eat clean

Ramai wanita dah makin sedar menjaga kesihatan tubuh melalui pemakanan. Salah satunya Eat Clean atau clean Eating. Bermakna seseorang perlu mengambil makanan semulajadi seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.

Gula, garam, minyak malah makanan berlemak perlu dikurangkan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Protien hendaklah dikekalkan sebab itu penyediaan makanan lebih kepada kukus, rebus dan panggang.

Ini salah satu perkongsian menu Eat Clean yang diperkenalkan oleh Coach Abrani Yunus.

Eat clean masak tanpa bahan-bahan yang aneh. Saya turun berat 20kg lemak badan dalam 6 bulan. Fokus pada 80% sumbangan nutrisi pada badan. Makan tak lebih dari 1200kcal sehari.”

Menu Eat Clean Umai Ayam

1. Rebus dada ayam sehingga pecah minyak.

IKLAN

2. Celur sayur-sayuran dalam air rebusan ayam.

3. Dalam masa yang sama, tumbuh 2 tangkai cili padi, 2 ulas bawang putih, perah lemon, limau nipis dalam lesung.

3. Masukkan hirisan bawang merah dan daun limau purut.

IKLAN

4. Carik-carikkan isi ayam tadi. Gaul rata dalam lesung.

5. Siap untuk dinikmati.

Hidang Bersama

1 penumbuk beras perang

IKLAN

1 gelas teh herba

Average kcal – 500kcal

Info

Terlalu berlebihan perasa tambahan menyebabkan vili di dalam usus kecil kita gagal menyerap zat nutrisi dengan baik.

Sumber/Foto: Abdani Yunus via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI