kemas baju

Rupanya ada cara paling mudah nak kemas baju anak sekaligus dapat jimatkan ruang dalam kereta. Almaklumlah, dah jadi mak-mak ni, bila bab nak mengemas dan susun baju anak-anak untuk bawa balik kampung mahupun pergi bercuti musim cuti panjang ni, memang part yang paling ‘bercinta’ nak hadap.Lebih-lebih lagi bila anak pun dah ramai.

Rumit tau nak fikirkan baju-baju apa yang sesuai nak pakai di kampung dan bawa berjalan ketika bercuti.Belum campur lagi bahagian, nak bawa macam-macam barang lain, contohnya buaian, kasut, toto, beg-beg baju dan lain-lain. Memang penuh sesak dalam kereta, selalu terlebih muatan.

Ada cara mudah, menarik dan agak praktikal yang mak-mak boleh ikut melalui perkongsian daripada Puan Ellie Rahman ini.

Beliau berkongsi cara dia kemas baju anak-anak ketika balik musim raya dikampung tahun lepas. Perkongsian ini juga masih praktikal jika berhasrat nak kemas baju anak-anak untuk bawa mereka pergi bercuti musim cuti panjang.

‘Masalah’ anak-anak nak pakai baju apa tak perlu difikirkan lagi, kerana dah diuruskan lebih awal. Tak perlu pening-pening lagi.Tinggal capai dan pakai, mudah!

Berikut antara tip perkongsian tersebut;

“Ok meh kakak nak cerita sikit. Ni cara kakak pack baju untuk balik raya. Idea cousin jugak ni. Tq che ani Wan Rosnita Junoh.”

Bungkus Ikut Tarikh

Baju-baju ni dibungkus mengikut tarikh & siang atau malam. Tujuannya untuk menjimatkan ruang simpanan dalam kereta. Kat sini ada bungkusan :

IKLAN

22hb siang
22hb malam
23hb siang
23hb malam
24hb siang
24hb malam (malam raya)
25hb siang (hari raya)
25hb malam
26hb siang
Baju seluar extra Alya
Baju seluar extra Auni Naufa & Najlaa

Wanita Ini Kongsi Cara Paling Mudah Nak Kemas Baju Anak-Anak, Sekaligus Jimatkan Ruang Dalam Kereta!

Cara-Caranya:

1.Tetap kena bawa sebuah beg kecik sebab nanti perlukan beg tersebut untuk angkut bungkusan ke dalam rumah / hotel / homestay ikut tarikh baju yang nak pakai.

IKLAN

2.Letak bungkusan bawah setiap seat, dalam tempat simpan tayar spare & kat mana je kakak boleh selit.Yang penting tak nampak kat mata, semak.

3.Susun pun kena ikut tarikh. Supaya tak tercari-cari.

4.Jika guna kereta MPV, boleh baringkan seat dan letak segala macam comforter untuk keselesaan anak-anak waktu dalam perjalanan nanti.

IKLAN

Comforter, bantal dan selimut yang dibawa boleh juga digunakan waktu kat kampung nanti.Iyalah bila dah ramai-ramai kat kampung, mesti ada yang tak cukup.

5.Baju ibu kat mana? Baju ibu dalam beg sebab baju ibu besar, susah nak bungkus-bungkus. Tapi tetap jugak menjimatkan ruang. Yang penting bawa baju nak pakai, tetap ikut tarikh tu.

6.Jangan bawa almari, memang tak muat kereta la. Beg untuk barang-barang mandian, beg mekap, accessories tu buat seminima yang mungkin. Biar apa yangg kita bawa tu berguna, jangan yang tak berguna pun bawa jugak. Semoga bermanfaat.

Nota kaki : Bungkusan tu kecik je sebenarnya tau. Jangan pakai plastik besar. Sebab anak 4 orang, dalam sebungkus tu ada 4 pasang pakaian je la.

Sumber: Ellie Rahman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI