2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW

Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya program bual bicara Mingguan Wanita sudah masuk musim kedua. Paling istimewa kali ini lima selebriti popular tanah air dipertanggungjawab mengendalikan Mingguan Wanita selaku hos bersama. Antara barisan personaliti yang bakal menerajui rancangan ini ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Norman Hakim dan Radin Amir.

Kesemua mereka akan digandingkan secara bergilir-gilir setiap episod yang bakal membincangkan topik harian antaranya kesihatan, kecantikan, kemasyarakatan, gaya hidup, makanan serta travelog. Manakala tiga pakar turut sama mengendalikan segmen masing-masing adalah Datuk Fadzilah Kamsah, Profesor Dr Muhaya dan Imam Muda Asyraf.

2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW
Masing-masing berasa teruja untuk mengendalikan MW Talkshow.
2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW
Bersama sifu Aznil Haji Nawawi memberi tip dalam pengacaraan.
2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW
Elizad selaku hos utama bersama Erra.
2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW
Bersama krew di sebalik tabir MW Talkshow.
2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW
Pelbagai gelagat ketika sesi latihan berlangsung.
2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW
Erra dan Norman ketika sesi latihan, bersungguh-sungguh mahu berikan yang terbaik untuk MW Talkshow

Sumber Gambar : IG Erra Fazira

Rasa Bertuah Kendalikan Mingguan Wanita

Ketika majlis sidang media Bual Bicara Mingguan Wanita berlangsung baru-baru ini bertempat di Ben’s The Gardens Mall, pelakon, penyanyi dan pengacara jelita ini berasa sangat bertuah kerana dipilih sebagai pengacara tetap bersama rakan selebriti yang lain. Erra akan bersiaran selama dua hari iaitu pada hari Isnin (bergandingan bersama Siti Elizad) dan hari Khamis (bergandingan bersama Siti Elizad dan Norman Hakim).

“Alhamdulillah saya berasa sangat bertuah kerana dipilih oleh pihak Astro untuk menjayakan rancangan bual bicara Mingguan Wanita. Mereka mahukan kelainan dan pilihan selebriti sebagai pengendali rancangan kerana mahukan sesuatu yang lebih mantap. Topik yang bakal saya kendalikan bersama Elizad pada hari Isnin, kesihatan dan kecantikan. InsyaAllah banyak yang kami boleh kongsikan. Saya dan Elizad tak pernah ada masalah dan kami akan duduk bersama untuk membincangkan lebih mendalam bagaimana untuk memberikan yang terbaik.

Ads

“Pada hari Khamis pula, saya digandingkan bersama Elizad dan Norman Hakim. Cerita Dalam Kain nama topik yang bakal kami bincangkan. Dengar nama ‘Cerita Dalam Kain’ macam ngeri kan, sebenarnya topik ini berbicara mengenai kisah rumahtangga. Jadi topik ini sangat menarik kerana bukan saja wanita malah golongan lelaki juga boleh memberikan pendapat mereka. Saya kenal Norman dan dia memang seorang yang suka berbicara. Agak mudah bila bekerjasama dengan mereka yang petah dan juga boleh berkongsi permasalahan yang biasa dialami oleh pasangan yang sudah berkahwin.

“Walaupun Norman jenis yang banyak cakap tapi dalam bual bicara ini kami tak boleh cakap panjang. Kerana hanya beberapa minit durasi yang diperuntukan. Jadi kami bertiga kena duduk berbincang dan pastikan pandangan dan mesej yang kami disampaikan dengan baik kepada penonton Mingguan Wanita,” ungkap Erra sambil tersenyum manja.

2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW

Ads

2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW

2 Hari Lagi, Elizad, Erra, Sherry, Norman & Radin Tak Sabar Kendalikan Bual Bicara MW
Barisan pengacara bersama orang kuat Astro, Editor Pengurusan MW dan Editor MW.

Mingguan Wanita Beri Banyak Manfaat

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga akui dia gembira apabila menerima tawaran ini, kerana suka bekerja secara tetap.

Ads

“Saya suka kerja tetap, jadi bila ditawarkan sebagai pengacara apatah lagi untuk mengendalikan rancangan berbentuk kewanitaan saya terus terima. Sebelum ini pun saya pernah kendalikan rancangan berbentuk secara langsung jadi tak ada masalah untuk saya kendalikan Mingguan Wanita. Paling penting saya akan pastikan pembahagiaan masa antara keluarga dan kerjaya dibahagikan dengan bijak. Berbanding lakonan komitmen kerja agak panjang manakala menyanyi pula sebulan sekali.

“Harapan saya semoga program yang bakal saya dan rakan-rakan selebriti lain kendalikan ini memberi manfaat dan kami akan menyampaikan kepada penonton dengan baik. Program ini penontonnya tidak mahu penyampai yang terlalu serius atau tergedik-gedik, mesti nampak seimbang. Rancangan ini bukan berbentuk hiburan dan lebih kepada informatif. Paling penting mesej yang ingin disampaikan dapat dikongsi bersama golongan wanita.

Majalah Mingguan Wanita Paling Tinggi Penjualan

“Menyentuh mengenai Majalah Mingguan Wanita, majalah ini paling tinggi penjualannya. Ini bermakna mereka sudah ada pengikut dan orang suka pada perkongsiannya. Lebih mendalam berkongsi. Saya percaya kecantikan, kesihatan ada tip kita sendiri. Masalah suami isteri, semua ada pandangan dan pengalaman masing-masing,” ungkap Erra.

Siaran langsung Mingguan Wanita akan berdurasi selama 60 minit, 155 episod dan bakal bersiaran secara eksklusif setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi bermula 8 Julai ini di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI