30 Menu Diet Isteri Masak, Suami Hilang 15KG Dalam 3 Bulan

Share

Kerjasama suami isteri ini dalam bab diet hingga dapat berat badan idaman wajar dipuji. Sebab 30 menu diet yang dikongsi Darina Sekeri, dimasak sendiri olehnya sehingga suami berjaya turun berat badan.

Untungnya, dalam suami menjaga pemakanan, Darina pun terkesan sama. Bila mana, berat suami, Yuazwan Jusoh, 42 tahun hilang 15kg dalam tempoh 3 bulan

, dia pun alami penurunan berat juga.

Asalnya berat badan Darina, 56kg dan berjaya diturunkan menjadi 48kg. Padahal sebelum ini susah betul nak turun.

Itu suami punya diet. Saya makan, saya pun sihat.”

Saya masak untuk suami saya sebab kawan-kawan dia dok panggil dia tong sampah.”

 

Pix kiri : sebelum suami turun berat badan. Pix kanan : selepas suami hilang 15kg dalam 3 bulan.

Ini Journey Suami Hilang 15kg Dalam 3 Bulan, Tanpa Berlapar

  1. Siapa nak kurus, boleh try menu macam saya. Semua menu murahan je. Tak semestinya nak diet kena makan salmon, kena makan quinoa.. makan hidangan biasa tapi masak secara sihat; kukus, rebus dan bakar.

2. Cara makan sayur juga boleh dimakan mentah. Sayur-sayur tu tak masak pun sedap buat ulam.

3. Jangan minum manis, begitu juga makanan manis. Saya tolak gula dan hanya makan karbo kompleks. Dessert semua tak makan.

4. Insha’Allah boleh lost 15kg dalam masa 3 bulan. Ni bukan acah-acah, ni sungguh-sungguh jadi. Diet tak payah lapar.

5. Berat asal suami – 85kg , susut sampai – 65kg.

6. Tiga bulan pertama hilang 15kg. Bulan kelima baru dapat 20kg. Bila dah lost 15kg tu, macam slow sikit penurunan. Dan berat itu berjaya dikekalkan sampai ke hari ini.

7. Selain jaga makan, suami juga bersukan. Main rollerblades dan skating seminggu 2 ke 3 kali.

 

Suami juga bersukan untuk kekalkan berat badan.

 

30 Menu Diet Isteri Masak Bagi Suami Turun Berat

 

 

 

 

 

 

 

Ulam purple ini pucuk sambung nyawa.

 

 

 

 

 

 

Resepi ayam : Garam, kunyit, blackpaper, paprika, cili flakes. Goreng guna airfryer selama 25 minit. Suhu 200 darjah celcius.
Guna oven pun boleh. Suhu dan masa sama.

 

 

Ayam perap dengan blackpaper, paprika, chiliflakes dan garam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber/Foto : Darina Sekeri

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

IKLAN