
Bagi mak-mak yang suka makan kuih lepat dan jagung boleh cuba buat lepat jagung ni. Jika selalu guna daun pisang untuk membungkus lepat, rupanya boleh juga pakai kulit jagung. Malah lagi sedap dan baunya wangi.
Baca Lagi Di Sini:
Cuma 2 Minit Lerai Jagung Guna ‘Screwdriver’, Teknik Pro Dari Peniaga Yang Mak-mak Pun Boleh Cuba
Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!
Ikut resipi yang dikongsikan Puan Noriza Awang Hamat
“Pagi ni kita breakfast dengan Lepat Jagung, tak payah susah-susah nak cari kan daun pisang untuk membungkus lepat jagung guna je kulit jagung lagi sedap wangi lagi. Jomm kite pakat buat Lepat Jagung. Yang nak mencuba cikza bagi resepi nya sekali.”
Bahan-Bahan (Lepat Jagung):
2 tongkol jagung sagat
1 tongkol jagung dihiris
3 cawan santan
1 cwan tepung beras
1/2 cwan tepung gandum
1/2 cwan tepung jagung
1/2 cwan gula pasir
sedikit garam.
kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara Membuat:
1. Masak semua bahan diatas sehingga pekat.
2. Namun jangan sampai masak pulak.
3. Dah likat angkat dan bolehlah dibungkus.
4. Ambil 1 sudu makan masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas.. buat sehingga habis.
5.Panaskan pengukus.. kukus lepat dalam 20 minit.

MW: Kalau ada jagung kat rumah tu,boleh cuba buat kuih lepat jagung ni. Senang dan gerenti sedap.
Sumber: Noriza Awang Hamat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Air Tangan Mak-Mak Tak Pernah Menghampakan, Udang Berempah Kari Power Sekali Makan Terus Teringat Kampung Halaman

Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak simple pun tak apa sebab air tangan mak-mak ni memang sedap!
Pada anak bujang kalau teringat penangan mak di kampung mesti tak tahan nak pulang segera. Momen berbuka puasa bersama keluarga tercinta di desa sememangnya sangat dirindui terutama pada perantau.
Air Tangan Mak-Mak Tak Pernah Menghampakan
Mereka yang nak berjimat masak sendiri lebih bagus. Bukar sekadar jimat tetapi rasanya pun enak. Jadi petang ni jom cuba masak menu Udang Berempah Kari Power, walaupun resepinya ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Marilah lah cuba ya mak-mak. Pasti anda sekeluarga berselera makan.

Bahan-Bahan:
Satu biji bawang merah (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
Sedikit halia
Daun kari
3 sudu serbuk kari
Setengah mangkuk air





Cara Memasak :
1.Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
3.Masukkan 3 sudu rempah kari yang digaul dengan air, dan masukkan sedikit air.
- Kacau hingga sebati kemudian masukkan udang, bila sudah kekuningan masukkan sedikit air (jika suka berkuah) letakkan air lebih.
- Kacau-kacau kemudian masukkan cili merah. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
- Angkat dan boleh dihidangkan dengan nasi panas dan teluar dadar.

Baca Disini : Sambal Berkilat Naik Selera! Ayam Malu-Malu Masak Merah Kegemaran Seisi Keluarga
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
2 Resepi Mee Kuning Buat Sendiri, Guna Mesin Boleh, Uli Tangan Pun Jadi

