sistem imunisasi

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Salah satu cara mak-mak boleh meningkatkan sistem imunisasi badan anak-anak adalah melalui pemakanan yang berkhasiat dan mengandungi kandungan nutrisi yang baik. Bukan apa, persekitaran sekarang memudahkan anak-anak dan diri kita terdedah dengan segala ancaman jangkitan penyakit contohnya HFMD.

Ada 8 jenis makanan yang boleh diamalkan serta mampu meningkatkan sistem pertahanan imunisasi dalam badan secara semulajadi.

Jemput baca perkongsian menarik ini sebagai panduan;

“Since doktor cakap TIADA UBAT mahupun VAKSIN yang boleh cure atau prevent HFMD, melainkan kita BOOST IMMUNE SYSTEM supaya yang kene HFMD cepat sihat dan yang belum kene HFMD tak mudah berjangkit, makanya ibu pun gigihla pi shopping beberapa jenis foods untuk boost immune system Qhaeera dan Qhaleef.”

Walaupun HFMD biasanya mudah dijangkiti oleh kanak kanak di bawah umur 5 tahun, tapi still kena jaga juga takut Qhaleef dan kita yang adult ni pun berjangkit sama.

HFMD tiada ubat mahupun vaksin sebab doktor cakap virus dia pelbagai. So belum ada lagi 1 ubat mahupun 1 vaksin untuk hapuskan semua jenis virus tu one shot. Ubat yang diberikan biasanya hanya untuk meredakan ketidakselesaan pada pesakit.

Maka nya, jomla pakat tingkatkan immune system kita dan anak anak dengan makanan yang sihat, serta jaga kebersihan. Bila immune system kuat, bukan takat HFMD je, penyakit dari virus lain pun susah nak hinggap. InsyaAllah.

Ini yang mimi shopping hari Isnin lepas. Ada lemon, orange, cherry, strawberry, mandarin, yogurt, yakult dan sunflower kennel. Cari kiwi dengan blueberries tak jumpa pula. Ini semua untuk boost immune system.

Tapi sushi dengan red velvet tu tak termasukla.Epal tu pun sebab encik suami yang minta belikan. Hihi.

1.Buah Sitrus

Citrus fruits. Semua pun boleh untuk boost immune system. Pilih je yang mana cuma makesure sehari tu janganla makan banyak sangat. Kang kene cherry berry pula.

Tapi untuk anak yang ada ulcer dalam mulut better elakkan buahan citrus ni dulu. Sebab risau ulcer akan jadi lebih sakit.

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

IKLAN

2.Buah Beri

Berries pun sama. Tak kisah any berries semua pun boleh.

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

3.Yogurt

Yogurt. Ini sangat bagus especially untuk baby HFMD yang dah boleh makan tapi tak nak makan sebab mulut penuh ulcer.

Yogurt sejuk boleh bagi reda sikit rasa tak selesa dalam mulut. Doc selalu suggest bagi makan aiskrim. Tapi instead of bagi aiskrim, yogurt lebih sihat dan lebih baik untuk tubuh. Plus dia ada live active cultures yang boleh boost immune system.

Tapi untuk baby bawah 2 tahun kalau boleh beli je yang plain yang takde extra sugar. Then mix dengan any fruits untuk bagi rasa manis. Mimi suka letak cherry tak pun perah buah limau manis pun boleh atau campur madu. Tapi madu untuk yang dah setahun ke atas ye.

Extra tips – untuk anak yang tak suka makan ubat, boleh campurkan sekali dalam yogurt. InsyaAllah diorang tak perasan dan habis makan.

IKLAN

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

4.Sayuran Hijau

Sayur terbaik untuk boost immune system. Bayam dan broccoli.

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

5.Bawang Putih

Garlic. Semua pun tahu bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk melawan penyakit dan juga tingkatkan immune system.So kalau masak tu campur banyak banyak bawang putih.

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

6.Halia

Halia. Kita selalu ingat halia ni untuk buang angin saja kan? Mimi la tu.Selain bawang putih, halia juga bersifat antibacterial. Sangat elok untuk melawan bakteria dan tingkatkan immune system.Boleh campur dalam masakan mahupun minuman. Untuk anak boleh buat sup atau air lemon halia.

IKLAN

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

7.Kuaci

Sunflower seeds dan pumpkin seed @ kita panggil kuaci. Mimi beli yang siap buang kulit sebab ibu is malas. Kahkah. Sedap buat campur dalam yogurt anak kalau dia tak nak makan camtu je.

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

8. Minuman Kultur Probiotik

Satu lagi yang doktor pesan, air yakult ni. Actually tak kisahla jenama apapun asalkan yang ada PROBIOTIK. Dan kalau boleh cari yang less sugar. Sama juga macam yogurt. Tapi kena ingat, makan and minum yang ada probiotik ni jangan berlebihan. Kang asyik nak membuang je.huhu

Jenis Makanan Ini Tingkatkan Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

By the way banyak lagi foods yang boleh boost immune system. macam kunyit, buah betik, nenas, mushroom, kiwi, green tea, almond dan banyak lagi.

Yang penting, banyakkan buah-buahan dan sayuran. Serta kalau boleh kurangkan gula putih yang boleh jadi penyebab pelbagai penyakit Hope anak anak yang kena HFMD cepat sembuh.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Mw: Jadi buat mak-mak, bila beli barang keperluan dapur tu, pastikan masukkan dalam senarai jenis-jenis makanan ini, Kalau tak semua pun, pilihlah yang paling sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi anak-anak dan keluarga.

Sumber: Chinatsu Hayami

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI