rendang jering

Salah satu menu yang sedap di hari raya adalah Rendang Jering tetapi ramai yang tak tahan dan sakit perut bila makan jering. Jadi ini Puan Sutera Ayu‎ kongsikan resepinya supaya jering cepat empuk dan perut tak memulas lepas makan.

Bahan-bahan:

50 biji jering tua,kopek blah dua
1kg gram santan pekat segar
100 gram cili kering(rebus)
200 gram bwg merah kecik
100 gram bwg putih
50 gram ketumbar biji
100 gram buah keras
10 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
100 gram halia
100 gram langkuas muda
5 lembar daun kunyit
5 batang serai memarkan
10 lembar daun limau
2 sudu makan chikenstock(pengganti perisa)
100 gram gula merah
5 keping asam jawa
2 sudu makan garam(secukup rasa)
2 sudu makan gula putih
1 sudu teh jintan manis
1 suduh teh jintan putih,,
100 gram cili serbuk babas

Cara Nak Buat Rendang Jering:

Didihkan santan pekat hingga naik minyak.

Ketuk perlhana-lahan jering supaya lembut dan sedap di masak.

Panaskan air guna api besar, dah mendidih baru masukkan jering.

IKLAN

Sebelum tu masukkan daun limau sebanyak. Kita suka dan beberapa batang serai yang dah memarkan dan sedikit garam.

Bubuh daun limau dan serai supaya mengurangkan khas bau jering.

Rebus selama satu jam setengah atau dua jam dengan api sedang. Kalau nak tambah air didihkan dulu air yang nak tuang dalam panci lain sebab tak elok kalau tambah air sejuk. Nanti dia lama nak empuk.

IKLAN

Blend semua bahan bumbu, kecuali bunga pelaga, bunga lawang, serai tu memarkan dan kunyit hiris nipis-nipis daun limau tak payah. Masukkan gula garam, asam keping dan chikenstock.

Tumis semua bahan sampai naik minyak. Dah macam ni masukkan santan yang dah rebus tadi sekali dengan jering.

Slowkan api, kacau-kacau jering dalam kuali sampai naik minyak.

IKLAN

Last macam ni jadinya. Siap masak dan tutup api.

Selamat mencuba!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI