
Punyalah payah nak cuci shawl yang dah melekat dengan minyak sebab pakai bedak asas atau krim muka. Tambah kalau perempuan suka mekap tebal dan akhirnya mekap cair dan melekat di shawl dan tudung.
Ok, tak nak cerita lebih-lebih, kalau ada wanita yang berdepan degan masalah ini anda jangan buang shawl atau tudung itu dulu ya. Ada petua berkesan nak cuci sampai minyak yang melekat pada tudung itu hilang.
Bukan senang nak menghilangkan kesan minyak dari alat solek yang terkena pada shawl tetapi tip yang dikongsikan oleh puan Tyma Saidini ini sangat bermanfaat untuk anda. Jom semak…
Cuci Shawl
Assalammualaikum girls semua.. kat sini Tyma nk share tip cuci shawl yang ada kesan-kesan minyak muka. Perempuan memang suka makeup tapi bila cuaca panas makeup pada muka kita mula pecah minyak kemudian minyak krim faundation pun menepek pada shawl, punyalah susah nak hilang bila lepas mencuci.
Dulu pernah try buat cara yang viral tu letak baby powder sebelum rendam dengan pencuci.
Tapi gagal tak jadi apa jadi tyma buat je camni, bilas dengan air pencuci pastu letak powder sekali. Kalau nak tahu hasil silakan mencuba tapi tyma pkai Carrie Junior punya powder.

Ok, senang kan? Lepas ini, wanita yang bertudung boleh beli bedak debu awal-awal untuk get ready cuci shawl yang kotor sebab minyak. Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Kaedah Rawatan Kecantikan Wajah Ini Agak Pelik, Hanya Wanita Berhati ‘Kental’ BERANI Mencubanya!

Isi Kandungan
ToggleTerdapat pelbagai klinik estetik dan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan kaedah kecantikan yang tersendiri. Mungkin bagi sesetengah wanita yang taksub nak cantik sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat ini. Termasuklah dengan mencuba kaedah rawatan yang dianggap pelik.
Berikut antara 6 Kaedah Rawatan Kecantikan Wajah Tersebut:
1. Rawatan Vampire Facelift
Untuk tampak lebih muda, Vampire Facelift menjadi rawatan kegemaran ramai wanita di Hollywood. Walaupun harga satu sesi rawatan mencecah $1,500 (RM6,221), ia masih menjadi pilihan selebriti terkemuka seperti Kim Kardashian dan supermodel Bar Refaeli.
Rawatan yang diilhamkan oleh Dr. Charles Runels itu akan mengambil darah dari lengan sendiri, memisahkan platlet menggunakan pengempar untuk mendapatkan plasma yang kaya dengan platlet. Plasma ini kemudian digabungkan dengan bahan seperti Restalyne atau Juvederm sebelum disuntik ke dalam kulit wajah.
Rawatan ini dikatakan dapat merangsang pertumbuhan kolagen dan membina sel kulit baru untuk menghapuskan kedutan dan pelbagai masalah kulit.
2. Suntikan Krim Darah Manusia
Lagi satu rawatan kecantikan yang menggunakan darah manusia ialah krim wajah MC1 oleh Dr. Barbara Sturm. Krim bernilai $1,400 (RM5,806) ini diformulasikan dengan protein anti radang yang diambil daripada darah pesakit sendiri. Protein ini menghasilkan krim yang dapat menyembuhkan kulit, menghilangkan kedutan halus dan tanda-tanda penuaan yang lain.
3. Rawatan Kecantikan Tahi Burung
Rawatan muka dengan tahi burung bulbul Jepun (Japanese nightingale) dikhabarkan mampu mencerahkan kulit dan menghindari jerawat. Rawatan 100% semula jadi ini telah mula digunakan sejak kurun ke-17 lagi oleh geisha di mana tahi burung yang kering dijadikan ejen pengelupasan untuk menanggalkan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit tampak lebih segar dan sihat.
4. Rawatan Uri Kambing Biri-Biri
Selebriti terkenal Victoria Beckham amat menggemari rawatan ini yang menggunakan uri/plasenta kambing biri-biri. Sel stem daripada uri kambing biri-biri dikatakan mempunyai bilangan sel yang lebih kurang sama dengan seorang manusia dan mampu memperbaiki kulit wajah dari dalam. Hasil rawatan ini akan menyihatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
5. Rawatan Kecantikan Siput Babi
Jika geli melihat pergerakan siput,mungkin meremang dan menjerit kegelian jika perlu menjalani rawatan wajah menggunakan siput ini. Rawatan menggunakan siput ini menghasilkan banyak protein iaitu asid hialuronik dan bahan antioksida yang terkandung dalam lendir siput. Ia mampu mengembalikan kesegaran kulit dan menjadikan wajah bagai 10 tahun lebih muda.

6. Rawatan Kecantikan Menggunakan Lintah
Demi Moore antara selebriti Hollywood yang pernah mencuba kaedah rawatan lintah ini untuk kekal awet muda.Terapi yang popular di Eropah ini menggunakan lintah untuk menyedut darah dari kulit seseorang. Selain itu, lintah yang dipasang ke wajah itu juga akan mengeluarkan sejenis enzim untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah.
Kesimpulannya, tiada jalan mudah untuk kelihatan cantik. Tapi adakah sanggupkah jalani mana-mana rawatan di atas dan berbaloikah berkorban sebegini semata-mata nak cantik di dunia? Tanya lah diri sendiri.
Sumber:Iluminasi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sudahnya Ibu Anak 3 Dicerai Suami, Selepas Berduaan Dalam Bilik Dengan Lelaki Lain

Isi Kandungan
ToggleDunia akhir zaman semakin menakutkan. Ketika, para isteri cuba mempertahankan hak dan harapan bahagia dalam rumah tangga yang dibina. Ada isteri yang semakin berani menduakan suami, curang dengan lelaki lain.
Perkahwinan yang dibina bersama suami selama 7 tahun tak lagi dipandang indah oleh isteri ini. Tiga orang cahaya mata lahir dari perkahwinan mereka juga tak lagi menzahirkan bahagia di hati.
Inilah yang berlaku dalam rumah tangga pasangan muda berusia 32 dan 23 tahun, yang mana isteri ini telah ditangkap khalwat dengan lelaki lain oleh suaminya sendiri.
Sudahnya dalam Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, ibu anak tiga ini diceraikan dengan talak satu. Lafaz tersebut, dilafazkan di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakman Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.
Berbalah Di Luar Mahkamah
Tidak cukup dengan itu, sebaik saja keluar dari mahkamah suasana kecoh terjadi antara pasangan tersebut. Sehingga terpaksa ditenangkan oleh pihak polis dan ahli keluarga.
Kata bapa yang mahu dikenal sebagai Atiq, 32, pada 25 Oktober lalu di sebuah hotel dekat utara tanah air dia telah menangkap isterinya yang sedang berkhalwat dengan lelaki lain.
Luluh hati suami ini apabila isterinya sanggup menduakan dirinya. Walhal mereka sudah ada tiga orang anak usia antara setahun hingga enam tahun.
Dalam Bilik Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain
Ketika di hotel tempat isterinya ditangkap, suami ini bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel tersebut. Rakannya memaklumkan yang kereta miliknya ada di hadapan hotel berkenaan.
Sebaik saja masuk ke sebuah bilik, dia lihat isterinya bersama lelaki lain.
Dia bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan kereta miliknya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.
Jelasnya, sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik, dia melihat isterinya bersama dengan lelaki lain.
Akhirnya Kesabaran Teruji..
Memikirkan anak-anak, lelaki yang bekerja di Ipoh, Perak ini cuba bertahan dengan perkahwinannya.

Namun, perbuatan kecurangan isteri membuatkan dia membawa pulang anak ke Kota Bharu dan melafazkan cerai. Tidak sanggup dia melihat kecurangan itu terus-terusan berlaku.
Luahnya di luar Mahkamah Syariah di Tunjang, Kota Bharu.
Seharusnya sebagai isteri, seandainya berlaku apa-apa konflik dalam rumahtangga, janganlah jalan ‘curang’ jadi pilihan. Masih banyak cara lain yang boleh dipilih untuk pulihkan keretakan yang jadi.
Kerana, jika berita kecurangan sebegini terjadi, akhirnya isteri juga yang akan kehilangan haknya sebagai ibu pada anak-anaknya. Alangkah sayangnya.
Sumber/Foto : Berita Harian, Astro Awani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayah Jadi Penderma Hati Anak, Kos Pembedahan Saja RM120,000 Sumbanglah Seikhlasnya

Isi Kandungan
ToggleAnak kecil ini, Aysar Nasri disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik sejak berusia 2 bulan. Dalam perkongsian facebook, Khairul Hakimin Muhammad memaklumkan yang ayah bayi ini, Nassar Sanusi akan menjadi penderma hati untuk anak kesayangannya itu.
Walaubagaimana pun, bayi ini masih lagi memerlukan sekitar RM120,000 untuk kos pembedahan segera yang dijangkakan berlangsung pada 23 Oktober 2019 ini.
Untuk anda yang prihatin, bantulah semampunya agar anak kecil ini dapat menjalani rawatannya dengan segera. Jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga nanti.
Kongsi Khairul Hakimin,
Kawan-kawan, ayuh bantu anak ini. Kita perlukan RM120,000 dengan segera untuk pembedahannya.
Ayahnya sendiri akan mendermakan hati buat anaknya.
Bayi ini, Aysar Nasri Bin Muhammad Nassar telah disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.
Selepas pembedahan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad disebabkan jangkitan hati sebanyak 3 kali dan telah disahkan oleh Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) perlu menjalani pemindahan hati dengan segera pada 23 Oktober 2019 ini.
Ayah Sendiri Jadi Penderma Hati Untuk Anak
Insya Allah, ayah beliau sendiri akan menjadi penderma hati.
Disebabkan masa yang agak suntuk untuk pemindahan hati ini, ayah anak ini memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM120,000 di PPUM.
Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Aysar Nasri sihat seperti kanak-kanak yang lain.
Hulurkan Sumbangan Anda Di Sini
Sumbangan boleh diberikan melalui akaun:
361145625917
Maybank
Muhammad Nassar Bin Sanusi

Profile MUHAMMAD NASSAR BIN SANUSI ada di dalam gambar, nombor telefon untuk dihubungi:
+60 13-205 2549
+60 13-205 2549
+60 13-205 2549
MW : Semoga urusan anak kecil ini dan kedua ibu bapanya dipermudahkanNya.
Sumber/Foto : Khairul Hakimin Muhammad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI