rahsia turun 7kg

Jika ditanya pada semua wanita, pasti impikan bentuk badan yang langsing. Sebab itulah ramai yang gigih berdiet, bersenam dan makan ubat kurus. Malah ada wanita yang sanggup melabur ribuan ringgit melakukan rawatan pelangsingan.

Semua ini dilakukan kerana mahu turunkan berat badan. Bila tubuh langsing, nak bergaya pun seronok. Kita jadi yakin dengan diri.

Tapi ramai juga yang tak kurus-kurus walaupun dah cuba macam-macam cara. Begitu juga yang dialami oleh Nora Zakariya, 26. Berat badannya senang naik tapi amat susah nak turun. Tapi akhirnya Nora temui formula diet yang sesuai. Seminggu amalkan diet ini, berat Nora turun 7 kg. Ikuti kisah Nora…

“Saya bersenam untuk kurus tapi kesannya lambat. Saya juga pernah makan ubat kurus tapi berat turun sekejap saja kemudian naik balik. Saya tak putus asa, saya cuba pelbagai formula diet termasuk diet Atkins tapi tak sesuai dengan saya.

“Kemudian saya cuba General Motors Diet (GDM). Kesannya memang sangat mengejutkan, seminggu amalkan GDM berat saya turun 7 kg. Ramai kawan-kawan saya yang cuba, rata-rata turun 5 ke 7 kg. Tapi mesti disiplin ikut diet ni. Barulah berkesan.

“Selepas berat saya turun, saya beriadah. Saya jenis yang cepat bosan kalau ke gim jadi saya hanya jogging dan hiking dengan kawan-kawan. Aktiviti ini sangat seronok dan membantu saya kekal langsing.

“Selepas berat turun, kita kena bersenam supaya kulit tidak menggeleber. Senaman bantu tubuh fit dan kulit jadi anjal. Cuba diet GDM ini untuk turunkan berat badan, tak perlulah amalkan terlalu lama. Bila berat dah turun, kembali amalkan diet seimbang dan bersenam. Insya-Allah badan akan maintain,”katanya.

IKLAN

Pelan Pemakanan GDM

Hari Pertama

Pada hari pertama, anda hanya boleh makan buah sahaja. Makanlah sebanyak mana buah yang anda suka. Cuma jangan makan buah pisang. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Hari Kedua

Makan sayur-sayuran sahaja. Boleh makan sayuran mentah seperti tomato, salad dan timun atau sayur yang dimasak. Anda juga boleh makan kentang pada waktu pagi. Minum air 2 liter sehari.

Hari Ketiga

Hari ketiga, anda makan kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan buah pisang ye. Minum air 2 liter sehari.

Hari Keempat

Anda perlu makan buah pisang dan susu rendah lemak. Jangan makan pisang melebihi 8 biji. Boleh juga makan sup kosong.

IKLAN

Hari Kelima

Makan protein seperti ayam dan daging bersama tomato dan sup.

Hari Keenam

Makan protein (ayam, daging dan sebagainya) dan menu berasas vege atau sayur-sayuran. Digalakkan makan menu protein yang direbus atau dibakar bukannya digoreng.

Hari Ketujuh

Hari terakhir, makan kombinasi buah dan sayur. Anda juga boleh makan beras perang. Tapi hari ketujuh jangan makan protein.

IKLAN

Tip

-Ulangi diet ini sehingga berat anda turun.

-Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Info:

Berat Nora sebelum amalkan GMD 63kg

Selepas GMD, berat Nora 56kg

Hiking pun bantu tubuh fit dan anjal.

Penulis: Intan Rohaizat Zakariya via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI