5 hari ditahan wad, Amira Othman nasihat masalah keracunan makanan jangan dipandang remeh. Sebenarnya keracunan makanan berlaku apabila seseorang termakan makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria, virus, atau parasit. Gejala keracunan makanan termasuk sakit perut, cirit-birit, muntah, loya, dan demam. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan dehidrasi dan masalah kesihatan yang lebih serius.
Terbaru penyanyi dan pelakon Amira Othman menasihati orang ramai jika berlakunya masalah keracunan makanan segeralah dapatkan rawatan ke klinik atau hospital berhampiran.
Amira yang baru saja pulih dari penyakit itu menceritakan dirinya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah keracunan makanan sehingga membuatkan tekanan darah menjadi rendah.
“Sebenarnya saya dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan. Mungkin kerana terlampau dehidrasi menyebabkan tekanan darah rendah. Lima hari juga saya ditahan wad,” kongsi Amira seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Amira juga berpesan terutama pada peminatnya jika berhadapan situasi sama jangan berlengah untuk dapatkan rawatan.
“Saya nak ingatkan masalah keracunan makanan ini boleh menjadi serius dan jika berlaku sebarang gejala silalah segera mendapatkan rawatan.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat sepenuhnya.
“Cuma doktor minta untuk mengawasi tekanan darah,” sambungnya.
Seperti yang diketahui umum Amira sering digosipkan dengan bapa tunggal Fattah Amin, mengulas tentang hal tersebut Amira tidak menafikan Fattah antara teman lelaki yang paling rapat dengannya di dalam industri
“Saya mengakui ‘rakan sekerja’ (Fattah) ada beri bunga.
“Memang Fattah ada berkongsi di Instagram tapi saya tidak tahu mengapa, itu kena tanya dia sendiri. Saya rasa biasalah kalau orang nak usik-usik kami.
“Saya pun tak tahu nak komen apa. Tapi seperti apa yang Fattah tulis di Instagram, ‘semoga cepat sembuh rakan sekerja’. Perkara yang baik kita doakan. Untuk bercerita lebih lanjut, tidak ada apa lagi untuk diceritakan,” ulasnya.
Sumber : Harian Metro
Baca Disini:“Alhamdulillah Nasib Saya Baik Buah Pinggang Okay, Doktor Sedang Pantau Limpa” Amira Othman
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.