Inspirasi

20 Tahun Elianto: Kecantikan Tempatan, Kini Lebih Dekat di 132 Cawangan Watsons Seluruh Malaysia!

Share

Dari dulu sampai sekarang, jenama kecantikan Elianto memang dekat di hati ramai wanita Malaysia. Tahun ini, Elianto menyambut ulang tahun ke-20 dengan penuh bergaya. Bukan sahaja kekal relevan, malah kini semakin mudah didapati di 132 cawangan Watsons seluruh negara!

Sebagai wanita, Elianto sememangnya dekat di hati kita. Mana tidaknya, ia punya segalanya. Dari bedak asas ke body mist, semuanya ready untuk kita cuba dan miliki.
Sempena ulang tahun istimewa ini, Elianto turut mengadakan Watsons Brand Launch Roadshow

di IOI City Mall, Putrajaya. Ia meraikan bukan sekadar produk, tapi juga semua wanita yang pernah menyokong jenama tempatan ini sejak dulu lagi.

Acara ini mengimbau nostalgia dan dalam masa yang sama memberi peluang untuk mencuba produk terbaru, kenal lebih dekat produk Elianto dan meraikan kejayaan produk buatan Malaysia yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.

Sekali cuba, pasti jatuh cinta. Antara produk yang wajib cuba di Elianto termasuklah Skin Tint Powder Foundation yang mempunyai kemasan semula jadi, ringan & breathable. Selain itu, Perfumed Body Mist tidak kurang hebatnya di mana ia menampilkan rasa segar, feminin dan tahan lama. Velvet Matte Compact Powder pula memberikan kemasan flawless, sekata dan tahan sepanjang hari.

Produk Elianto memang direka khusus untuk kita wanita Asia Tenggara sesuai dengan cuaca panas-lembap dan gaya hidup aktif yang memerlukan makeup tahan lasak dan selesa.

Kecantikan Untuk Semua Tanpa Kompromi

Pasti ramai Wanita tidak menafikan faktor harga yang berpatutan, mesra poket dan variasi produk keluaran Elianto menjadi pendorong untuk mereka selesa dengan jenama tempatan ini. Di tambah pula formula yang lembut tapi berkesan yang diterapkan dalam produk, sah-sah gaya ikut trend ini menjadi daya penarik yang sukar dilepaskan.

Elianto percaya setiap wanita patut rasa cantik dengan cara mereka sendiri, tak kira kulit cerah, sawo matang, atau gelap manis. Semua wanita ada ruang dalam dunia Elianto.

Dengan lebih 130 cawangan Watsons yang bawa Elianto, para wanita boleh membeli dengan lebih mudah sama ada nak walk-in atau klik je secara online. Tak perlu tunggu lama lagi.

Jom jadi sebahagian daripada perjalanan kecantikan Elianto yang dah 20 tahun menyinar bersama wanita Malaysia.

Nak beli online? Senang je sis! Klik sini:
🔗 Website: eliantocosmetics.com

📘 Facebook: @eliantomakeup

📸 Instagram: @eliantomakeup_official

🎵 TikTok: @elianto.official

🛍️ TikTok Shop: Klik sini beli terus!

Published by
Rosmah Idayu