kegunaan vaseline petroleum jelly

Manfaat vaseline petroleum jelly terutama untuk memelihara kelembapan kulit wanita cukup tip top sekali. Benar ada produk lain seumpamanya telah diperkenalkan di pasaran.

Namun, kelebihan vaseline petroleum jelly ini antara lainnya ia tidak memberi kesan sampingan kepada kulit anda. Ini tip yang dikongsikan oleh Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II.

“Ramai orang tak tahu bahawa nak cantik boleh dengan vaseline saja” Ini kegunaannya. Perhatikan bagaimana gabungan vaseline petroleum jelly dengan bahan-bahan alami lain boleh memberi kesan yang WOW pada anggota tubuh dan kulit anda.

1. Rambut Kering Dan Bercabang

– Sedikit vaseline

– Sedikit minyak zaitun@minyak kelapa

Satukan keduanya

Sapu setiap hari di rambut bermasalah

2. Kaki Kering/ Tumit Pecah

– Sedikit vaseline petroleum jelly

– Sedikit minyak almond @ minyak zaitun

Satukan kedua bahan

Sapu kawasan masalah sekerap mungkin. Dan pakai stoking

Ads

3. Bibir Kering / Gelap

– Sedikit vaseline petroleum jelly

– Sedikit minyak zaitun@ minyak almond

– Sedikit gula perang halus

Skrub bibir seminggu 3 kali. Kemudian hari-hari sapu bibir dengan vaselline dan minyak

7 Kegunaan Vaseline Petroleum Jelly Dengan Campuran Bahan Alami, Jangan Terkejut Efeknya Gempak!

4. Bulu Mata, Kening Tipis

– Sedikit vaseline petroleum jelly

Ads

– Sedikit minyak castor

Sapu di bahagian masalah sekerapnya.

5. Siku Dan Lutut Gelap/Kering

– Sedikit vaseline

– Sedikit minyak zaitun@ minyak almond

Sapu di kawasan masalah sekerapnya.

6. Kuku Jari Kering Dan Kusam

– Sedikit vaseline

Ads

– Sedikit minyak zaitun @ minyak almond

Sapu di setiap jari dan kuku sambil urut jari dan tangan.

7. Buang Make Up

– Sedikit vaseline petroleum jelly

– Sedikit minyak VCO @ Minyak biji Anggur@ minyak almond

Kacau sebati buat sebagai make up remover. Make up yang susah tanggal sangat sesuai guna ini.

Kemudian baru guna tisu lembap atau pencuci muka. Bersih je muka. Tak pucat tau. Kerana sesetengah make up remover menarik zat yang ada di kulit maka hilanglah kelembapan kulit. Kulit jadi pucat .

Rugilah kalau muda muda suka make up tapi tak suka jaga kelembapan kulit.

Rugi nak! Rugi sangat.

Lepas ni dah tahu bolehlah cuba .

Beli vaselin petroleum jelly siap-siap buat stok. Dengar kata kat guardian beli dua murah. Tak tahulah, cuba la pi tengok ?

Sumber/Foto: Sarifa Redzuan II via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI