Tragedi syawal berdarah.Baru semalam dikejutkan dengan dengan kejadian kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun mati dikelar ibu sendiri. Terbaru, malam tadi kanak-kanak perempuan pula maut akibat ditikam sebanyak 30 kali oleh saudara sendiri.
Budak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam saudaranya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah teres di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.
30 Kesan Tikaman
Difahamkan, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital swasta di Desa Park City Kepong, di sini, mempunyai kira-kira 30 kesan tikaman di badan.
IKLAN
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga saudara kepada kanak-kanak itu di tempat kejadian jam 9.45 malam tadi.
IKLAN
“Suspek yang berusia 21 tahun tidak tinggal bersama mangsa dan keluarganya. Dia datang ke rumah berkenaan dan ketika itu hanya emak, nenek dan adik mangsa berada di rumah.
“Mangsa bermain dengan suspek di tingkat bawah manakala ibu mangsa tidur di tingkat atas bersama bayi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ditemui Dalam Stor
Beliau berkata, nenek mangsa yang berada di tingkat bawah keluar sebelum pulang kira-kira 30 minit kemudian dan menemui mangsa di dalam stor dengan keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
IKLAN
“Keluarga berkenaan meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital swasta dan doktor yang memeriksa menemui kira-kira 30 kesan tikaman menggunakan objek tajam pada badan.
“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga anak kecil ini. Syurgalah tempatmu wahai anak.Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini.
Ibu muda pilih jalan sukar temui Tuhan, tinggalkan nota akhir “aku kuat tapi aku sudah penat”.
Tiada siapa manusia terlepas dari ujian kehidupan. Besar atau kecilnya ujian itu ia adalah tanda keimanan seseorang.
Ibu Muda Pilih Jalan Sukar Temui Tuhan
Tindakan seorang ibu muda, dikenali sebagai Lilan, 21 tahun yang mengambil jalan sukar pulang menemui Allah tular di media sosial.
Ibu kepada seorang anak ini nekad menggantung dirinya menggunakan tali buaian anaknya sebelum hal ini disedari oleh suaminya yang mendengar bunyi tangisan anak kecil mereka dari dalam bilik. Sebaik pergi melihat, isterinya kelihatan sudah tergantung.
Namun di sebalik dirinya memilih jalan pulang sukar menemui Allah, apa yang membuatkan kisahnya menjadi viral di media sosial khsusnya negara Indonesia, ibu berasal dari desa Bulidje, daerah Kota Barat, Gorontalo yang diduga mengalami depresi kerana ditipu oleh pinjaman online.
Tinggalkan Nota Akhir “Aku Kuat Tapi Aku Sudah Penat”
Masa yang sama, beberapa jam sebelum mengakhiri nyawanya, dia dilihat sempat membuat video dalam keadaan menangis memberitahu dirinya kuat tapi sudah terlalu penat.
“Aku kuat tapi aku capek” tulisnya.
Dia yang bekerja di sebuah pasaraya dikatakan berusaha meminjam Rp15 juta atau lebih kurang RM4600 melalui pinjaman online. Namun sebelum pinjaman diberikan, pihak peminjam memintanya membayar deposit kira-kira Rp2.7 juta sebelum pinjaman boleh diberikan.
Lilan ternyata mengambil tersilap percaturan kerana telah memberikan wang deposit itu sebelum peminjam online itu menghilangkan diri selepas menerima duitnya.
Namun selepas Lilan menyedari dirinya ditipu, dia berusaha meminjam dari kawan kerana wang Rp2.7 juta itu adalah milik pasaraya tempatnya bekerja namun kawannya mengatakan tak ada wang.
Mungkin inilah antara sebab selepas melihat tiada jalan lagi untuk dirinya mengembalikan wang ambilnya, ibu muda ini memilih jalan pulang sukar.
Ramai netizen melihat tindakanya ini berasa simpati kerana nilainya bukan terlalu banyak hingga dia perlu mengambil tindakan sebegitu. Dan tak hairanlah kisahnya menjadi tumpuan ramai yang bersimpati dengan nasib dilaluinya.
Apa yang membuat semakin ramai sebak, suaminya, Yudin Mahmud yang dalam keadaan terperanjat dengan ujian ini dilihat mencium anak tunggal mereka ketika ramai mengiringi jenazah isterinya untuk dikebumikan.
Biar nampak seperti salah di mata kita tindakan ini namun itu antara dirinya dan Allah taala. Berdoalah agar pengakhiran kita kelak husnul khotimah.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meniti usia 50an, pelakon drama dan filem terkenal sekitar tahun 2000-an, Eja kini lebih menumpukan perhatian kepada keluarga, terutamanya anak tunggal kesayangan, Nur Eishal.
Beri Peluang Bakat Baru
Eja yang cukup dikenali sebagai gadis pembuka kotak huruf dalam program kuiz popular Roda Impian satu ketika dahulu menjelaskan bahawa dirinya bukan merajuk membawa diri, sebaliknya berlapang dada dengan peluang terbuka kepada bakat-bakat baharu yang mewarnai dunia hiburan tanah air sepanjang tempoh rehatnya selama ini.
Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin, 51 sedar populariti dan kemasyhuran bukan bersifat selama-lamanya dan akan sampai waktu, dia perlu meletakkan noktah daripada terus berlakon.
“Masih lagi ada tawaran berlakon filem dan drama tetapi keutamaan saya sekarang adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.
“Berilah peluang kepada orang-orang baharu. Kita dah tua. Berilah ruang kepada generasi sekarang mewarnai dunia hiburan kita dengan idea-idea yang lebih baik.
“Kita ni dah nak reput (ketawa). Anak saya sekarang pun dah 13 tahun. Anak saya ada bakat lakonan tapi dia sendiri tak berminat nak ceburkan diri (dalam bidang lakonan),” katanya.
Pendidikan Anak Jadi Keutamaan
Eja yang ditemui usai sidang akhbar Kamya Fest di Bukit Jalil baru-baru ini berkata, pendidikan adalah perihal utama yang akan diberikan kepada satu-satunya anaknya itu.
“Kita tahu tahu qada dan qadar seseorang. Saya tak nak kata tidak (untuk anak berkecimpung dalam dunia lakonan).
“Tapi, keutamaan saya untuk lepaskan Eishal belajar setinggi yang mungkin. Belajar dahulu dan selepas itu nanti, mana jalan yang Allah kurniakan, dia pilih sendiri dan saya beri restu.
“Umur sekarang, anak dah tahu apa dia nak jadi. Tetapi saya perlu, kita hanya perlu merancang, Allah menentukan. Sebagai ibu, saya nak dia berjaya dunia akhirat sebab dialah satu-satunya anak saya,” ujarnya kini seronok berniaga produk sambal, eishals_by_eja.
Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.
Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kemanisan Ramadan, hamil cahaya mata sulung. Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang bakal bergelar ibu.
Pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, menerusi akaun Instagramnya berkongsi perkhabaran gembira tersebut.
Malah berita tersebut cukup bermakna buat dirinya dan suami Raja Syahiran.
Kemanisan Ramadan, Hamil Cahaya Mata Sulung
Pasangan yang melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu turut menyifatkan Ramadan kali ini begitu bermakna apatah lagi tahun ini merupakan pertama kali menyambutanya sebagai pasangan suami isteri.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina.
“Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibubapa.
“Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini. Aamiinnn Ya Allah,” tulis Uyaina.
Doakan Kesihatan Diri & Bayi Dalam Kandungan
Uyaina juga memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan & keselamatan Uyaina & baby sepanjang tempoh mengandung & melahirkan nanti.
“Semoga segala urusan dipermudahkan.
“Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin,” ungkap Uyaina.
Tak Percaya Bakal Jadi Ibu & Ayah
“Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina..
“InshaaAllah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah.. We are pregnant! Syukur pada-Mu Ya Allah.
“Honestly, kami still tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One,” kongsi Uyaina.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...