Kasihan sungguh nasib seekor kucing yang ditinggalkan dalam rumah kosong selama 52 hari, hingga terdesak makan cebisan kertas untuk terus hidup. Fitrah kucing makan sumber makanan berasaskan daging, namun siapa sangka kerana lapar dan tiada sumber makanan lain, hingga terpaksa makan kertas.
Makan Kepingan Kertas
Seekor kucing ditemui terselamat selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari dengan hanya memakan kepingan kertas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kucing yang dinamakan Finn itu ditemui oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah baharunya itu.
Haiwan tersebut kemudiannya dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.
Enggan Di Samping Manusia
Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, Finn buat masa ini enggan berada di samping manusia.
“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat.
IKLAN
“Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air.
“Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.
Dibuang Tanpa Makanan & Minuman
Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.
Mingguan Wanita: Kasihannya, terdesak lapar sehingga terpaksa makan cebisan kertas. Jika nak ‘buang’ kucing sekalipun, letaklah ditempat terbuka dan ramai orang, serta letak sekali makanan dan minummanya. Bukannya dibiarkan begitu sahaja, terkurung dalam rumah kosong.
Sudah ajalnya, kanak-kanak tadika maut selepas dadanya tertusuk serpihan batu pengasah mesin rumput yang sedang diasah oleh bapanya, di Kubang Rotan.
Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang apabila bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Murad, 40-an berada di luar rumah bagi mengasah mata pisau mesin rumputnya di kediamannya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan.
Murad berkata, namun ketika dia sedang mengasah, batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting sebelum terkena anak bongsunya, Nur Aliya Syifa yang berusia 5 tahun.
“Anak saya berada dalam rumah dan tak perasan bila arwah keluar daripada rumah. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya sendiri tidak menyangka arwah terkena serpihan batu pengasah mesin rumput itu.
“Mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum tertusuk ke dada kiri arwah,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, di sini.
Murad berkata, selepas kejadian itu, dia terus membawa anaknya yang berlumuran darah dan lemah ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Namun sudahnya ajalnya, anaknya itu meninggal dunia di HSB.
Murad berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu seorang periang dan belajar di Tadika Kampung Batin, dekat sini.
“Jenazah anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, jam 11 pagi tadi,” katanya yang masih trauma dan enggan ditemubual lebih lanjut.
Difahamkan, Murad dan isterinya turut pengsan kerana kesedihan akibat kehilangan anak bongsu mereka yang memiliki dua abang berusia 18 dan 12 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Mata Pengasah Mesin Rumput Terpelanting
Kejadian itu berlaku apabila bapa mangsa sedang mengasah mata pisau mesin rumput sebelum tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan terpelanting sehingga terkena pada mangsa.
“Ketika kejadian jarak mangsa dengan bapanya kira-kira lima meter dan bapanya terus membawanya ke klinik sebelum ke HSB.
“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB akibat parah selepas terkena serpihan batu pengasah itu,” katanya.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
انا لله وانا اليه راجعون اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه “Innalillahiwainna ilaihirojiuun Allahumarfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu”
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ikatan dalam sesuatu perhubungan tidak dapat dijangkakan. Jika tiada jodoh dan persefahaman, hubungan yang dibina tidak berkekalan dan berakhir di pertengahan jalan. Memang banyak waktu, masa dan wang ringgit yang dihabiskan sepanjang perhubungan tersebut.Menarik juga jika dapat pampasan jika hubungan ini tidak kesampaian.
Dapat Wang Pampasan
Seorang lelaki di India menerima wang pampasan berjumlah 25,000 rupee (RM1,354) selepas teman wanitanya berlakunya curang kepadanya, lapor laman berita Newsd.
Berdasarkan perkongsian di laman Twitter, lelaki bernama Prateek Aaryan itu berkata, ganti rugi tersebut diterima hasil daripada perjanjian yang dibuat antara dia dan bekas teman wanitanya ketika mereka baru memulakan hubungan cinta.
“Disebabkan teman wanita curang kepada saya, saya menerima ganti rugi 25,000 rupee (RM1,354).
“Ketika hubungan kami bermula, kami menyimpan wang sebanyak 500 rupee (RM27.70) setiap seorang pada setiap bulan yang didepositkan ke dalam sebuah akaun bank.
‘Dana Insurans Patah Hati’
“Kami membuat perjanjian bahawa sekiranya sesiapa antara kami yang berlaku curang di kemudian hari, pihak satu lagi boleh mengambil semua wang tabungan tersebut. Ia dinamakan ‘Dana Insurans Patah Hati’,” kata Prateek menerusi hantarannya.
Tambah Prateek, ramai wanita tidak mempercayai bahawa wang tabungan seperti itu memberi manfaat kepada sesebuah hubungan.
“Tabung ini khas untuk mereka yang setia sahaja,” katanya.
Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pendapat masing-masing.
“Ini adalah idea paling bijak yang saya pernah dengar,” kata seorang pengguna media sosial.
“Siapa cakap cinta tak memandang polisi bayaran balik?” komen pengguna lain.
I got Rs 25000 because my girlfriend cheated on me .When Our relationship started we deposited a monthly Rs 500 each into a joint account during relationship and made a policy that whoever gets cheated on ,will walk away with all money.
That is Heartbreak Insurance Fund ( HIF ).
Sememangnya buat masa ini ramai yang terkesan dengan pandemic Covid-19. Ada yang kehilangan kerja, ada yang kehilangan orang tersayang dan ada yang tiada duit untuk membeli makanan untuk keluarga.
Pelaksanaan PKP 3.0 memberi kesan yang sesungguhnya membuatkan ramai orang semakin berputus asa dengan hidup dan sudah tidak tahan dengan satu-satu ujian yang telah menimpa.
Oleh itu bila ada sahabat atau orang mengadu masalah, tak perlu disuruh bersabar sebaliknya bantu apa yang patut. Sekarang bukan waktunya memberi tip itu dan ini sebaiknya bantu apa yang dia perlukan.
Tak Perlu Disuruh Bersabar Sebaliknya Bantu Apa Yang Patut
Kongsi Siti Suryani Yaakop, “Saya tak tahu lah orang lain kan. Tapi ini sayalah.
Kalau saya cerita apa-apa masalah pada orang, dan orang tu kata “sabarlah”, terus saya terbantut hendak cerita.
Walaupun betul. Sabar tu perkataan yang betul. Baik, indah dan soleh sekali bunyinya. Tapi masa itu saya rasa sedih betul kalau orang suruh sabar.
Bila Orang Mengadu Masalah
Kalau tak sabar, tak kita duduk tenang-tenang bercerita pada dia.
Dan kalau tak sabar, lama sudah kita menjerit dan mengamuk tak kira.
Kalau tak sabar, lama sudah kita buat benda yang di luar jangka. Kadang sudah jadi toksik positiviti.
Nak buat solusi apa pun blur. Dan kadang salah tindakan. Ada isteri asyik baca sangat pasal ciri-ciri isteri solehah, akhirnya jadi bahan belasahan suami. Sebab takut orang kata dia tak sabar. Tak positif.
Jadi Takut Hendak Mengadu
Nak mengadu takut buka aib katanya.
Tak hairan kalau kita baca macam-macam kisah yang jadi kebelakangan ini. Kalau bercerita orang kata tak tahan ujian.
Sabarlah. Ini semua ketentuan Tuhan.
Betul. Bukan tak betul. Sahih sangat semua itu betul. Cuma…
Apa kita kira dia tak cuba ke pulihkan diri dia luar dan dalam. Dan apa kita kira dia tak cuma memahamkan ke diri dia tentang ujian. Apa kita kira dia tak cuba ke keluar dari segala kesusahan.
Semalam seorang pesakit saya kata nak minta jumpa psikiatrik. Dia ada restoran. Sekarang sudah tak laku macam dulu. Pekerja hendak kena bayar gaji. Dia kasihan dekat pekerja dia. Sewa kedai hendak kena bayar. Simpanan puluh ribu sudah habis.
Baca pula orang suruh menyimpan. Jangan guna untuk benda tak penting. Ada orang jangan kata nak simpan. Nak keluarkan pun sudah tidak ada apa.
Simpan pun, kalau sudah dengan keadaan begini gunung emas pun habis kena tarah.
Dia kata lama sudah tak bukak TV (televisyen) ke, FB (Facebook) ke. Dia tak nak tahu apa-apa. Banyak benda dia baca buat dia rasa dia itu cuma orang yang gagal.
Bantu Dengan Apa Yang Kita Ada
Ini bukan masa nak bagi tips lagi. Tapi ini masanya kita bantu apa yang kita ada.
Dan satu lagi…
Biasanya saya memang tak kisah orang nak post apa. Rezeki orang lah kan. Masing-masing. Cuma masa begini, biarlah kita bagi sedikit empati. Buat kenangan sendiri dulu apa yang kita ada. Sebab ada orang memang langsung tak punya apa.
Pilihlah baik-baik apa yang kita nak post. Pilihlah elok-elok apa kita nak kata.
Kalau kita tak boleh bagi senang, sekurang-kurangnya bagilah tenang.
Mingguan Wanita : Setiap kali mendengar masalah orang lain, memadai jadi pendengar yang baik jika tak mampu hulurkan bantuan. Sekurang-kurangnya mereka berasa tenang apabila luahkan apa yang terbuku di hati.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Kakak tak sangka ikan masin & telur goreng menu terakhir adik. Allahu sedihnya apabila mendapat perkhabaran adik kandung kesayangan pergi buat selamanya.Berita sedih itu...