25 Tahun Tragedi Noor Suzaily: Luka Keluarga Masih Berdarah Walau Keadilan Telah Ditegakkan

Share

Sudah 25 tahun berlalu, namun kenangan hitam yang menimpa Allahyarhamah Noor Suzaily Mukhtar, gadis jurutera muda yang menjadi mangsa rogol dan bunuh secara tragis pada 1999 masih segar dalam ingatan adik lelakinya.

Menerusi ruangan komen perkongsian dimuat naik di platform Threads, lelaki itu mengakui bahawa dirinya adalah ahli keluarga terakhir yang sempat bertemu dengan Noor Suzaily sehari sebelum kejadian di mana arwah turut memberikan wang belanja kepadanya.

Bagi keluarga arwah, terutama sang adik yang mengaku sebagai individu terakhir bertemu Noor Suzaily sebelum kejadian, kehilangan itu bukan sekadar memori pahit, tetapi parut yang tidak pernah sembuh.

“Saya masih ingat hari itu seperti baru semalam. Saya ahli keluarga terakhir yang bertemu dia. Dia keluar rumah dengan senyuman, sempat pesan ‘jaga mak’. Tak sangka itu kali terakhir saya dengar suaranya,” luahnya dalam nada sebak.

Dalam perkongsian yang sama, adik Noor Suhaily juga memaklumkan bahawa kakaknya itu sememangnya banyak berkorban untuk keluarga malah sehingga ke saat akhirnya sebelum dijemput Ilahi dalam kejadian tragis itu.

Tragedi Gemparkan Tanahair

Tragedi itu menggoncang seluruh negara ketika Noor Suzaily, yang ketika itu berusia 24 tahun, diculik, dirogol dan dibunuh kejam selepas menaiki sebuah bas untuk ke tempat kerja. Jenayah itu mencetuskan gelombang kemarahan rakyat Malaysia terhadap keganasan terhadap wanita, malah menjadi antara kes jenayah paling menggemparkan era 90-an.

Kini, selepas suku abad, luka itu masih belum benar-benar pulih. Setiap kali berita mengenai jenayah terhadap wanita dipaparkan, wajah arwah kembali bermain di fikiran keluarga.

“Dia seorang yang lembut, bijak dan sangat menjaga maruah diri. Sampai sekarang, setiap kali teringat, dada ini masih sesak. Kami hanya mampu doa semoga rohnya tenang di sisi Tuhan,” ujar si adik lagi.

Bagi keluarga Noor Suzaily, masa tidak pernah benar-benar menghapuskan duka, ia cuma menenangkan sedikit gelora rindu yang tak bertepi.

“Keadilan sudah ditegakkan, tapi kehilangan itu kekal selama-lamanya. 25 tahun berlalu, tapi kasih kami pada Kak Su tetap hidup.”

Kronologi Kes:

  • Mengikut kronologi kejadian, mangsa berada perjalanan ke tempat kerja menaiki sebuah bas persiaran sebelum pemandu yang menyedari wanita terbabit hanya tinggal berseorangan di bahagian kerusi penumpang bertindak mengubah laluan.
  • Pengangkutan awam yang sepatutnya menuju ke Pelabuhan Klang malah dipandu oleh pelaku sehingga ke Jalan Bukit Tinggi, Klang sebelum bertindak memperkosa mangsa di sebuah kawasan tersembunyi.
  • Suzaily juga dipukul dengan teruk sampai meninggalkan 44 kesan kecederaan di tubuhnya sebelum dijerut pelaku menggunakan kain di bahagian leher hingga meninggal dunia dan jasadnya kemudian dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi.

  • Tiga hari selepas kejadian, pemandu bas dikenali sebagai Hanafi Mat Hassan berasal dari Bachok, Kelantan ditahan oleh pihak polis di terminal bas Klang namun suspek dilaporkan tidak mengaku bersalah ketika perbicaraan dimulakan.
  • Kebenaran bagaimanapun terbongkar apabila pihak polis menemukan kesan air mani milik Hanafi di atas lantai bas dan pada bahagian rahim Suzaily selain keterangan saksi utama yang merupakan pelajar sekolah terlihat mangsa mengetuk cermin tingkap bas dipandu suspek.
  • Menurut laporan The Star, suspek, Hanafi Mat Hassan, 38, dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas tuduhan merogol dan membunuh selepas gagal mengemukakan sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Disember 2006. Suspek gagal mengemukakan sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Disember 2006.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu