Pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) selepas selesai menyampaikan anugerah malam tadi.
Di atas pentas yang ditayangkan secara langsung di Astro Ria, Kamal melafazkan lamaran sambil menghulurkan sebentuk cincin dengan berlutut di hadapan Uqasha sambl bersaksikan penonton menerusi siaran secara langsung.
Kamal Melamar, Uqasha Terkejut
Kamal Adli sewaktu melamar Uqasha.Uqasha menerima lamaran daripada kekasih hatinya.
Ternyata dari riak wajah Uqasha kelihatan terkejut namun wanita ini kelihatan cukup bahagia. Walaupun agak segan namun Uqasha begitu tenang.
“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya” soal Kamal.
“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha kembali yang begitu terkejut dengan aksi spontan yang dilakukan oleh Kamal.
Ads
“Yes” itulah jawapan Uqasha selepas Kamal mengulangi sekali lagi soalannya.
Jawapan tersebut kemudian disambut dengan sorakan penonton.
Hubungan Semakin Rapat Sejak Bergandingan Dalam Drama
Ads
Difahamkan hubungan pasangan ini semakin erat dan menjadi perhatian selepas masing-masing bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.
Malah perhubungan mereka bertambah rapat sejak beberapa bulan lalu selepas bergandingan di dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa.
Tahniah diucapkan buat Uqasha yang bakal menjadi permaisuri hati Kamal Adli.
“Rehatlah Naim, Anak Syurga Mak Long. Moga Kita Bertemu Di Syurga Allah Kelak,” begitulah luahan hati Noraniza Idris atau Kak Ani tidak dapat menyembunyikan kesedihannya atas kehilangan anak saudaranya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, mangsa lemas di Pantai Kelulut, Terengganu, Jumaat lalu.
Awal pagi semalam sekitar jam 10.10 pagi, mayat Allahyarham Naim ditemui pasukan penyelamat selepas tiga hari hilang di pantai berkenaan, dipercayai ditarik ombak ketika sedang mandi.
Paling memilukan, kunjungan Allahyarham ke Terengganu adalah untuk melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada Sabtu, namun ia tidak menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kak Ani telah menulis kisah sedih atas kehilangan anak saudara yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
“Innalillahi wa inna ilahi roji’un.
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”
“Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
“Al-Fatihah
“Rehat lah Naim, anak syurga Mak Long, Lepaskan lelah dunia, kami reda dengan pemergian kau.
“Terima kasih atas segala keringat, ilmu dan nasihat Naim pada setiap klien yang memerlukan khidmat terapimu sepanjang bersama.
“Sesungguhnya ramai saksi dunia ni melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempat mu, Naim.
“Hari ni walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehat lah wahai anak syurga Mak Long, moga kita bertemu disyurga Allah kelak,” tulis Kak Ani.
Menurut Kak Ani, seperti mana dipetik menerusi SinarPlus kali terakhir dia bertemu arwah anak saudaranya itu ialah pada Isnin minggu lalu iaitu sehari selepas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) melabuhkan tirainya.
“Kali terakhir saya jumpa Naim selepas Maghrib pada hari Isnin minggu lalu, iaitu sehari selepas tamat final GV7.
“Kebetulan peminat saya meraikan tamat GV7. Sebenarnya saya adalah klien physio kepada Naim.
“Dia merupakan physioterapist yang sangat ramah dan baik dengan sesiapa sahaja. Lembut pertuturan dan sangat menghormati orang membuatkan sesiapa saja akan menyenanginya.
“Namun masa jumpa kali terakhir itu, karakternya agak pendiam daripada biasa. Salam cium tangan saya.
“Saya cium pipi kiri kanan dan dahi dia, tapi responnya agak tawar. Pandang saya dengan suami macam berfikir jauh. Tak teruja macam biasa jumpa.
“Selalunya dia yang akan bersapa dulu, tapi kali ini buat kami rasa sikit tersentuh hati, namun melepaskan saja perasaan itu,” luahnya.
Difahamkan juga ketika pertemuan tersebut Allahyarham ada memaklumkan bakal melangsungkan pernikahannya di Terengganu.
“Dia ada sebut nak kawin di Terengganu dan nak jemput. Kami cuma ucapkan tahniah dan tinggalkan dia dengan perasaan tertanya-tanya,” kongsi Kak Ani yang sebaik sahaja mendapat berita tentang tragedi yang menimpa Allahyarham pada Jumaat lalu, dia tidak putus memohon doa dan mengadakan solat hajat agar usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan.
“Semalam masuk hari ketiga kehilangan Naim dan jenazah Naim ditemui pasukan penyelamat.
“Saya sangat berharap keluarganya tabah dan cekal hadapi dugaan besar kehilangan anak sulung dan satu-satunya lelaki,” ujarnya yang turut menerangkan Naim merupakan sepupu yang terlalu rapat dengan anak-anaknya iaitu Aliff dan Alfeeq.
Sumber Foto: Instagram Noraniza Idris Sumber: SinarPlus
Tahniah buat pelakon Faye Kusairi yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Dihamkan Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, berkongsi berita tersebut menerusi akaun media sosial miliknya dan memberitahu selamat bersalin Ahad lalu.
Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Faye pada awal Disember lalu dilaporkan telah terkena serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan pada otot muka ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Faye bersyukur kerana dia dan bayi perempuannya berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.
“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Semalam saya dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah,” kongsinya.
Tambah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu, dia turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakannya, lebih-lebih lagi selepas disahkan mengalami Bells Palsy 10 hari lalu.
“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bells Palsy yang saya hidapi selama beberapa hari ini.
“Maaf saya belum mampu untuk membalas semua komen dan akan kongsikan perkembangan kesihatan saya termasuk ketika berpantang nanti.
“Saya juga akan berkongsi gambar anak tidak lama lagi selepas bersedia. Buat masa ini, izinkan saya dan baby berehat,” tulisnya lagi.
Pelakon terkenal Datuk Seri Eizlan Yusof mengumumkan berita gembira kehamilan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa pada sambutan hari ulang tahun perkahwinan pertama mereka 12 Disember lalu.
Kiriman doa dikongsikan buat isterinya itu yang kini hamil lima bulan. Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.
Pelakon berusia 49 tahun ini juga berkongsi pengalaman mengandung isterinya. Ternyata di awal kehamilan, alami morning sickness yang teruk.
“Alhamdulillah dah stabil. Dalam tempoh dua tiga bulan pertama agaka huru hara. Tasha tak selera makan dan muntah semula lepas makan. Morning sicknessnya teruk.”
Selepas melalui fasa pertama itu, isterinya semakin berselera makan malah berat badan pun bertambah. “Alhamdulillah, tiada permintaan makan yang bukan-bukan. Yang penting, dia dan anak dalam kandungan sihat.”
Sepanjang kehamilan isterinya itu, Eizlan sudah pun membawa isteri menjalani pemeriksaan kehamilan untuk beberapa kali. Dan isterinya berada dalam keadaan baik.
Bukan saja dirinya gembira, malah anak-anak dari perkahwinan terdahulu, Vie Zaara, 12, Zareef Yusof, 10 dan Vie Zaalia, 7 sama teruja menerima kehadiran adik baru mereka kelak.
Akui bapa ini, anak-anaknya yang lain memang sukakan adik. Kerap kali bertanyakan pada mama Tasha nya bila mereka boleh dapt adik.
Bila saja tahu yang mama nya mengandung, lebih teruja anak-anak ini. Anak-anak pun sama macam ayah mereka, tak kisah jantina adik baru mereka kelak. Yang penting, lahirnya sihat dan selamat.
Madam Mariyah cari jodoh sekufu, elak orang cakap tumpang kesenangan bini. Walau pernah diuji dalam rumah tangga, usahawan sensasi ini tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi.