Selalu kita dengar nasihat banyak diberikan kepada anak lelaki. Kali ini, tentang anak sulung pula. Sebabnya, dialah yang menjadi harapan untuk keluarga.
Anak sulung, segalanya diletakkan dibahunya. Dialah orang yang diharapkan untuk menjadi contoh terbaik kepada adik beradiknya. Sementelah kalau dia seorang anak lelaki.
Waima, anak sulung lelaki atau perempuan sekalipun, tanggungjawabnya cukup besar pada keluarga. Jangna fikir, dia anak pertama yang menjadi penghuni rahim itu, dia perluj dimanjakan dan tak perlu buat kerja rumah, diserahkan pada adik-adiknya.
Mak ayah, jangan terlalu manjakan, tegurlah dan berilah dia rasa tanggungjawab untuk keluarga. Sebabnya, dialah menjadi role model untuk adik-adiknya dan pengganti bila mak ayah tiada nanti.
Tak boleh jelak, kena istiqamah tegur anak sulong.
Contoh macam pinggan dalam sinki ni.
Saya dah pesan banyak kali pada anak saya yang sulong ni, pinggan lepas makan kena basuh.
Kadang dia basuh, kadang dia tinggal je.
Ads
Kadang rasa tak sampai hati juga, saya tutup mata basuh je la pinggan tu.
Dalam hati kata, alah senang je tu!
Tapi bila saya fikir-fikir balik, kalau saya tak ajar dia siapa lagi nak ajar dia.
Ini soal displin, tanggungjawab dan self-manage. Hati sampai ke tak sampai, tetap kena tegur.
Lagipun anak sulung ni ibarat penanda aras kejayaan didikan ibu ayah tau.
1. Macam mana anak sulung, begitu juga la adik-adiknya akan ikut nanti.
2. Anak sulung ibarat role model cilik dalam rumah kita. Jadi contoh adik beradik.
3. Dia yang akan jaga adik-adiknya nanti pun anak yang sulong ni juga.
4. Kalau kita dah tak ada esok hari, dialah penganti kita. kalau lelaki dia lah wali mereka nanti.
5. Cara bercakap, berjalan dan bekerja anak sulung ni la yang paling mirip sekali dengan kita.
Oleh sebab ini, kita tak boleh pernah jelak tegur anak sulung ni.
Walau dia tak dengar, tegur je.
Ads
Percayalah, bila kita kerap ulang ulang tegur lama-kelamaan anak sendiri akan nampak hikmah di sebalik teguran kita tu.
Lagipun kalau bukan kita yang tegur, siapa lagi nak tegur anak kita. Huh!
Wallahu A’lam,
Mingguan Wanita : Besar tanggungjawabnya. Jadi contoh pada adik-adik.
Terima Kasih.Dua perkataan yang mudah tapi sukar dilafazkan.Ketahuilah bahawa ucapan ini sangat bermakna dalam hubungan suami isteri.Para isteri khususnya jangan lupa sentiasa ucap terima kasih kepada suami.Hargailah penat lelah dan pengorbanan suami dalam mencari rezeki buat keluarga. Sebagai isteri sentiasalah berdoa untuk kebaikan suami.Ketahuilah bahawa REDHA seorang suami merupakan Syurga buat isteri.
Perkongsian oleh Muhammad Ahmad ini semoga membuka mata kita para isteri agar lebih menghargai suami serta melakukan perkara yang boleh membahagiakan lagi suami.
ISTERI
Jangan lupa sentiasa ucap TERIMAKASIH kepada suami. Sediakan makan minum, pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia,stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan,dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Doakan Suami
Saat berjauhan mesej suami,hantar gambar anak-anak diwhatsapp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai.
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan Isteri dan anak-anak bahagia,kenyang dari lapar,sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat,tenang,dihargai, dicintai, disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t,terselamat dari azab kubur,lepas titian sirat,terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
ISTERI.
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat,marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami difacebook mahupun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar,penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami Syurga buat isteri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Semoga kita para isteri berusaha membahagiakan suami, tidak lupa mengucapkan terima kasih demi mendapat keredhaan seorang suami.
Korek rahsia bagaimana ibu ini boleh buat anak berebut solat tanpa perlu mengeluarkan kata-kata paksaan mahupun ugutan. Cuma dengan 1 doa yang ibu tuturkan membuatkan anak bergegas mahu tunaikan solat.
Ibu kepada 5 orang anak, Puan Wan Rohani Wan Ismail berkongsi cerita melatih anak-anaknya mengerjakan solat dengan menggunakan skrip yang betul.
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.
Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak?
Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?
Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat. Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.
“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Mak Kena Tahu Yang…
Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Menyedihkan apabila suami menjadikan isterinya ‘orang gaji’ yang menguruskan rumah tangga bersendirian. Dalam sebuah perkahwinansuami isteri itu perlu saling bekerjasama agar rumah tangga jadi harmoni. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.
Isteri ‘Bertukar’ Jadi Orang Gaji Selepas Berkahwin
Pada masa kini ramai wanita keluar bekerja bagi membantu meringankan beban kewanga suami. Sebagai penyumbang ekonomi keluarga maka sewajarnya seorang suami itu turut membantu meringankan tugas isteri dalam mengurus rumah tangga.
Tiada istilah semua kerja rumah dan menjaga anak-anak tugas isteri seorang. Suami tidak patut berkira untuk membantu isteri. Jika isteri sanggup keluar bekerja membantu mencari nafkah mengapa tidak sang suami juga dengan rela hati membantu isteri mengurus rumah tangga.
“Sudikah kau menjadi orang gajiku?” Saya bagi situasi. Anda fikirkan logik dia. Dikongsi dari pm. Suami jarang bagi nafkah. Bila bagi, selalu minta balik. RM10, RM10, RM20.
Nampak kecil tapi bila kerap, nafkah yang diberi itu umpama dipulangkan semula. Duit yang diberi kena sentiasa ada apabila diminta.
Isteri dimarahi guna duit dekat pakaian dan keperluan lain. Duit barang dapur habis beli barang dapur pun dipersoalkan kenapa habiskan. Isteri buat bisnes kecil-kecilan. Duit keuntungan yang sedikit itu pun selagi tak habis, dia akan minta sedikit demi sedikit.
Apabila duit berkurangan, isteri dipersalahkan. Salah isteri kerana tak pandai menyimpan. Penjagaan diri isteri semakin terabai. Beli barang-barang kecantikan, dikatakan membazir.
Isteri pergi kelas bisnes untuk tambah ilmu dan terpaksa hantar anak-anak ke rumah mak kerana suami sibuk bermain game, tak boleh diharapkan untuk jaga. Ini pula dikatakan lebih mementingkan bisnes dari anak-anak. Anak-anak terabai katanya.
Game sudah menguasai diri. Balik kerja game. Masa dengan isteri, masa dengan anak sudah tiada. Tidur lewat, bangun lewat. Merungut tekanan tempat kerja.
Bila isteri tidak sihat pun dimarahi kerana tiada siapa yang nak uruskan anak dan buat kerja rumah. Masa bagi isteri sentiasa tidak cukup. Rumah, anak-anak, bisnes untuk tambah pendapatan keluarga.
Isteri rindu nak peluk suami macam dulu. Nak berbual-bual dan bermanja. Tiada langsung masa berbicara, berbincang. Suami cakap zaman itu sudah berlalu.
Isteri tertekan. Emosi tidak terjaga dan tidak dipedulikan. Kadang-kadang terlepas kemarahan kepada anak dan menangis menyesal selepas anak dimarahi dan dipukul.
Suaminya harapkan isteri yang kemas teratur bila dia balik kerja. Anak-anak makan elok-elok tak main-main, tak sepahkan barang. Rumah perlu sentiasa kemas tiada kotor satu pun bila dia balik. Isteri tak boleh sakit kalau boleh. Isteri tak boleh mengadu penat.
Masa Banyak Dihabiskan Untuk Keluarga
Serabut? Ini realiti para isteri sekarang. Jangan cakap benda sebegini tak berlaku. Saya banyak terima pm macam ini.
Kesimpulannya, isteri ditukar menjadi orang gaji selepas berkahwin.
Suami: Cari rezeki, main game, rehat. Emosi isteri kena jaga. Masa perlu dihormati.
Isteri: Cari rezeki, uruskan rumah, uruskan suami, uruskan anak. Emosi tak perlu jaga.
Itu semua memang tanggungjawab seorang isteri. Masa isteri perlu dihabiskan untuk keluarga.
Berubahlah. Jangan aniaya isteri sendiri. Jangan tukar orang yang anda cintai menjadi orang gaji. Sekurang-kurangnya orang gaji pun akan dapat gaji. Tapi isteri jadi lebih teruk dari itu.
Fikir semula anda nak kahwin untuk apa? Untuk ada teman seumur hidup atau untuk ada orang gaji seumur hidup?
Kepada isteri yang di dalam keadaan sebegini, anda perlu lebih tegas. Suami perlu tahu apa yang bakal dia hadapi dan hilang jika anda tiada lagi. Kadang-kadang orang tidak sedar sampailah masa bila dia kehilangan segala-galanya.
Jangan terasa jika anda bukan begini. Ini saya tunjukkan apa yang dilalui isteri yang di dalam perhubungan toksik begini. Saya tidak pukul rata. Harap faham. Perkongsian ini untuk dijadikan sempadan.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.