Menjadi kebiasaan kereta yang bawa anak-anak kecil, pastinya ada kesan muntah, tumpahan susu, air manis, makanan ringan dan macam-macam lagi lah yang boleh meninggalkan bau busuk dan hapak dalam kereta.Walaupun kerapkali dibersihkan tetap meninggalkan kesan bau busuk yang memang boleh memeningkan kepala, tambah pula jika kereta tersebut kereta lama dan tempoh perjalanan panjang dalam kereta.

Sebenarnya ada tips dan petua tertentu yang mak ayah boleh cuba untuk memastikan kereta kembali berbau wangi semulajadi dan macam baru keluar dari showroom.

Ikut Langkah Ini:

1.Jaga Kebersihan Dalam Kereta

Ini paling penting. Perlu pastikan kereta sentiasa bersih, jangan biarkan anak-anak meninggalkan sisa makanan mahupun minuman dalam kereta. Jika perlu, buat peraturan dilarang makan minum didalam kereta.Bila sisa makanan tercicir mahupun minuman tumpah, itu yang mengakibatkan kereta berbau dan mengundang serangga seperti lipas dan semut datang.

2. Buka Sedikit Tingkap Semalaman

Ini sedikit sebanyak membantu menyah keluar bauan dari dalam kabin supaya dapat digantikan dengan udara baru yang lebih segar. Tetapi, tetap perlu mencari dari mana punca utama bau tersebut.

3. Cuci Karpet, Fabrik atau Pelapik But

Sila cuci karpet, fabrik dan pelapik but kereta. Kebiasaannya sumber bau berpunca daripada bahagian tersebut. Dan jangan pula lupa keringkan.Lebih nak lebih mudah, banyak je servis cuci karpet dan fabrik kereta yang ada sekarang.Hantar cuci dan hasilnya pun puas hati.

4. Cuci Sisa Tumpahan

Jika tempat duduk ada kesan tumpahan, cuci hingga bau dan warna hilang serta jangan lupa dikeringkan betul-betul. Ia mengelakkan bau hapak dan kepam dalam kereta.

5.Bawa Pergi Spa Kereta

Hah, ini paling mudah. Sediakan wang secukupnya dan bawa kereta ke mana-mana premis cuci kereta. Lebih baik jika anda hantar ke pusat spa kereta yang memang ada kepakaran khas dalam kerja cucian dalaman kereta.

6 Petua Semulajadi

1. Guna Serbuk Kopi

Kopi ialah cara tradisional yang kerap digunakan. Letakkan serbuk kopi di sudut kabin dan biarkan semalaman. Janganlah tabur saja, tapi letaklah di dalam bekas khas. Ia mampu hilangkan bau busuk dalam kereta.

2. Guna Baking Soda

Percikkan soda penaik atau baking soda di beberapa kawasan berbau dan biarkan semalaman. Kemudian bersihkan keesokan harinya menggunakan vakum.

3. Guna Cuka Epal (Apple Cider)

Sama seperti baking soda, cuma renjiskan ke beberapa bahagian dalam kereta, contohnya karpet.

4.Letak Daun Pandan

Daun pandan memang terbukti mempunyai aroma semula jadi yang mampu menyegarkan ruang. Simpulkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dibawah tempat duduk atau mana-mana tempat dalam kereta.Hasilnya kereta akan berbau harum dan segar secara semula jadi.Namun jangan lupa gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu sebab bila daunnya dah kering dan layu, baunya pun akan hilang.

5.Letak Kepingan Roti

Meletakkan beberapa kepingan roti juga mampu menghilangkan dan menuetralkan bau didalam kereta. Jadi sebelum nak wangikan kereta seeloknya neutralkan dulu baunya.

6. Guna Arang

Hilangkan bau busuk dan hapak dalam kereta juga boleh menggunakan arang.Ambil beberapa ketul arang dan letakkan ia dalam bekas serta biarkan ia terbuka di lantai kereta. Selain itu, boleh juga bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan berbau. Ada juga dijual dikedai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada masalah bau busuk dan hapak dalam kereta, boleh diatasi dengan tips dan petua ini.

Jangan Lupa Komen