Minyak tumpah. Inilah biasa yang berlaku pada mak-mak bila berada di dapur. Tak anak yang tumpahkan atau kita sendiri yang terlanggar atau terlepas tangan.
Satu hal pula nak bersihkan minyak tumpah. Salah cara bersih, mahunya satu rumah berminyak. Pijak lantai pun tak selesa.
Selalunya, mak-mak bertindak cepat dengan menggunakan mop untuk bersihkan minyak tumpah. Kesannya, minyak melekat pada mop susah nak bersihkan dan bila nak guna, habis satu rumah berminyak.
Ada cara yang betul dan mudah untuk mak-mak bersihkan minyak tumpah. Ini antara perkongsian daripada julespitch dalam video tiktoknya.
“Jangan terus pakai mop nanti susah nak bersihkan mop yang berminyak.”
Ads
Caranya:
Ambil tepung gandum dan letak atas minyak tadi, jumlah gandum ikut kesesuaian dan bergantung pada minyak yang tumpah itu.
.
Selepas itu, ulikan seperti playdoh pada tempat minyak itu.
.
Ads
Bila minyak dah serap pada gandum, ia akan membentuk gumpalan.
.
.
Kemudian, barulah ambil tuala basah dan lapkan pada tempat yang terkena minyak tadi. Masa ini barulah boleh gunakan mop untuk bersihkan. Senang dan kemas.
Ads
.
Mingguan Wanita : Tip dapur yang boleh mak gunakan. Kalau ada yang terpercik dan melekat kat kaki pun boleh saja gunakan gandum tu untuk bersihkan.
Khasiat tomato memang tak boleh dinafikan. Bukan sahaja untk dijadikan penyedap dalam masakan tetapi ia turut memberi khasiat yang berguna kepada badan terutamanya kulit kita. Boleh dikatakan macam-macam kegunaanya untuk sebiji tomato.
Bagi mak-mak yang biasa menggunakan tomato dalam masakan dan kerap juga membeli, apa kata cuba tanam sendiri tomato ceri ini. Rupanya tidaklah susah sangat untuk menanamnya. Kena cara berbuah lebat lagi.
Nur Aida Md Zainuddin turut berkongsi cara menanam tomato ceri. Hanya guna tiga bahan sahaja, malah, tak perlu lama, dalam tempoh empat bulan kita sudah dapat hasilnya. Mungkin rasa agak lambat tapi bila dah dapat hasilnya, memang puas hati.
Cara Tanam Tomato Ceri
Sebenarnya, tak perlu nak tunggu empat bulan untuk dapatkan hasil tapi sebab alihkan pokok itu ke dalam bekas yang lebih besar rasanya.
Caranya:
1. Hiris tomato ceri. Lepas itu, letakkan hirisan tomato dalam bekas semaian (guna container pun boleh).
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari)
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai. Letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Nota kaki: Tomato ni memang perlu air yang banyak. Jadi, siramlah 2 atau 3 kali sehari kalau tidak pokok jadi cepat kering nanti.
Dalam masa 4 bulan, tak perlu jaga sangat, Cuma siram sahaja.
Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ini bawang putih sebbb binatang tak suka baunya
MW: Bagi mak-mak yang suka menanam tu, bolehlah cuba tanam tomato ceri. Mesti seronok. Senang pun senang, siram sahaja dan tunggu hasilnya.
Selalunya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2-3 hari mulalah layu. Sayang pula, buang begitu saja. Bila nak pakai mulalah tercari-cari.
Biasanya, kalau nak guna dedaun sayuran ini tidaklah banyak mana pun, tapi nak kena beli dalam jumlah yang ditetapkan. Bila simpan dalam peti ais, lama kelamaan akan layu dan kering.
Jadi, macam mana nak pastikan dedaun sayuran yang kadang-kadang digunakan ini tahan lama dan boleh diguna pakai untuk masakan seterusnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Yatie Eimra untuk memastikan dedaun sayuran tahan lama. Paling penting tak perlu rendam dalam air pun. Masukkan dalam freezer je.
Kali ini saya kongsikan nak simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan sebagainya.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Saya mula simpan daun macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan sebagainya.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang kena tahu..
1) Walau simpan apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. Jadi, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak saja. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca. Tujuannya nak serap wap-wap air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat-lekat nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Tip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat-lekat nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna.
P/s: Untuk sayur-sayuran boleh guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye.
1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.
2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.
3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik
4. Kucai ni perlu dilipat seperti ini supaya mudah nak ambil 1-1..
5. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat 1-1 supaya mudah nak ambil
6. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya
7. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.
8. Serai ni saya beli dah lama & masih elok.
9. Cara ni juga boleh simpan sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.
10. Ada 2 ketul balance carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah
Mingguan Wanita : Lepas ni, kita masuk dalam freezer. Paling penting tak payah rendam air pun. Tetap tahan lama dan tak kering.
Biasanya orang perempuan memang ada koleksi tupperware sendiri sebagai salah satu hobi dan terapi. Ada yang memang digunakan untuk kegunaan seharian dan ada yang memang dijadikan hiasan sahaja. Namun bila dah ada banyak sangat tu, elok la ada rak khas untuk tempatkan bekas-bekas Tupperware ini di rumah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan rak tupperware ini.
Boleh tengok idea rak tupperware yang dihasilkan oleh Encik Izat Akmal untuk koleksi bekas-bekas Tupperware isterinya.Memang cantik dan kemas.
“Siap rak tupperware wife.Tak pandai tapi berani cuba. Ni projek ke 3 wife suh buat untuk rumah sendiri.”
Besi hollow
Papan heveaboard
Tinggi 8×8
Cat mahogany
Sangat-sangat suke dengan kombinasi besi dan kayu.Alhamdulillah,siap jugak walaupun seminggu lebih.
Elehhh tipulah kalau orang pompuan tak suka ada rak khas untuk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nanti.Kang kena tambah lagi rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
Info Ekstra!
Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.
Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.
Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
MW: Menarik juga idea buat rak tupperware ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.