Bila enam selebriti bergabung di bawah satu jenama fesyen, pastinya ia mencipta fenomena tersendiri! Itulah yang dapat diungkap melalui jenama gaya hidup, Amber, di bawah naungan Usanita Sdn Bhd mengumumkan pelantikan enam selebriti gred A iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah sebagai wajah rasmi jenama tersebut.
Pelantikan enam selebriti tersohor ini bukan sekadar simbol kejayaan mereka dalam bidang masing-masing, tetapi juga melambangkan kepercayaan Amber terhadap nilai dan impak yang mereka bawa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan,
keenam-enam selebriti ini, yang terdiri daripada ikon fesyen, penyanyi terkenal, dan pelakon tersohor, diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama di mata masyarakat.
Dalam majlis yang sama, Amber turut merasmikan butik flagship pertamanya yang terletak di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Ads
Sempena pelancaran ini, Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama utama.
Antaranya adalah Amber RTW yang menawarkan koleksi pakaian sedia pakai (ready-to-wear) yang menggabungkan elemen kasual dan elegan untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu, Amber Beauty turut menampilkan rangkaian produk kecantikan termasuk kosmetik dan wangian eksklusif yang direka untuk meningkatkan keyakinan diri.
Ads
Apa yang istimewa, Amber Home turut memperkenalkan koleksi wangian rumah seperti lilin beraroma dan semburan wangian rumah, membawa sentuhan mewah ke dalam ruang kediaman.
Kolaborasi antara Amber dan selebriti gred A ini turut mencerminkan usaha jenama untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan. Pemilihan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan selebriti yang terkenal dengan gaya hidup moden dan keluarga bahagia, menjadi inspirasi kepada pasangan muda dan ibu bapa.
Pelancaran butik flagship dan perkhidmatan Amber Bespoke adalah sebahagian daripada komitmen Amber untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan peribadi.
Langkah ini menjadikan Amber terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup premium di Malaysia dan bersedia untuk meluaskan pasaran ke peringkat serantau.
Berkongsi rezeki!. Selepas tular mengeluarkan wang zakat mencecah RM1 juta, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi membuat kejutan terhadap kakitangan syarikat milik mereka, Wawa Cosmetics. Seorang kakitangan mereka menerima sebuah Perodua Bezza atas dedikasi dan kecemerlangan menggalas tanggungjawab diberikan.
“Pasukan operasi kami sudah bekerja keras tahun ini dan saya sendiri tahu kepenatan yang perlu mereka hadap setiap hari.
“Saya hadiahkan sebuah kereta kerana kebanyakan pasukan operasi ini masih belum mempunyai kenderaan. Jadi, bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat saya menghadiahkan sebuah kereta kepada individu yang sudah bekerja keras membantu Wawa Cosmetics.
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wawa Glamorous Night, di Putrajaya, baru-baru ini.
Wawa pada masa turut optimis untuk terus menghargai para pekerjaya, termasuk pasang impian untuk menghadiahkan sebuah rumah sekiranya jualan jenama mencapai sasaran.
Bercakap mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan sasaran jualan keseluruhan ialah RM50 juta bagi tahun 2025.
“Setiap tahun saya dan Aeril memang mahu berikan yang terbaik untuk mereka dan insya-Allah tahun ini, kalau syarikat capai target jualan mungkin hadiah yang ditawarkan adalah sebuah rumah.
“Memang kami sudah berniat nak menghadiahkan sebuah rumah. Sebenarnya ini kejutan, kakitangan yang menang hari ini mereka tak tahu keputusan sebab saya mengupah pengurus acara dari luar untuk menjayakan majlis ini.
“Alhamdulillah jumlah jualan keseluruhan tahun 2024 sama seperti tahun sebelumnya iaitu sekitar RM30 juta ke atas.
“Boleh dikatakan kereta adalah hadiah paling besar pernah kami berikan sebab setiap tahun kami akan bawa kakitangan bercuti ke luar negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat.
“Bagaimanapun kami bersyukur kerana kita masih boleh bertahan meski pelbagai cabaran yang dihadapi. Insya-Allah target tahun ini, kita akan mulakan misi untuk capai jualan sekitar RM50 juta,” katanya lagi.
Pada majlis sama, Wawa Cosmetics turut meraikan penjual semula (reseller) yang berjaya mencapai jualan keseluruhan bagi tahun 2024, seperti penghargaan berupa wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.
Ozlynn hantar semula bibik bersikap toksik ke ejen. Memiliki pembantu rumah sepatutnya membuatkan kerja anda menjadi lebih senang. Namun bukan semua pembantu rumah atau dipanggil dengan istilah ‘bibik’ berkelakuan seperti yang majikan harapkan.
Terbaru menerusi perkongsian Ozlynn Wati dirinya berasa sangat bersyukur apabila salah seorang bibik nya telah diserahkan semula kepada ejen. Ini kerana bibik tersebut seorang yang toksik.
Sepatutnya bibik membantu majikan yang kekangan masa dan tenaga bagi membantu meringankan kerja-kerja rumah.
“Apabila papa minta semua orang mengemas rumah, bibik membantu mama menyelesaikan kerja-kerja lipatan baju. Alhamdulillah, salah seorang bibik kami yang sangat toksik akhirnya telah dihantar semula kepada agen. Banyak rakaman daripada CCTV mengenai tingkah lakunya yang kami simpan. Semoga dia tidak bersikap toksik di tempat lain.
“Bibik tersebut bukan sahaja panjang tangan dan suka menipu, tetapi juga memfitnah, mengajar anak-anak kami untuk berbohong, memukul kanak-kanak, serta mencetuskan pergaduhan antara kami dengan seorang lagi pembantu. Syukur, kami tidak mudah terpengaruh dengan lakonannya yang nampak baik di hadapan. Namun, apabila dia mula berlebihan dan menyakiti anak-anak, kami terus membuat keputusan untuk menghantarnya kembali kepada ejen,” luah Ozlynn.
Bukan itu saja malah anak-anak Ozlynn sendiri melaporkan tingkah laku bibik mereka.
“Yang paling baik, anak-anak kami sendiri mula melaporkan tingkah lakunya kepada kami sebaik sahaja dia mula membuat hal. Jadi, kami suami isteri mengambil langkah memantau melalui CCTV selama hampir tiga bulan sebelum membuat keputusan muktamad. Ini juga menjadi pengajaran agar tidak mudah percaya kepada bibik yang kelihatan baik tetapi sebenarnya penuh muslihat.
“Hari ini, bibik yang masih bersama kami berkata, “Hari ini saya bangun dengan penuh semangat, ma’am. Semangat positif. Semoga Allah lindungi kita semua, dijauhkan daripada orang munafik, dan saya dapat bekerja dengan tenang tanpa tekanan mental.” Saya benar-benar kasihan kepadanya. Sebagai majikan, saya berjanji akan menjaga kebajikannya supaya dia dapat bekerja tanpa rasa takut atau tertekan,” tulis Ozlynn lagi.
Ozlynn juga panjkatkan rasa bersyukur apabila melihat ahli keluarganya kelihatan gembira selepas ketiadaan pembantu rumah yang toksik itu.
“Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Hari ini semua orang di rumah kelihatan gembira, dan suasana jadi lebih harmoni apabila bibik yang bermasalah itu tiada lagi. Bibik yang tinggal bersama kami pun nampak lebih tenang dan tersenyum lega.“Pesanan buat mereka yang mempunyai lebih daripada satu pembantu rumah, sentiasalah memantau keadaan mereka, termasuk melalui CCTV. Kadang-kadang ada pembantu yang suka mendera pembantu lain, dan kita sebagai majikan perlu menjaga mental mereka juga. Mereka tiada keluarga di sini, jadi kita lah yang menjadi majikan dan keluarga mereka,” pesan Ozlynn.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami terpaksa ‘mengemis’ nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.
Bagi seorang suami, keperluan emosi dan fizikal, termasuk keperluan nafsu, memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan kekal harmoni dan bahagia. Namun, ada kalanya isteri kurang memberi perhatian kepada perkara ini kerana kesibukan, keletihan, atau kurangnya kefahaman.
Baca perkongsian daripada pengasas Fadzli Aziz, Enrichz Mall dan kaunselor rumah tangga.
“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya.
Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya.
“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak de mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajar lah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya.
Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.
“Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan.
Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak?
Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan?
Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik.
Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi.
Lelaki yang tak dapat,keperluan emosinya mudah terganggu , makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.
Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan.
Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.
Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan takde mood dan busy.
Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya. Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”. jelas saya dari sudut pandang lelaki.
“Tapi en fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”.
“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan.
Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Samada melalui pornografi dan masturbasi.
Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”. jelas saya.
“Faham…hmmmm”.
“Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri.
Sebab itu dia kahwin dengan puan. Ekslusif puan adalah pengurus nafsunya. Maka peranan puan besar. Andaikata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.” Penting juga isteri untuk memahami karakter lelaki dan keperluannya lebih mendalam.
Keperluan nafsu suami bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Ia adalah elemen penting dalam memastikan perkahwinan kekal harmoni dan bahagia. Sebagai isteri, berusahalah untuk memahami dan memenuhi keperluan ini, sambil menjaga keseimbangan dengan keperluan diri sendiri.
Dengan usaha bersama, hubungan suami isteri akan menjadi lebih kukuh, penuh kasih sayang, dan diberkati Allah SWT.
Sumber: Fadzli Aziz Enrichz Mall dan kaunselor rumah tangga.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!