playdoh

Musim cuti sekolah ni, selain bawa anak jalan-jalan, mak-mak mesti pening nak fikirkan aktiviti mereka ketika berada di rumah. Iyalah takkan nak bagi anak main gajet dan tengok tv je. Mesti kena cari satu aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak, kemahiran motor dan kreativiti mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan bermain playdoh.

Tapi jika nak jimat, mak mak boleh buat sendiri playdoh ini di rumah dengan anak-anak. Dijamin bebas tanpa bahan pengawet, tahan lama dan paling penting tidak berbahaya serta selamat untuk anak.

Berikut perkongsian cara buat playdoh oleh Puan Lieya Jais sebagai rujukan.

“Buat ibu-ibu yang nak cuba buat tanah liat versi sendiri, bolehla cuba ye. Kalau tak, boleh juga beli yang sedia ada kat kedaiii nunn…Playdoh ni asalnya idea dari seorang cikgu yang bagi ceramah masa orientasi Jehan hari tu. Terima kasih cikgu bagi resepi maveles ni…Maaf tak ingat namanya dan dari sekolah mana.”

MAGIKA 5 BAHAN, PLAYDOH KABOMMM!

Bahan-Bahan:

1 plastik tepung gandum (beli yang paling murah sekali)
1 cawan garam halus
1 cawan minyak masak
2 cawan air
Pewarna – gunakan pewarna makanan atau warna air.

5 Bahan Buat Playdoh Sendiri Untuk Anak Di Rumah, Jimat Kos, Tahan Lama & Tanpa Bahan Pengawet!

IKLAN

Cara Membuatnya:

1. Campurkan semua bahan tadi dan uli sebati.

5 Bahan Buat Playdoh Sendiri Untuk Anak Di Rumah, Jimat Kos, Tahan Lama & Tanpa Bahan Pengawet!2. Bahagikan tepung kepada beberapa bahagian dan letak pewarna kesukaan anda.

5 Bahan Buat Playdoh Sendiri Untuk Anak Di Rumah, Jimat Kos, Tahan Lama & Tanpa Bahan Pengawet!3. Tadaaaaa…dah siap. Tak nak main simpan dalam bekas kedap udara ye. Jangan biarkan diluar.

IKLAN

5 Bahan Buat Playdoh Sendiri Untuk Anak Di Rumah, Jimat Kos, Tahan Lama & Tanpa Bahan Pengawet!

Selamat Mencuba!

Posted by Lieya Jais on Tuesday, 11 December 2018

Kebaikan:

1. Tiada bahan pengawet & tidak merbahaya buat kanak-kanak.
2. Garam bertindak sebagai anti kulat jadi ia tahan lama. (kalau tak silap 3 bulan).
3. Warna tidak akan luntur dan tangan juga tidak berminyak.
4. Kos yang sangat murah, berbaloi-baloi.

IKLAN

5 Bahan Buat Playdoh Sendiri Untuk Anak Di Rumah, Jimat Kos, Tahan Lama & Tanpa Bahan Pengawet!

Semoga bermanfaat!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak penuhi aktiviti anak-anak cuti sekolah ni bolehlah cuba buat playdoh ni bersama mereka. Mesti seronok dan anak-anak pun mesti suka!

Sumber/Foto: Lieya Jais

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI