengah malam.
“Memang agak pelik dan tidak menyangka itu petanda abah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” luah Muhammad Zulhakim Rosle.
Ads
Abah Memang Minat Bertukang
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, kira-kira setengah jam sebelum kejadian, mangsa menghubunginya meminta dokumen persekolahan
adiknya dan dia sempat ke sekolah berkenaan pada 12 tengah hari.
“Saya sampai ke sekolah dan hanya adik keluar bertemu abah untuk menyerahkan dokumen. Kami tidak sangka tidak lama kemudian, mama menghubungi saya memaklumkan kejadian menimpa abah.
“Abah sebelum ini ada menceritakan setiap kelas di sekolahnya memasang sinki sebelum pembukaan sekolah esok dan abah memang minat bertukang.
“Walaupun kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini, namun kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan
Hospital Tanah Merah (HTM), hari ini.
Ads
Ayah Bertanggungjawab & Pentingkan Keluarga
Muhammad Zulhakim turut menyifatkan kehilangan bapanya sangat dirasai mereka sekeluarga kerana arwah sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga dalam setiap urusan.
“Abah kami memang terbaik. Abah bagi komitmen penuh kepada kami dengan memberi pendidikan seimbang sama ada sekolah dan pendidikan agama.
“Setiap hari abah hanya menghabiskan masa dengan keluarga, abah tidak suka lepak di kedai kopi seperti orang lain.
“Saya perlu kuat demi adik dan berdoa kami semua dapat menempuhi ujian ini dengan baik,” katanya yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang
(UMP).
Katanya, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pisang Gala.
MW: Besar pengorbanan guru demi memastikan keselesaan murid-murid sebelum masuk ke sekolah. Salam takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Corndog berulat dijual di tapak pesra, wanita kongsi dua adik muntah teruk lepas makan. Kebersihan amat dititik beratkan dalam penyediaan makanan. Ini kerana makanan yang tercemar bukan saja boleh mengakibatkan keracunan teruk malah boleh membawa maut jika kuman sudah tersebar.
Satu perkongsian dari Nor Fazilah berasal dari Serian, Sarawak mengenai corndog berulat yang dijual di tapak pesta pasti membuatkan kita berasa loga tatkala melihatnya. Ini kerana ulat-ulat yang disalut corndog itu cukup besar sekali.
Corndog Berulat Dijual Di Tapak Pesta
Mengakui ianya dibeli di sebuah tapak pesta pada harga RM10 untuk dua batang corndog itu, jelas Nor Fazilah, dua adiknya dikejarkan ke klinik selepas mengalami muntah teruk selepas termakan corndog berulat itu.
Dari gambar dikongsikannya, jelas ulatnya sangat besar-besar dan amat menjijikan.
Ingat nasi tapi rupanya ulat besar-besar pada corndog dibelinya
Selepas kes ini viral, Nor Fazilah akui ada yang seakan tidak berpuas hati apabila dirinya berkongsi gambar corndog berulat itu.
Namun katanya, tiada niatnya sama sekali untuk memburuk-burukkan peniaga sebaliknya meminta agar mereka menjaga kebersihan apabila berkaitan dengan makanan.
Jelas Nor Fazilah, dia sudah menurunkan posting gambar corndog yang dikongsikannya namun katanya dia tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa berkaitan kes corndog berkenaan.
Katanya, adiknya telah pun menerima rawatan di klinik akibat muntah dan sakit perut keterlaluan, malah pihak klinik pun dah siap ambil gambar corndog yang berulat itu.
“Saya bukan menghukum orang tapi jika kena pada keluarga kita, ia pasti terasa juga,” katanya yang memaklumkan laporan polis juga telah dibuat berkaitan hal ini. Ini berikutan ada komen-komen yang dilihat agak negetif selepas kes ini menjadi viral.
Apa pun, jagalah kebersihan saat penyediaan makanan kerana ianya sangat penting.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi bas UPSI. Keluarga Fatin Nasrien diuji, akaun derma ditukar ke akaun peribadi scammer. Keluarga arwah Fatin Nasrien yang sedang bergelut menerima hakikat kehilangan anak sulung, satu-satunya harapan untuk mengubah nasib keluarga sekali lagi diuji apabila wujud individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menukar akaun derma keluarga kepada akaun peribadi milik scammer.
Keluarga Arwah Fatin Nasrien Pelajar UPSI Diuji Lagi
Kisah anak sulung dari keluarga susah ini meraih simpati masyarakat apabila bapanya, Fadli Abdul Rahman, 50 dari Kampung Kerandang, Besut dikatakan meminjam kereta ketua kampung untuk pergi melihat jenazah anak mereka di Ipoh selepas bas dinaiki oleh pelajar Universiti Pendididikan Sultan Idris terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan 15 nyawa tak berdosa.
Kelicikan scammer yang cuba mengambil kesempatan atas bantuan orang ramai ini dilihat agak menjijikan kerana tidak prihatin di atas kesusahan dan kesedihan orang lain dan hanya senang-senang memakan duit haram.
Hal ini dikongsikan oleh Ahmad Nazrul, individu yang banyak terlibat membantu tragedi melibatkan pelajar UPSI dari awal hingga akhir telah berkongsi maklumat ini dan meminta orang ramai agar menyalurkan bantuan kepada akaun yang tertera nama ibu bapa arwah sahaja.
Scammer Tukar Akaun Derma ke Peribadi
Sejak semalam, sumbangan orang ramai terhadap keluarga ini meningkat secara mendadak, menyebabkan pihak bank mula menghadkan jumlah kemasukan dana ke akaun berkenaan. Oleh itu, setiap transaksi baharu perlu disemak dan disahkan lebih lanjut. Masa yang sama, Ahmad Nazrul meminta agar sumbangan dimasukkan ke akaun keluarga ini sahaja.
“Akaun bank ibu Allayarham Fatin telah dibekukan. Pihak keluarga akan ke bank untuk menyelesaikan isu ini dengan segera. Mohon bersabar ye semua. Terima kasih.
Dalam pada itu dirinya meminta agar sumbangan disalurkan ke ayah arwah namun malangnya ada scammer telah mengambil kesempatan kesusahan orang lain.
Fatin Nasrien bukan pelajar biasa. Dia ialah anak sulung daripada lima beradik, seorang pelajar cemerlang dan penuh tanggungjawab. Keluarganya hidup dalam kesederhanaan di kampung dan Fatin sering berkata dia ingin bekerja cepat untuk membantu ibu bapanya.
Bagi orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan buat keluarga ini, berhati-hati sebelum scan QR dan pastikan adalah akaun ibu ayah arwah yang tepat.
Kisah Fatin Nasrien bukan hanya tentang kehilangan. Ia tentang pengorbanan, harapan, dan kini tentang kepercayaan yang dikhianati.
Keluarga ini sudah cukup menderita. Jangan biar mereka terus dizalimi oleh tangan-tangan rakus yang menjadikan duka sebagai peluang.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila lagi nak belanja anak isteri air Starbuck kan. Cuma yang jadi masalah, bagi yang tak biasa masuk kedai air ‘orang ada-ada’ ini kita jadi tersekat. Tak tahu cara nak order.
Nak tanya kawan, takut kena gelak. Sudahnya, tepuk dahi sendiri.
Memahami masalah orang-orang baru macam kita ini, lelaki ini, Joe berkongsi cara dalam tweeternya. Selain cara order, ditunjukkan pula cara nak dapatkan kopi mahal ni dengan harga murah.
Cara Mudah Order Air Starbucks Untuk Orang Baru Nak Mula
Satu : Masuk Starbucks Tengok Menu Board Belakang Barista
Bila masuk je Starbucks ada menu board belakang Barista (cashier/staffs). Ada 5 kategori yang boleh mak ayah pilih.
Untuk saiz pulak menu dia tak sebut small, medium, large. Tapi,
Tall = short Grande = medium Venti = large
Beza harga biasanya RM1.
Ketiga : Pilih Jenis Minuman
Ini rujukan : ada coffe yang tak jual di Malaysia.
Kalau Nak Order Coffee
Untuk COFFEE, ini menu dia. Boleh pilih sejuk atau panas. Second picture sebagai rujukan dan ada yang tak dijual di Starbucks Malaysia.
Ini Order Ice Blended, Lagi MURAH Bila Pilih Dalam Red Circle Tu
Ini paling famous FRAPPUCCINO. Sebenarnya ice blended tapi dipanggil ‘Frap’. Untuk orang baru tak perlu pening, order je yang dalam red circle. My favourite, Java Chip & CCC.
Untuk orang baru, mak ayah tak perlu pening pasal type of milk, syrup, drizzle, pump bla bla bla. Itu semua sebabkan drinks kita jadi mahal (yellow circle). Leave it to the experts. Kita orang baru, order je yang dalam red circle.
Kalau Nak Order Tea Atau Chocolate
Ini untuk menu TEA & CHOCOLATE. Kalau tak suka coffee atau nak minum something yang ringan boleh try iced shaken lemon tea – teh o ais lemon.
Siap!
Kata Joe, “hopefully simple thread ini berguna untuk newbie macam aku.”
Kalau Tak Nak Barista Salah Eja Nama
Satu lagi: NAMA Kalau taknak Barista salah eja nama, tunjuk MyKad. Kalau tak, redha jela dia nak eja macam mana. Tak payah viralkan serupa orang hutan.
Waktu Ada Promosi Pun Boleh Dapat Air Starbucks MURAH
Kalau nak guna mana-mana promosi yang membolehkan dapat harga murah. Mak ayah kena buat 5 langkah ini.
1. Kalau ada promo tanya dulu dekat barista, boleh guna tak promo tu.
2. Pilih minuman – coffe, frap, tea atau choc.
3. Pilih pula saiz – tall, grande, venti
4. Bayar dan ambil minuman.
5. Jangan lupa selfie.
“Ramai yang mention Starbucks mahal. Yes, normal price memang mahal. Tapi kalau apply my tips/promo boleh dapat lagi murah dari Chatime & Tealive. 5-6 hengget or boleh dapat free.”
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.