rutin pagi

Susah hati kan bila berat badan tak turun-turun, makin bertambah lagi ada.Nak kata tak diet, macam-macam jenis diet dah cuba, makan manis pun dah kurang, bahkan tiap-tiap petanglah buat senaman ringan.Memang stress dibuatnya.Jawapannya ada pada amalan rutin pagi yang selalu dilakukan. Ramai yang tidak tahu bahawa apa yang kita lakukan pagi hari memberi kesan besar untuk mendapat bentuk badan impian.

Dipetik dari portal Brightside ini 5 tabiat pagi yang menjadi punca berat badan bertambah.

1.Tidur Terlalu Banyak

Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan anda adalah lebih cenderung untuk meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari.

IKLAN

2.Sering Bersiap Dalam Gelap

Gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi lepas ni, buka sahaja mata terus buka langsir ok?

3.Tidak Mengemas Katil

Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang dilaporkan mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.

IKLAN

4.Tidak Menimbang Berat Badan

Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badan setiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Kerana anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.

IKLAN

5.Makan Sarapan Terlalu Sikit

Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.

Sumber:Brightside

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI