puten

Bagi orang Jawa, Punten ini adalah menu tradisi yang biasa disediakan. Punten cukup sesuai dimakan dengan sambal bilis hijau cili padi.Perkongsian resepi Punten ini daripada Puan Mariyati Miskon melalui page Makan Apa Hari Ini (MAHN) yang merupakan resipi asal daripada arwah suami beliau.

Ketika resepi Punten in dikongsikan pada November lalu, beliau sedang sarat hamil anak ke 7. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat buat mak-mak yang suka mencuba menu-menu baru.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Doakan saya! Doakan saya agar dipermudahkan urusan bersalin esok. Rasa sebak suami dah tak ada untuk menemani, telah kembali ke rahmatullah ketika hamil 5 bulan. Ini cahaya mata ke 7 kami, InsyaAllah.”

“Semalam dalam grup ini nampak punten. Nampak sedap sampai rasa macam nak ngences!
Alhamdulillah, hari ini Allah beri kekuatan untuk buat sendiri. Lebih puas makan dengan anak-anak yang sebahagiannya telah bercuti.”

Resepi Punten : (menu yang sangat ohsem orang jawa)

1:3 sukatan beras dan santannya
===============================

Bahan-Bahan:

2 pot beras
6 pot santannya. Saya guna sebiji kelapa
Sedikit garam bagi rasa lemak. Janganlah pula letak sekilo ya
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)

Cara Membuat:

1.Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.

IKLAN

2.Lepas tu bila dah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.

Wanita Ini Kongsi Resipi Punten Arwah Suami, Menu ‘Ohsem’ Orang Jawa

3.Ambil botol, sarung dengan plastik bagi dia mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh, saya guna botol sos tomato. Kalau arwah suami saya dia guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional kan?

Wanita Ini Kongsi Resipi Punten Arwah Suami, Menu ‘Ohsem’ Orang Jawa

IKLAN

4.Dah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Kalau tangan kebal, ok je. Nak cun guna acuan kuih pun boleh. Kalau style arwah suami saya dia akan alas talam atau loyang dengan daun pisang.

Wanita Ini Kongsi Resipi Punten Arwah Suami, Menu ‘Ohsem’ Orang Jawa

5.Selepas tu tuang je yang dalam periuk atas tu dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Dah sejuk baru potong ya. Rupanya dia cantik bila di potong ikut persegi!

IKLAN

Resipi Sambal Bilis:

Bahan-Bahan:

Sengenggam cili api. Nak pedas berdengung tambah lagi lah. Ikut suka nak banyak mana
7-8 biji Bawang merah
3-4 ulas Bawang putih
2 genggam Ikan bilis (Sengenggam aje yang di blend. Selebihnya nanti tabur aje dalam sambal masa dimasak nanti).
Sedikit belacan jika suka
Garam dan gula secukup rasa
1-2 keping Asam keping

Cara Membuat:

Masak semua dan bila dah masak bolehlah digandingkan dengan punten tadi.

Boleh share kalau sudi.
Saya halalkan. Semoga saya selamat bersalin dan dikurniakan anak yang soleh.
Doakan juga agar Allah beri keampunan dan rahmatNya untuk suami saya, dia yang ajar saya masak. Saya dulu kahwin muda, memang tak tahu memasak. Semoga menjadi amal jariah nya sekiranya dipanjangkan.

Selamat Mencuba!

Sumber:Mariyati Miskon via MAHN

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI