Sungguh malang tidak berbau.Siapa sangka walaupun dirumah sendiri masih berisiko untuk mendapat serangan haiwan berbisa. Menjadi kelaziman ular habitatnya adalah di semak samun mahupun kawasan hutan. Namun atas faktor cuaca yang panas, reptilia ini mencari kawasan yang sesuai seperti mangkuk tandas untuk menumpang teduh.
Punggung Dipatuk Ular Sawa
Seorang wanita dari Brisbane, Australia cedera ringan selepas punggungnya digigit seekor ular sawa jenis carpet ketika dia menggunakan tandas di sebuah kediaman ahli keluarganya di sini baru-baru ini.
Mangsa, Helen Richards, 59, menyatakan, dia melompat selepas terkena satu gigitan mengejut. Sebaik menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku, dia menyatakan ada satu objek seakan-akan penyu jenis long neck di dalam mangkuk tandas duduk itu.
“Saya terasa seperti terkena satu tusukan tajam sebelum terus melompat dan melihat objek seperti penyu jenis long neck di dalam mangkuk tandas,” katanya kepada akhbar The Courier Mail.
Ads
Ular Tidak Berbisa
Menurut laporan, ular berukuran sepanjang 1.5 meter(5 kaki) itu tidak tergolong dalam kategori reptilia berbisa dan ditangkap seorang pengendali ular.
Ads
Penangkap ular itu, Jasmine Zeleny menyatakan, reptilia itu mungkin takut selepas laluan untuk keluar ditutup lalu dan bertindak mematuk mangsa.
Ular sawa carpet itu dikatakan mencari kawasan berair termasuk di dalam mangkuk tandas ketika cuaca panas melanda Australia.
Ads
MW: Jadikan kisah ini satu pengajaran iya. Terutama jika kawasan rumah berhampiran semak, area pendalaman kena periksa dahulu mangkuk tandas mahupun kawasan sekitarnya untuk elakkan serangan haiwan berbisa seperti ini.
Gadis mangsa disimbah cuka getah jalani pembedahan hidung, tak pernah berdendam perbuatan bapa. “Abah antara orang yang sangat gembira apabila saya menjalani pembedahan hidung bagi melancarkan pernafasan yang sempit dan sehingga kini abah juga selalu minta maaf atas kejadian itu,” kata Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan.
Gadis Mangsa Disimbah Cuka Getah Jalani Pembedahan Hidung, Tak Pernah Berdendam Perbuatan Bapa
Nurul Dahyatul, kini berusia 23 tahun, merupakan mangsa simbahan cuka getah oleh bapa kandungnya dalam insiden tragis pada 15 Ogos 2010, kira-kira jam 1.45 pagi. Serangan tersebut meninggalkan parut kekal pada wajah dan tubuhnya, selain kedua-dua rongga hidungnya mengecut hingga menjejaskan pernafasan.
Gambar terkini
Anak muda ini telah menjalani lima kali pembedahan hidung di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak April tahun lalu, dengan yang terbaru pada 21 Ogos lalu. Beliau menjelaskan, rawatan tersebut banyak dibantu pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menanggung kos perjalanan ke ibu negara, selain Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang menyumbang RM2,300 bagi pembelian tisu expander.
Nurul Dahyatul Fazlinda (kiri) bersama ibunya Che Ku Zaimah (tengah). Kredit foto: Sinar Harian
Menceritakan lanjut, katanya kulit lama pada wajah terpaksa dibuang sebelum pasukan doktor membentuk semula hidung menggunakan tulang rawan sebagai sokongan.
“Sekarang pernafasan saya sudah tidak sempit dan bernafas juga sudah lebih mudah dan baik berbanding dahulu.
Nurul Dahyatul Fazlinda menjalani pembedahan untuk meletakkan isi lemak ke bahagian hidung pada 17 April tahun lalu. Kredit foto: Sinar Harian
“Pembedahan ini dilakukan untuk kesihatan diri dan bukan untuk menjadi cantik semata-mata atau malu dengan parut ini. Saya juga bersyukur impian menjalani pembedahan tercapai dan mungkin akan ada dua pembedahan lagi selepas ini,” jelasnya.
Nurul Dahyatul turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sudi membantu, khususnya Teresa Kok dan MAIDAM, selain akhbar ini yang sebelum ini menyiarkan kisah perjuangannya mendapatkan rawatan.
“Saya dimaklumkan YB (Yang Berhormat) Teresa tersentuh hati apabila membaca kisah saya yang tidak pernah berdendam dengan abah dalam kejadian itu yang disiarkan Harian Metro pada 2023.
Gambar terkini: Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
“Saya terharu meski berbeza kaum dan agama beliau (Teresa) sudi membantu saya. Abah juga gembira dan sebak apabila saya dapat bantuan dan impian menjalani pembedahan tercapai,” katanya lagi.
Terdahulu, Harian Metro pernah menyiarkan pengakuan Nurul Dahyatul bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya. Malah, memaafkan lelaki itu telah menenangkan jiwanya, dan ibunya juga tidak pernah mendidik mereka untuk membenci bapa kandung sendiri.
Dalam insiden di Kampung Sekayu, Kuala Berang itu, bukan sahaja Nurul Dahyatul cedera, malah adiknya, Muhammad Irfan Firdaus dan ibu mereka, Che Ku Zaimah Che Ku Awang turut menjadi mangsa simbahan cuka getah. Peristiwa hitam itu merubah kehidupan keluarga ini, namun kasih dan hormat mereka terhadap Mat Haizan Mat Yassin tidak pernah pudar.
Nurul Dahyatul Fazlinda (kanan) bersama adiknya, Mohd Irfan (dua dari kanan) ketika Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Kredit foto: Sinar Harian
Bagi yang ingin membantu meringankan beban rawatannya, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150041000040457 atas nama Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan.
Ada sesetengah penduduk Pasir Gudang sudah menghantar anak-anak pulang ke kampung halaman. Ada juga yang masih bertahan di sana. Apa pun pilihan mereka, keselamatan diri itu yang perlu diutamakan.
Malah orang awam perlu berada sejauh 5km dari Sungai Kim Kim yang sudah terdedah dengan tumpahan kimia beracun.
Ini nasihat Dr Rosli Abd Jalil, Doktor Kesihatan Pekerjaan agar memilih topenggas yang betul. Terutama kepada petugas dan orang awam yang terdedah dengan pencemaran toksik Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Anda Semua Memakai Topeng Yang Salah!
Topeng muka (Ties on 3Ply mask)
dan Topeng muka N95
BUKAN untuk kegunaan ketika berlaku kebocoran gas atau pencemaran gas.
Topeng tersebut hanya untuk mengelakkan habuk dan sesetengah kuman di udara.
Tetapi TIDAK DAPAT MENAPIS UDARA BERACUN!
Antara jenis topeng gas sesuai untuk pencemaran toksik.
Antara jenis topeng gas sesuai untuk pencemaran toksik.
Antara jenis topeng gas sesuai untuk pencemaran toksik.
Sila Gunakan Topeng Gas Yang Betul
Maka sebab itulah petugas dan mangsa kejadian terus-menerus menghidapi gejala keracunan gas!
Sila gunakan TOPENG GAS seperti dalam gambar untuk berhadapan dengan bencana ini. TOPENG GAS hanya boleh didapati di unit Bomba dan Penyelamat (HAZMART Team) dan beberapa kilang kimia Benzene dan bahan kimia.
Kepada semua penyelamat, anda WAJIB menggunakan Topeng gas ini. Manakala orang awam yang tiada Topeng Gas ini, inilah masanya anda patut keluar dari kawasan bencana secepat mungkin!
Ayu Raudhah Bakal Timang Anak Ke-7. Sebelum ini Mingguan Wanita menerusi segmen Video Ambil Tahu pernah menemubual pelakon Ayu Raudhah tentang dirinya yang mempunyai anak ramai.
Akur Ayu dia sangat bersyukur walau anak ramai namun dirinya dipermudahkan untuk menjaga kesemua anak-anak. Bukan mudah ya mak-mak di luar sana nak menjaga enam orang anak. Namun rezeki Allah tak pernah salah alamat.
“Saya terima seadanya rezeki dari Allah, akur bila Allah tentukan anak ramai serta dipermudahkan. Anak seorang pun letih nak jagakan. Saya diberi kemudahanan ada pembantu yang baik, adik beradik yang banyak hulurkan bantuan. Alhamdulillah jadi mudah,” terang Ayu.
Terdahulu, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan dengan enam orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan cahaya mata keenam yang kini berusia setahun.
Ayu Raudhah Bakal Timang Anak Ke-7
Terbaru isteri kepada bekas pemain bola sepak Zaquan Adha itu mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua. Menerusi satu perkongsian video di Tik Tok pempengaruh Rosix Omar ketika sambutan Rumah Terbuka kakaknya, Rozita Che Wan, Ayu dilihat sarat hamil tujuh bulan.
“Alhamdulillah ya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.
“Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya,” kongsi Ayu.
Tidak Alami Alahan
Menurut Ayu lagi hamil kali ini dirinya tidak mengalami sebarang alahan.
“Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.
“InsyaAllah, baby akan bersalin hujung bulan tujuh (Julai) macam itu,” sambungnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.