pengasuh

Semalam laman sosial dibanjiri dengan kepingan gambar mak ayah Adam Raykal yang cukup menyedihkan sambil memeluk jenazah bayi yang sudah kaku dan di bahagian komen pula terselit komen kurang manis pasal pengasuh.

Ada yang bersyukur dapat pengasuh baik dan ada juga yang mula bimbang nak letak anak di rumah pengasuh dan taska. Ya, walaupun kes pengasuh dera bayi ini bukan kejadian pertama yang berlaku, namun rata-rata mak ayah cukup risau nak hantar anak kepada pengasuh.

Untuk tenangkan hati mak ayah yang keluar mencari rezeki dan terpaksa serah anak kecil kepada orang luar, jemput baca pandangan Puan Intan Dzulkefli ini…

Tak Semua Pengasuh Jahat!

Selaku manusia normal, sesiapa pun akan rasa terkesan dengan berita kematian bayi Adam Rayqal yang memenuhi ruang newsfeed hari ini.

Saya mohon, semua ibubapa yang memilih untuk berhenti kerja & menjaga sendiri anak-anak, janganlah sampai hati untuk drop komen, di mana-mana berita tentang kematian Adam.

“Sebab macam nilah saya sanggup resign,”
“Duit boleh cari, anak takde ganti,”
“Jaga anak sendirilah lagi baik,”
“Inilah sebabnya saya minta wife berhenti,”

Ia hanya menambahkan luka si ibu apabila membaca komen seperti ini. Astaghfirullah.

IKLAN

Saya pun pernah bekerja, hantar anak ke pengasuh. Percayalah, tiada ibu yang waras yang tidak sayangkan anaknya, sepanjang masa terkenangkan anak-anak. Janganlah sewenangnya disalahkan ibu yang bekerja seolah mereka semua lebih sayangkan duit, pangkat dari anak-anak. Kalaulah kita tahu dilema yang ditanggung ibu-ibu yang bekerja, kita takkan sanggup melemparkan kata-kata sedemikian buat mereka.

Bukan semua bekerja atas pilihan & minat, ada yang terpaksa bekerja atas tuntutan yang mendesak. Sekiranya kita belum diuji sedemikian, maka panjatkanlah syukur sebesarnya kepada Allah.

Janganlah dipersalahkan ibu & bapa anak kecil itu. Ingatlah setiap dari kata-kata kita akan diuji, apatah lagi jika datang dari hati yang merasa diri lebih baik dari ibubapa tersebut dalam menggalas amanah menjaga zuriat.

IKLAN

Begitu juga dengan pengasuh, bukan semuanya jahat, tidak ikhlas, masih ramai yang baik hati, ikhlas & sayangkan anak-anak asuhan seperti anak sendiri. Maka, janganlah dipukul rata semuanya.

Adalah lebih baik kita doakan yang baik-baik buat ibubapa yang kematian anak kesayangan mereka itu, apatah lagi dalam keadaan tidak disangka-sangka & menyayat hati.

Berbanding memaki, membawang & salah menyalahkan, kita sebenarnya ada pilihan yang lebih baik. Marilah kita panjatkan doa buat mereka.

IKLAN

DOA UNTUK JENAZAH KANAK-KANAK LELAKI

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهُ
Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibubapanya. Dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi ujian selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas pemergiannya.

Amiin amiin ya robbal ‘alamiin.

Semangat Buat Mak Ayah Adam Rayqal

Buat ibubapa Adam Rayqal, semoga diberikan ketabahan, kekuatan untuk menempuhi ujian ini. Bukan calang-calang insan yang dipilih Allah untuk menggalas dugaan seperti ini. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.

Saya berharap semoga pesalah juga akan dihukum seadilnya di muka pengadilan & bertaubat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI