4 tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain akui soal jodoh bukan keutamaan. Penyanyi senior popular Ziana Zain yang juga kini bergelar ibu tunggal sentiasa memohon agar Allah berikan yang terbaik dalam kehidupannya sekelurga.
Ziana yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 kemudiannya bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018 telah dikurniakan empat orang anak.
4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal
Berbicara soal jodoh kakak kepada Anuar Zain itu enggan mengatakan hatinya sudah tertutup mencari teman hidup dan tidak boleh menjangka takdir akan datang.
“Kini saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya.
“Apa yang terjadi di masa hadapan, kita tak tahu.
“Saya tak berani cakap soal hati tertutup sebab di masa hadapan kita tak tahu.
“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya,” ulas Ziana seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Ads
Tidak Melayan Mesej atau Komen Mengarut
Ziana yang bakal mengadakan konsert The Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 tidak lama lagi mengambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan mesej atau komen mengarut daripada peminat.
Akuinya lagi dia tidak mahu memburukkan keadaan jika melayan mesej sebegitu.
“Tak ada pun peminat tawar diri, sebab benda-benda macam ini saya tak layan.
“Lebi baik kita diamkan saja dan tengok yang baik-baik saja barulah saya balas,” sambungnya lagi.
‘Akui cuai, abaikan carseat, tali pinggang.’ Ibu ini syukur suami, anak selamat. Tiada kata selain syukur alhamdulilllah apabila keluarga kecil ini terselamat daripada kemalangan yang berlaku.
Namun dari rakaman video dashcam ramai netizen berkongsi rasa berdebar dengan kemalangan yang berlaku. Mujurlah keluarga Nur Diyana ini selamat semuanya dan hanya mengalami keceraan ringan.
Tetapi trauma yang dialami tentu saja akan dikenang sampai bila-bila. Ikuti perkongsian Nur Diyana ini dan hadam baik-baik peringatan yang disampaikan:
Saya mungkin akan kehilangan anak dan suami malah nyawa saya sendiri semalam. Syukur, Maha Baiknya Allah, kami bertiga terselamat.
Semalaman saya muhasabah diri. Terkebil-kebil sehingga lewat malam. Badan sakit sana, sini cuma mungkin masih terkejut, saya tidak mampu tidur.
Satu-satu ingatan datang.
Saya bukan isteri dan ibu yang baik. Bahkan masih belum mampu berbakti sebaiknya pada ibu ayah dan adik beradik saya. Saya juga bukan kawan yang baik.
Paling teruk, saya sedar saya bukan hamba yang taat, yang menjadi wajib bagi saya seperti solat dan aurat juga masih lompang, apatah lagi menghidupkan amalan-amalan lainnya.
Saya kira, “aku masih muda. Belum 30 pun…” jadi mestilah umur saya masih panjang sehinggalah saya sendiri berdepan dengan detik detik yang mengingatkan saya kematian itu begitu hampir.
Misal kata ada bas mahupun lori treler meluncur laju di laluan tersebut semalam, ataupun suami merempuh penghadang jalan, pasti kami bertiga sudah menjadi sekujur tubuh yang sudah sejuk, dibalut kain kafan saat ini, menanti detik detik untuk ditalkin dan disemadikan. Saya tidak mungkin lagi mampu mengarang panjang tulisan ini.
Pemandangan di wad kecemasan hospital semalam benar-benar menginsafkan saya. Beberapa minit sebelum ambulans yang membawa saya dan anak tiba, ada kes kemalangan juga.
Ketika kami sampai, darah mangsa membasahi lantai hospital dan akhirnya saya sendiri menjadi saksi sekujur tubuh yang parah tadi dibawa keluar ke rumah mayat menjelang waktu senja.
Kalau tidak kerana Allah SWT mengizinkan peluang bernafas buat kami, tentu saja yang terbaring di troli itu adalah salah seorang dari kami atau boleh jadi kami bertiga.
Saya dan anak terpelanting dalam kereta dan menghempap suami, dalam keadaan terkejut, suami terus tanya “ayang okay?” dan saya hanya mampu mengangguk laju. Sepertinya bingung.
Ditolaknya saya dan anak keluar dari tingkap sedangkan dia sendiri masih berusaha keluar dari tempat duduk pemandu. Beberapa minit selepas kejadian, saya mula rasa nafas menjadi pendek, seperti sesak nafas.
Kawasan perut dan dada mula sakit, suami minta supaya kami dibawa pergi dengan ambulans. Syukurlah, semuanya baik-baik saja. Saya dan suami masing-masing cuma mengalami luka dan cedera ringan di beberapa bahagian otot, sepertinya terkehel.
Apa yang saya ingat, saya dengar ada suara dari orang ramai yang turut membantu kami “tolong ada baby, ada baby”. Mereka segera bantu kami keluar dari kereta tanpa bimbang kereta kami mungkin akan meletup. Ada insan berhati mulia yang menarik saya dan anak untuk duduk di kereta mereka sedang langit masih renyai.
Bimbang katanya anak saya terkena hujan. Disuruhnya saya bertenang. Tapi sayang, “Kereta apa ? Bagaimana rupa orangnya?”..Saya gagal ingat dengan jelas.
Cuma kalau sampai tulisan ini kepada tuan, puan yang membantu kami sekeluarga semalam, cuma Allah SWT sahajalah yang mampu membalas budi baik kalian kepada kami.
Diharapkan dengan ujian yang sedikit ini, moga moga ia menjadi satu permulaan baru untuk kami meniti usia yang tersisa. Menjadi suami dan isteri yang sentiasa menghargai kehadiran satu sama lain, menjadi ibu bapa yang penyabar, menjadi anak yang berbakti, menjadi kawan kawan yang menyenangkan dan yang paling utama menjadi hamba yang patuh pada Illahi.
Entah esok atau lusa, tidak ada lagi peluang untuk saya bernafas lagi, mungkin sudah sampai masa untuk saya benar-benar pergi tak kembali.
Izinkan saya simpan tulisan ini di sini untuk memori.
Lebuhraya KL-Karak,
KM 71.5 Arah Barat.
16 Mei, 2:07 petang.
Manakala di ruangan komen, Nur Diyana turut berkongsi keadaan terkini anaknya.
Alhamdulillah terima kasih semua atas kasih sayang dan doanya. Moga-moga doa kalian Allah terima.
Bagi yang bertanya tentang anak saya Maryam, alhamdulillah Maryam baik-baik saja. Waktu kejadian, Maryam baru selesai menyusu.
Khilaf saya, saya tak letakkan Maryam di car seat dan saya juga tak pakai tali pinggang. Pada percaturan saya, “kan lagi senang nak menyusu”. Selang beberapa minit selesai menyusu, kejadian ini berlaku…
Saya cuma sempat peluk erat kepala dan badan anak dan membongkokkan badan saya menutupi anak, pegang anak sekuatnya kerana bimbang dia terpelanting ke jalan, sebelum saya bersama anak terpelanting dan terguling dari tempat duduk kami.
Saya akui ini salah saya, saya cuai, mengabaikan car seat dan tali pinggang…
Moga ibu bapa lain sama sama ambil iktibar dari apa yang terjadi pada saya..biarlah anak saya menangis di car seat lepas ni dari saya menangis kalau apa apa terjadi pada dia.
Saya sangat yakin kalau saya tak peluk erat anak semalam, sudah tentu dia yang paling teruk terpelanting, terhantuk malah mungkin terhempap dengan badan saya sendiri atau barang barang lain dalam kereta
Dari sini selain tali pinggang dan carseat, kita dapat faham betapa pentingnya :
Saya sangat sangat sarankan semua kawan kawan untuk pasanglah dashcam. Harganya siap pasang sekitar RM 700 juga tapi percayalah memang berbaloi.
Masa kejadian, ramai juga yang datang marah-marah kepada suami dan cakap “Macam mana ko boleh langgar kereta depan???”
Eh, bila diingatkan balik, jadi sakit hati sendiri sebab dah lain pula ceritanya. Sudahlah kami sendiri pun masih terpinga-pinga dengan apa yang jadi, badan pun sakit, tiba-tiba disalahkan pulak.
Malah, ada yang cakap suami saya bawak kereta laju sedangkan saya sangat yakin kelajuan kereta kami di tahap yang selamat, beberapa km saja lagi kami sudah sampai pun ke susur keluar Bentong.
Kami bawa juga rakaman dashcam ini ke balai, biarlah ia diadili dengan sebaiknya.
Mingguan Wanita : Pantang maut sebelum ajal, alhamdulillah ketiga-tiganya selamat. Semoga keluarga kecil ini dipermudahkan urusan dan kembali pulih seperti sediakala.
‘Semoga bahagia, selamat jalani hidup baru.’ Wanita restu bekas suami kahwini adik kandung sendiri. Mulianya hati seorang kakak benarkan suami sendiri menikahi adik kandungnya.
Bukan semua wanita mempunyai hati yang besar seperti wanita ini. Memang wanita ini seorang yang hebat!
Satu hantaran Facebook tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kisah seorang wanita yang merestui bekas suaminya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Suara.com.
Gambar mengenai kisah tersebut dikongsikan oleh akaun Instagram @memomedsos. Ia turut menyertakan dua tangkap layar mengenai hantaran yang dimuat naik oleh akaun Facebook @Mama Aldy.
Pemilik akaun itu memuat naik dua hantaran yang mengucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik kandungnya.
“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu,” tulis Mama Aldy.
Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Bekas suami wanita itu dilihat ketawa sambil merangkul pinggang adik wanita berkenaan.
Pada hantaran kedua, Mama Aldy juga berulang kali mengucapkan tahniah dan doa untuk mereka berdua.
“Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya. Semoga awak bahagia selalu,” ujarnya.
Muat naik itu mendapat pelbagai maklum balas netizen di ruangan komen.
“Setelah berkahwin, anak wanita itu panggil ayah atau pak cik?” tulis seorang netizen.
“Kalau tak silap, adik wanita itu janda dan tinggal bersama kakaknya. Jadi, dia jatuh cinta dengan suami kakaknya. Mereka bercerai lalu bekas suaminya berkahwin dengan adiknya,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita: Tak semua orang mampu lakukan perkara sebegini, membenarkan bekas suami berkahwin dengan adik sendiri bukanlah mudah diterima.
Tahniah diberi penghormatan, wajah berhijab Siti Nurhaliza di papan iklan digital New York Times Square. Tahniah sekali lagi diucapkan buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila diberi penghargaan apabila wajahnya dipaparkan di papan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Untuk pengetahuan Siti Nurhaliza menjadi warga Malaysia kelima menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya, Siti meluahkan rasa gembira dan bersyukur. Penampilannya mewakili negara sejajar bersempena kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis itu menyertai arena muzik pada 1995, malah namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.
“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
“EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia,” katanya.
Tambah Siti, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Siti juga turut wakili lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Ibu kepada dua cahaya mata itu sudah meraih ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan itu.
Malah hingga kini namanya masih gah dan dihormati peminat di Malaysia dan negara jiran.
Menerusi perkongsian di ruangan komen, warganet ucapkan kesyukuran dan tahniah buat Siti Nurhaliza.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.