7 Detik Penting 5 Minit Selepas Ibu Bersalin

Nak melahirkan seorang permata hati diibaratkan bagaikan perjuangan syahid seorang ibu. Besar pahalanya, mengugurkan dosa-dosa kecil seorang wanita bernama ibu. Ini sebab 5 minit selepas bersalin itu jadi sangat-sangat penting.

Perkongsian daripada Puan Maznifaeza Mustaffa, ibu anak 4 ini begitu menyentuh hati. Menyedarkan kita betapa getir pengorbanan seorang ibu selepas bertarung nyawa melahirkan satu nyawa ke dunia. Betapa 5 minit selepas melahirkan itu juga hal yang suami perlu fahami yang tugasannya, amanahnya telahpun bermula.

7 Detik Penting 5 Minit Selepas Ibu Bersalin, Mak Ayah Wajib Tahu

5 Minit Yang Penting Selepas Ibu Bersalin

Bestnya cium baby!

Wah! Sejak akhir-akhir ini saya sangat gembira dan teruja bila mendapat berita ramai kenalan saya telah bersalin dan menambah ahli keluarga baru. Tak sabar nak pergi ziarah diorang dan mencium bau baby. Bau syurga! Siapa sini suka cium bau baby sila angkat keyboard! Hahahaha….

Kepada ibu-ibu hamil yang menanti hari untuk bersalin, saya ucapkan semoga Allah permudahkan urusan kalian nanti. Tapi sebelum itu jangan lupa tentang 5 minit yang penting selepas ibu bersalin.

IKLAN

Apakah Perkara itu?

Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.

Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu:

1. Tali pusat bayi dipotong.

2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.

IKLAN

3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.

4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.

5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.

6. Ketika ini ayah atau datuk atau saudara lelaki ibu akan mengazan dan mengqamatkan anak. Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

IKLAN

7. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas. Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

7 Detik Penting 5 Minit Selepas Ibu Bersalin, Mak Ayah Wajib Tahu

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :

Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”

Sumber/Foto : superbvitamin.blogspot.my, Facebook Maznifaeza Mustaffa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI