Zaman dulu, orang kata, susah nak jaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Sebab tu, anak perempuan dikongkong berbanding anak lelaki.
Zaman ini, rasanya perumpamaan tu dah tak boleh pakai. Mak ayah sekarang rasai sendiri. Jaga anak perempuan dan anak lelaki sama hebat cabarannya. Cuma anak perempuan lain yang kita risau, anak lelaki pula ada benda lain yang kita gusarkan. Generasi Millenia sekarang memang lain macam!
Pengaruh Internet dan Media Sosial Zaman Sekarang
Sebagaimana ia mempunyai banyak kelebihan, begitu banyak juga kemudaratan yang boleh berpunca daripadanya.
Sekarang ramai ibu bapa yang memberikan anak-anak dengan telefon pintar, lengkap dengan data internet. Dengan mengakses internet, anak-anak terdedah dengan pelbagai maklumat, termasuk yang ‘tak sepatut’nya. Sebab itu, mak ayah tolong pantau apa anak-anak tengok. Jangan ingat anak terperap di rumah dengan telefon, anak-anak anda tak terdedah dengan pelbagai gejala negatif.
Berapa banyak kes melihatkan anak-anak akibat pengaruh internet. Pernah terjadi kes anak berusia 12 tahun ditahan setelah disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh ibunya (akhbar Sinar Harian 2019). Anak itu terpengaruh gara-gara melihat satu video di handphone.
Itu belum lagi kes berapa ramai anak gadis yang hilang kesucian dan yang lari dari rumah ikut teman lelaki yang hanya dikenali di laman sembang online! Aduh, menakutkan bukan? Jadi mak ayah, TOLONG PANTAU anak-anak bila handphone mereka ada akses internet!
Ads
Jangan Percaya Anak Seratus Peratus!
Itu bab internet. Sikap anak-anak hari ini juga perlu diberi perhatian terutama ketika mereka sedang meningkat remaja. Jangan terlalu berikan kebebasan pada mereka tanpa pemantauan. Tak kira anak lelaki atau anak perempuan.
Apa saja yang anak beritahu, TOLONG simpan sikit rasa curiga. Bukan bermakna kita tak percayakan mereka, tapi kita kena ada rasa sangsi agar kita akan sentiasa pantau mereka. Kalau anak cakap nak habiskan masa di dalam bilik seharian sebab belajar, cuba intip. Betul ke dia belajar? Atau sedang bersembang di alam maya?
Jadi Orang Paling Rapat Dengan Anak
Jadi mak ayah bukan tugas mudah lebih-lebih lagi zaman sekarang. Kalau dulu, mak ayah pukul, anak tak berani nak lari dari rumah. Paling tidak lari rumah kawan sekampung. Tapi sekarang, salah marah sikit pun dah lari berdesup!
Ads
Sebagai mak ayah, anda yang paling ‘kenal’ sikap anak masing-masing. Tak semestinya guna pendekatan kekerasan. Kadangkala pendekatan lembut lebih terkesan di hati mereka.
Di usia remaja, anak memang kuat memberontak dan sering anggap mereka betul. Kalau mak ayah tegur, dikatakan tak faham mereka. Itulah cabaran mak ayah kena hadap.
Tak Salah Sporting Sikit…
Apa pun, bila anak meningkat remaja, terutama ketika usia belasan tahun, jangan biarkan mereka jauh dari kita. Sentiasa bertanya tentang kehidupan seharian mereka, kenal kawan-kawan mereka.
Bersikap sporting dengan anak-anak, jangan terlalu mengongkong. Misalnya, ada masa kalau mereka nak keluar dengan kawan, jangan bantah. Boleh izinkan tapi anda tahu dengan siapa, ke mana mereka pergi dan apa aktiviti mereka. Seeloknya, anda hantar dan jemput mereka. Tapi, tak boleh selalu.
Ads
Ada mak ayah tak suka anak-anak bawa kawan-kawan ke rumah. Tapi sebenarnya itu paling elok. Sekurangnya mereka ada depan mata kita. Lepak pun di rumah. Bayangkan kalau anak-anak keluar lepak di luar. Macam-macam boleh jadi. Lagi pula, bolehlah kita berkenalan dengan kawan-kawan dia tu.
Zaman Sekarang Agama Benteng Paling Utuh!
Dalam hidup, jangan pinggirkan agama dalam kehidupan kita. Begitu juga dalam mendidik anak-anak. Bila kita sudah tanamkan agama dalam hati mereka, insya-Allah…apa juga mereka lakukan, mereka takkan terpesong jauh.
“Mak, abang pukul adikkk!” jerit si bongsu sambil meraung-raung. Aduh, tak sudah-sudah si abang, kita yang kepenatan ini pun jadi geram dibuatnya. Maka tanpa berfikir panjang, rotan pun dicapai, lalu dilibas ke tubuh kurus abang.
“Tolong Mak! Sakittt!” rayu anak sambil menepis-nepis pukulan rotan yang singgah. Air matanya bercucuran tapi kerana geram, yang kita sedar hanyalah bekas merah berbirat-birat dan sedu-sedannya yang sudah tak berbunyi.
Ya, penting bagi ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak sejak dari awal kelahiran mereka agar tidak mengundang pelbagai masalah seperti degil, tidak mendengar kata atau sering melawan cakap orang tua.
Disebabkan itu ada antara ibu bapa yang melaksanakan hukuman untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Salah satu hukuman yang menjadi pilihan adalah merotan.
Menurut petikan Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Noornajihan Jaafar, dalam pada melaksanakan hukuman rotan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
ADAB MEROTAN
(a) Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara didikan lain digunakan.
(b) Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu bapa menenangkan diri seketika sebelum mengambil tindakan untuk merotan.
(c) Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.
(d) Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan yang berikutnya.
(e) Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak, bolehlah ditambah bilangannya.
(f) Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w.
Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu merotan anak-anak yang mak mak di rumah mesti hadam. Topik ‘Aspirasi Rumah Tangga: Rotan – Calar Emosi & Fizikal’ inilah yang akan didebatkan dalam Mingguan Wanita, Jumaat, 21 September 2018. Sama-sama kita tambah ilmu keibubapaan jam 12.00 tengah hari esok, semestinya di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mesti ada ibu bapa yang ada anak-anak kecil menghadapi masalah untuk membawa carseat (CRS) atau kerusi keselamatan kanak-kanak ketika menaiki flight atau penerbangan kan?
Jemput baca perkongsian daripada Salwa Abu Bakar ini sebagai panduan berguna demi keselamatan anak-anak kecil kita.
Kegigihan kami laki bini angkut crs (carseat) anak-anak.
Post yang agak panjang. Niat kami hanya ingin membantu parents yang nak travel naik flight bersama crs anak-anak mereka.
Kami lebih prefer bawa sendiri crs anak-anak bila travel naik flight disebabkan beberapa faktor
Dari rumah nak ke airport naik grab/socar one way, so kena la ada crs.
Bila sampai destinasi tak perlu pening-pening nak fikir crs anak. Jenis tak yakin untuk sewa crs sebab tak tau history crs tu macam mana.
Anak sulung selalu muntah so tak yakin nak sewa crs orang.
Kenapa tak check in je crs tu? Kenapa nak susah susah angkut naik flight?
Sebab kami ada experience foam putih dalam cover crs tu crack/patah masa check in crs so dah jadi tak yakin dah. Lagipun anak lebih selesa duduk dalam crs dalam flight. Nak tido pun selesa.
Get ready nak boarding. Beratur depan-depan sebab kena masuk dulu sekali dengan orang hot seats
Sedikit Tip Untuk Ibu Bapa Bawa Carseat Dalam Flight
1-Pastikan crs anak anda approve untuk digunakan dalam airplane. Kalau FMVSS crs, ada sticker FAA approve di body crs tu.
2-Confirmkan dengan airlines yang akan digunakan sama ada mereka membenarkan penggunaan crs dalam pesawat atau pun tidak. Kalau AirAsia, memang benarkan and ada dinyatakan dalam website. Kalau staff kat airport tak bagi, korang tekankan balik pasal policy yg diorang nyatakan kat website tu. Boleh rujuk link
3-Kalau anak anda bawah 2 tahun (belum ada seat sendiri) beli extra seat untuk letakkan crs anak tersebut. Macam kami, Naeem masih kategori infant. So kami beli je extra seat untuk dia. Ni wajib ya. Sebab kalau tak ada seat, takkan mak nak riba crs anak. Memang tak boleh la ya.
4-Datang awal ke airport. Ni paling penting sebab biasanya memang akan ada masalah sikit nak bawa crs naik ni. Masa nak drop luggage, inform staff kat situ dulu. Kalau dia kata tak boleh, ingatkan dia tentang apa yg dinyatakan di website dia berkenaan penggunaan crs dalam pesawat (ni utk airasia la). Lepas dah settle kan check in, nak masuk ke bahagian international/domestic departure tu pun selalu kena soal lagi dan dia suruh check in crs tu. Ulang step yang sama macam di check in counter tadi.
5-Tak habis lagi kat situ. Bila dah sampai gate, make sure inform staff kat gate tu yang kita ada bawa crs yang nak digunakan dalam pesawat. Dan kalau dia ulang benda sama suruh check in/letak dalam perut kapal, ulang langkah yg atas tadi. Pastikan korang ada beli extra seat untuk infant ya.Masa kat gate ni paling penting sebab staff akan benarkan korang masuk awal. So takdalah bersesak-sesak nak angkut crs bersama penumpang yang lain kan.
6-Dah masuk ke pintu pesawat, kena soal lagi sekali? Ulang langkah yang sama sambil tunjukkan sticker airlines approved seat tu. Biasanya pramugara/pramugari diorang ok je bila dah tunjuk sticker tu dan siap offer belt extender lagi kalau seatbelt tak cukup panjang utk install crs. Utk airasia, kalau tak silap dia hanya benarkan forward facing seat sahaja dipasang di seat dan mesti dipasang di tepi tingkap.
7-Sepakat membawa berkat. Kerjasama antara suami isteri sangat penting untuk menjayakan usaha ini. Tanpa kerjasama, boleh gaduh bermasam muka juga pasal nak angkut crs ni. Sebab ada part tertentu yang korang terpaksa angkat crs tak boleh guna troli. Selain dari tu, pastikan anda mempunya tenaga yang cukup untuk menjayakan misi ini.
By the way, crs yang digunakan adalah:
Kakak: Cosco Mightyfit berat dalam 4.3kg kot
Adik: Cosco Scenera Next berat dalam 3.2kg
MW: Berguna juga info ini kan. Diharapkan mak ayah di luar sana boleh cuba tip ini bila tiba masa nak menaiki penerbangan.
Ibu ini, Zura Betty berkongsi cara didikan anak lelaki nya. Sejak dari kecil lagi sudah didedahkan dengan bantu mak ayah buat kerja rumah. Tak perlu tunggu di suruh baru nak buat. Nampak ayam belum dibasuh dekat sinki, anak lelakinya diam-diam cuci bersih, sampai siap.
MW : Begitulah mak ayah, jangan kata anak lelaki tak boleh masuk dapur. Mereka ini andai didik dari kecil lagi, bila dewasa membesar jadi lelaki yang punya tanggungjawab terhadap orang rumahnya.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.