Guna timun je petua hilangkan blackhead.

Guna timun je buat masker, senang dan mudah sangat. Nak cantik tak payah modal mahal, guna je apa yang ada kat dapur. Yang penting kena rajin dan disiplin, buat selalu baru menjadi.  Bagi yang ada masalah blackhead kat hidung tu, elok cuba petua yang dikongsikan oleh pemilik Nur Jannah Spa, Puan Rosnina Bakri ini.

Bahan

Sebiji timun

Cara-caranya:

1-Basuh sebiji timun sampai bersih ye, letak dalam peti ais selama 30 minit.

2-Potong nipis-nipis. Dalam setengah biji cukuplah untuk satu muka.

3-Lepas tu, basuh muka bersih-bersih. Tempek timun yang dipotong tadi pada seluruh muka termasuk mata.

IKLAN

4-Buat dalam posisi baring supaya masker tak jatuh. Sambil-sambil dengar muzik pun boleh, boleh tenangkan fikiran.

5-Biar kat muka dalam 30 minit, jangan lebih ye. Set alarm takut tertidur time ni. Kulit akan rasa sejuk dan calm sangat.

6-Lepas 30 minit, buang timun dan cuci muka dengan air bersih, jangan guna pencuci muka ye.

7-Takyah pakai apa-apa skincare seketika…sebab nak bagi kulit rest. Petua ni boleh buat setiap hari, kalau kulit dah oklah bolehlah maintain seminggu dua kali. Modal tak sampai seringgit tapi hasilnya macam buat rawatan kat spa. Kulit fresh sangat.

IKLAN

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/lulur-kunyit-hidup-petua-bidan-orang-asli-hilangkan-lemah-badan/

https://www.mingguanwanita.my/masker-hilangkan-jeragat-pakai-seminggu-4-kali-tapi-jangan-lebih-dari-15-minit/

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Timun Letak Dalam Peti Ais, Tempek Kat Muka MUJARAB Hilangkan Blackhead
Letak timun dalam peti ais selama 30 minit baru hiris nipis dan tempek pada muka.

Kebaikan Timun

1-Bantu hilangkan blackhead terutama kat bahagian hidung.

2-Atasi lingkaran gelap pada mata, selau orang panggil mata panda.

  1. Meremajakan kulit, senang cakap lambatkan kulit berkedut.

4-Sesuai sangat diamalkan untuk golongan yang kulit kering dan sunburn.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI