Setiap wanita yang ingin menurunkan berat badan, biasanya akan mencuba pelbagai tips kurus dan mengamalkan pelbagai menu diet yang bersesuaian dengan diri. Kata orang, ‘berguru’ daripada orang yang berpengalaman dan telah berjaya mencapai impian ini.

Perkongsian oleh SCha EllCha Lee ini, antara yang boleh dijadikan sumber inspirasi buat wanita lain yang ingin mendapatkan berat badan ideal. Wanita hebat ini berjaya menurunkan berat badan secara sihat hampir 25 kg dalam tempoh masa hanya 10 bulan! Menurut beliau antara yang paling penting adalah menjaga pemakanan yang diambil malah menyediakan sendiri menu-menu diet yang diamalkan.

Berikut antara perkongsian beliau sebagai rujukan;

Hi semua, Selamat pagi, Hari ni MamiScha nak share Menu-menu Diet dan sedikit tips untuk semua.

TIPS KURUS SAYA FROM 82KG++ to 58KG!

Progress 2016 dulu, sekarang maintain ja. Sebab active dan tetap jaga makan.

BMR : 1546.5
DCR : 2126.43
DCI : 1594.80
Tinggi : 158cm
Berat Asal : 82kg++
Berat 2016 : 58kg
Tempoh : 10 bulan++

Loss 25kg dalam masa 10bulan. Sebulan lost 2-3kg macam tu. Pada yang minta tips dan contoh menu-menu sepanjang journey saya, ok hari ni saya share antara menu-menu saya. Ni antara menu breakfast, lunch dan dinner saya.

Wanita Cekal Ini Kongsi Tips Kurus & Menu Diet Yang Diamalkan, Turun 25Kg Dalam Masa 10 Bulan!

Kalau suka dan nak follow silakan. Semoga Bermanfaat untuk semua.

1.Kurangkan Garam dan Minyak

Kalau boleh, elakkan makanan bersodium tinggi, gula, processed food, dan fast food.

2.Makan Sumber-Sumber Semulajadi

Seperti ayam, ikan, telur, tauhu, tempe, buah-buahan dan sayur-sayuran.

IKLAN

3.Ambil Portion Betul

Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Suku suku separuh.

4.Hanya Segenggam Karbohidrat

Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam sahaja karbo.

5.Lebihkan Sayur-Sayuran

Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji) sekali snack, atau boleh ambil buah buahan atau sayur sayuran sebagai healthy snack.

6.Diet Tak Perlu Berlapar

Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Saya sendiri makan 6-7kali sehari.

IKLAN

7.Minum Air Kosong & Green Tea

Lupakan terus air bergas atau berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

8.Jaga Makanan & Lakukan Senaman

Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% dari senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga, sememangnya agak slow sedikit progress nya.

9.Selalu Motivasi Untuk Diet

Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang dah berjaya! (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).

10.Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus

Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar.

IKLAN

11.Tidur Mencukupi

Tidur mesti cukup 6-7jam sehari, tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan.

12.Minum Air Putih

Minum air putih sehingga Urin anda berwarna jernih. Bila Urin warna jernih, InsyaALLAH badan kita cukup air.

13.Konsisten Bersenam 3-4kali Seminggu

Saya tak bersenam hari-hari, cukup 3-4kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan. Heheh bersenam. Saya suka cardio. Tapi saya mixedkan macam² senaman supaya saya tak bosan. Selamat mencuba. Slowly but surely ❤

Nak resepi klik link ni ya.
https://m.facebook.com/story.php…

P/S : Menu-menu saya sebarang tanpa perasa tiruan ya. No MSG. No sugar. Less Salt.

Buat kaum wanita yang nak kurus, boleh jadikan perkongsian ini sebagai satu sumber inspirasi.Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berdietlah dengan cara yang betul agar dapat mencapai berat badan ideal yang diidam-idamkan. Selamat Berdiet!

Sumber: SCha EllCha Lee

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI