Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Bahan-Bahan:
1kg beras pulut
1 kg beras pulut
4-5 sudu makan cuka
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit pewarna kuning jenama (Star Brand)
Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut)
Cara Membuat:
1.Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi)
2.Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna.
3.Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata.
4.Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukanya.
5.Rendam semalaman.
IKLAN
Bahan-Bahan: (Untuk Mengukus)
300 gram santan pekat.
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Gula (bergantung pada citarasa masing-masing)
IKLAN
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas dimasak sekejap(jangan sampai mendidih)
Sejukkan Seketika.
2.Kukus Beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau hingga masak.
3.Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan curahkan santan yang dimasak tadi.
4.Gaul hingga rata dan kalau nak manis sikit boleh taburkan gula semasa proses ni.
5.Bila dah sekata santan tadi, biarkan lebih kurang 10 minit (untuk mesrakan santan dengan pulut).
6.Kemudian kukus balik pulut tadi hingga naik wap lebih kurang 1/2 jam juga.
Info Ekstra!
Tip Agar Pulut lebih cantik dan berkilat.
IKLAN
Setelah rendam beras pulut lebih kurang 3 jam, kacau-kacau sikit beras tadi dan biarkan.Kalau rajin lebih kurang 2 jam selepas tu kacau-kacau lagi. Tujuannya nak bagi rata cuka dalam air.
Pulut juga tak perlu bilas dengan air biasa semasa nak kukus.
Selamat Mencuba!
Sumber: Unaizah Azhar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Peguam perjelas kes Nik Elin, “kemenangan bukan untuk menjatuhkan martabat mahkamah syariah.
Di media sosial, rata-rata bercerita mengenai kemenangan seorang peguam bernama Nik Elin yang mencabar proses dan kuasa DUN Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan beberapa peruntukan Enakman Syariah Negeri.
Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Keputusan bersejarah itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.
Ia boleh menjadi modal politik bagi yang kurang faham asas tuntutan ini. Ia telah diperjelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang meminta semua pihak bertenang dan tidak melakukan sebarang provokasi, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.
Kata bekas Ketua Hakim Syarie ini, kemenangan Nik Elin tidak menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan kepada umat Islam bahawa Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin kewujudannya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Peguam Perjelas Kes Nik Elin
Untuk lebih beri kefahaman, dikongsikan penjelasan dari bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki yang memberikan penjelasan mengenai hal ini.
Apa yang kita semua kena tahu? Apa yang dituntut?
“Habislah, lepas ni Mahkamah Syariah buat kes nikah kahwin saja”.
“Apa nak jadi di Malaysia la ni, Mahkamah dah hilang kuasa”.
Itu propaganda yang anda baca di media sosial hari ini. Berikutan kes Nik Elin.
“Kemenangan Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”
Kalau anda jenis membaca, anda tahu mereka melabun saja. Ini beberapa perkara yang mereka taknak anda tahu, saya senaraikan di sini.
Ada 68 seksyen dalam Enakmen Syariah Kelantan. Ada macam2. Tak berpuasa, khalwat, minum arak dan murtad. Itu peruntukan standard. Peruntukan ini tidak dicabar oleh Nik Elin. Ni ok saja. Ada 48 seksyen Nik Elin tak masuk dalam kes dia, maknanya ini dah elok belaka.
Yang Nik Elin cabar hanya 20 seksyen. Di mana banyaknya BERTINDIH dalam undang2 yang dikuatkuasakan di peringkat persekutuan. Itu yang dimasukkan dalam kes.
Separuh jalan Nik Elin tarik balik 2 seksyen iaitu kesalahan mengenai (1) Orang Mengaku jadi Rasul, Imam Mahadi dan Keramat (2) Orang yang berada di tempat judi. Nik Elin keluarkan dari senarai yang dia cabar, sebab percaya DUN ada kuasa untuk buat kesalahan. Mahkamah pun sahkan.
Dari 18 seksyen yang tinggal, Mahkamah hanya istihar 16 sahaja terbatal. Lagi 2 Mahkamah tak bersetuju dengan Nik Elin. Kerana mereka percaya DUN ada kuasa buat kesalahan itu. 2 kesalahan tu ialah mengenai larangan perkembangan agama lain ke atas orang Islam. 2 seksyen ini Mahkamah ishtihar sah.
Seterusnya, 16 seksyen lain terbatal kerana ada pertindihan dengan undang2 Persekutuan dan DUN tiada kuasa untuk adakan. Ini 16 seksyen berkenaan.
Seksyen 11 merujuk kepada memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat,
Seksyen 14 iaitu liwat,
Seksyen 16 membabitkan persetubuhan dengan mayat
Seksyen 17 merujuk kepada persetubuhan dengan bukan manusia.
Seksyen 31 (Gangguan seksual),
Seksyen 34 (Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu),
Seksyen 36 (Apa-apa yang mengkhayalkan),
Seksyen 39 (Mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan)
Seksyen 40 (Melakukan transaksi muamalat yang berlawanan dengan hukum syarak).
Seksyen 41 (Melakukan transaksi muamalat secara riba dan lain-lain),
Seksyen 42 (Penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal),
Seksyen 43 (Menawar atau memberi perkhidmatan maksiat),
Seksyen 44 (Perbuatan sebagai persediaan untuk menawarkan atau memberi perkhidmatan maksiat),
Seksyen 45 (Perbuatan sebagai persediaan melakukan maksiat),
Seksyen 47 (Perbuatan sumbang mahram)
Seksyen 48 (Muncikari)
*******************
Bukanlah bermaksud seksyen ini terbatal bawah undang2 syariah, di Kelantan penjenayah boleh bersuka ria. Mereka masih lagi boleh dikenakan tindakan bawah Kanun Keseksaan dan Akta yang berkenaan.
Ironinya, hukuman bawah Kanun Keseksaan lagi berat pula. Contoh kes liwat, sumbang mahram, beastiality (hubungan seks dengan haiwan) dan hubungan seks dengan mayat boleh kena sampai 20 tahun penjara. Bawah Enakmen hanya 3 tahun sahaja.
Seksyen lain seperti kesalahan tipu timbang dan sukat, guna benda mengkhayalkan, memiliki dokumen palsu, semua ini bawah Akta lain hukuman lebih dari 3 tahun. Tidak sama hukuman dengan Enakmen. Jadinya orang Islam dapat hukuman ringan dari yang lain pula.
Satu saja kita kena percaya, apa pun 16 seksyen di atas. Bukan hukum hudud dan qisas yang ada dalam Al Quran atau ditetapkan oleh Tuhan. Ia kesalahan Takzir atau hukum buatan manusia. Yang boleh diperbetul jua. Tambah kalau melanggar prinsip keadilan. Lain agama jadi lain hukuman.
Ini yang mereka taknak anda tahu. Sebab mereka nak menunggang isu. Jangan pajak otak pada mereka. Banyakkan membaca. Iqra itu ayat pertama.
Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan tuhan. Bagaimana dan dimana kejadiannya semuanya telah tertulis oleh yang Maha Esa. Mungkin hanya satu kebetulan, namun adakalanya setiap perkara yang berlaku itu merupakan satu petanda meninggalkan dunia yang sementara ini.
“Arwah sebelum ini bertanyakan maksud namanya… lepas itu tanya pula nama malaikat maut, selain syurga dan neraka,” kata Sharifah A Rahim, 35, ibu kepada kanak-kanak yang maut dihempap tiang elektrik semalam.
Dalam kejadian di Kampung Belukar dekat Jalan Kampung Darat, Changlun, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, meninggal dunia, manakala dua lagi rakannya cedera selepas longgokan tiang elektrik jatuh menghempap mereka ketika bermain di situ.
Petanda Arwah Meninggalkan Keluarga
Sharifah berkata, dia tidak menyangka pertanyaan Muhammad Aqil Wafiq menjadi petanda yang arwah akan meninggalkannya serta keluarga untuk selama-lamanya.
Menurutnya, ketika pertanyaan itu diajukan, dia sempat berpesan pada arwah agar belajar rajin-rajin seperti maksud namanya iaitu bijak dan terpelajar.
“Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana kejadian berlaku hanya 50 meter dari rumah neneknya (Zaiton Abu, 64).
“Arwah mungkin ikut kawan-kawan main kerana sebelum ini dia tak pernah ke situ (longgokan tiang),” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Difahamkan rakan arwah, Wan Aliff Danish Abdullah, 10, masih kritikal dan seorang lagi yang berusia 11 tahun masih dirawat di Hospital Jitra.
Sharifah berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada tiga beradik itu, meskipun kini hanya tinggal seorang sahaja anak selepas kakak Muhammad Aqil Wafiq meninggal dunia ketika berusia empat minggu.
Longgokan Tiang Sejak Aidilfitri
Dakwanya, longgokan tiang elektrik sudah berada di kawasan berkenaan sejak sebelum Aidilfitri lalu dan dia sempat mendengar bunyi kuat ketika kejadian berlaku.
“Memang boleh nampak tiang itu dari rumah mak dan tiang itu pula ditahan (daripada bergerak) dengan kayu sahaja.
“Ketika bunyi kuat itu, saya syak ada benda buruk berlaku tapi tak sangka rupanya anak saya terhempap dan meninggal dunia,” katanya yang memberitahu jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berona Kanan, Jeniang.
Murid Yang Baik & Rajin
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun, Mohd Nizam Saidin berkata, pihak sekolah terkejut dengan kejadian yang menimpa dua daripada muridnya.
Katanya, mereka turut berdukacita dengan kejadian berlaku memandangkan kedua-dua murid itu baik dan rajin di sekolah.
“Kami mengadakan bacaan Yasin untuk arwah dan seorang lagi murid yang masih dirawat di hospital, selain mengadakan kutipan untuk bantuan buat keluarga mereka,” katanya.
Telur Pindang selalunya diberikan sewaktu kenduri kahwin di kawasan selatan tanah air. Lebih tepat, bagi orang-orang Johor. Telurnya berwarna coklat gelap, berempah dan rasanya sangatlah sedap. Namun nak buatnya agak renyah, memerlukan pelbagai rempah ratus dan macam-macam jenis dedaun.
Secara tradisinya, tempoh merebus telur pindang ini agak lama menggunakan api kecil dan memakan masa sehingga berhari-hari barulah siap. Namun sekarang, buat mak-mak yang suka makan telur pindang ni tak perlu susah payah lagi, boleh rebus dalam periuk serbaguna Noxxa je. Guna tetapan ‘slow cook’ dalam masa satu jam dah siap, dan boleh terus makan telurnya.
Boleh cuba resipi dan cara buat telur pindang daripada Puan Izzah Farizzah ini:
Daun Manggis
Daun jambu batu
Daun lengkuas
Daun serai
Daun limau purut
Daun senduduk
Daun mengkudu
Daun pandan
Daun salam
Kulit bawang
2 sudu besar Jintan manis
2 sudu besar Jintan putih
2 sudu besar Ketumbar
5 batang Serai (diketuk)
Garam
2 inci Halia (dipotong nipis)
Kicap pekat dalam mangkuk kecil
5 sudu Gula
30 biji Telur Ayam
Cara Membuat:
1. Letak daun tu agak-agak je semua.
2. Selepas itu, susun telur lapis daun lagi dan buat sampai siap.
3. Kemudian masukkan air paras telur tersebut.
4. Slow cook dalam periuk Noxxa selama 60 minit.
Siap!
Selamat Mencuba.
MW: Sedapnya telur pindang berempah ni. Jika teringin nak makan telur ni dah boleh buat sendiri bila-bila masa. Tak perlu tunggu bila ada kenduri je.
Kakak tak sangka ikan masin & telur goreng menu terakhir adik. Allahu sedihnya apabila mendapat perkhabaran adik kandung kesayangan pergi buat selamanya.Berita sedih itu...