MW himpunkan dua versi membuat mee kuning buat sendiri. Satu boleh dibuat ketika emergency apabila ketiadaan mesin potong mee.
Satu lagi resipi boleh dicuba buat anda yang ada mesin potong mee. Kalau dah mahir, boleh jadikan sumber pendapatan keluarga.
Resipi mee kuning emergency ini dikongsikan oleh Puan Fahrini Marsyaley. Manakala mee kuning guna mesin pula dihasilkan oleh Puan Tahrunnisah Jali.
Mee Kuning Emergency Tanpa Mesin
Resepi: Puan Fahrini Marsyaley
(Adunan ini boleh makan untuk 2-4 orang)
Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
Secubit garam
1 biji telur ayam
50 ml air
Nota: saya lebihkan sedikit sukatannya supaya doh dapat diuli dengan baik)
1 sudu teh serbuk kunyit
Caranya
- Gaul semua bahan sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
- Potong doh jadi 4-5 bahagian.
- Canai satu-satu dan nipis.
- Potong guna pisau.
- Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air.
- Rebus dalam jangkamasa seminit dua. Jangan terlalu lama nanti mee jadi lembik
- Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk supaya memberhentikan mee dari terlebih masak.
Nota
- Buatlah berulang-ulang sampai doh tadi habis.
- Sediakan pula bahan nak goreng mee tu. Bawang, ayam, telur, sawi dan sebagainya.
“Mee emergency ini dibuat kelmarin, sebab nak makan sangat. Gara-gara tak ada mee langsung di rumah dan malas keluar ke pekan. So tanya En Google la resipinya.
“Semua bahan ada kat dapur. Apa lagi beraksilah. Walaupun benda penting tak ada ‘Mesin Buat Mee’.
“Jadi dapat idea dari langit. Canai doh pakai kayu pencanai, potong halus-halus pakai pisau, rebus dan tadaaa siap mee goreng cik kak. Licin mee goreng tu.
“Mee ala-ala kue teaw. Sedap pula. Satu famili suka. Paling best buatan sendiri. Pewarna guna kunyit je”
“Bagi yang ada mesin mee lagi senang. Masuk dalam mesin, memang cantik kejadiannya. Saya tak ada mesin. Tu la cari idea ni. Alhamdulillah menjadi.”
Mee Kuning Guna Mesin
Resipi: Puan Tahrunnisah Jali
(Kalau dah mahir, bolehlah buat niaga sebab 500 gram tepung gandum tu dapat menghasilkan 1.5 kg mee kuning)
Bahan-bahan
500 gram tepung gandum
1 biji telur
Pewarna kuning
Nota: Pewarna ni agak-agaklah ya jangan banyak sangat. Saya guna yang serbuk secubit je. Kalau cecair tu agak-agak. Penggunaan kunyit jika dicampur dengan air kapur akan jadikan warna oren. Sebaik-baiknya pewarna kuning)
2 sudu besar air kapur
200 ml air
air = 200 ml
Caranya
- Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dalam 2 sudu besar (Saya tak masuk dalam gandum sebab nak jaga mesin dari berkarat).
- Masukkan tepung gandum dalam bekas dan tuangkan air.
- Gaul sebati. Doh ini agak keras sedikit dari doh karipap ya. Tak payah bagi licin pun tak apa, asal semua sebati.
- Bahagikan 3 bahagian dan leperkan.
Menggunakan Mesin
- Masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan laraskan no. 1(mesin mee saya ada 6 laras (1-6). 1 bukaan paling besar dan 6 tu bukaan paling kecil/halus_. Ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada mesin tersebut sehingga habis. Buat 2 kali (2 kali masuk).
- Kemudian, laraskan semula ke no. 4 (bagi laras bukaan 1-6 atau 2/7 bagi laras bukaan 1-9.
- Masukkan kepingan mee tadi. Yang ni untuk nipiskan mee buat 2 kali.
- Kemudian, masukkan kepingan yang dah nipis ini pada mesin yang ada gigi halus.
- Masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis.
- Sekarang masa nak merebus mee. Rebus selama 5 minit. Masa masukkan mee jangan kacau dulu. Biarkan dalam 1-2 minit baru kacau. Kalau kacau masa masukkan mee nanti mee akan putus.
- Cukup 5 minit toskan mee.
- Terus masukkan mee salam air paip biasa. (ini untuk menghilangkan kanji pada mee).
- Kacau-kacau untuk buang kanji.
- Toskan semula mee sehingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sampai sebati.
“Resepi mee kuning, insyaallah bersih dan halal serta dari air tangan kita. Dan ia sangat menjimatkan.
Sumber/Foto: Fahrini Marsyaley , Tahrunnisah Jali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita Ini Kongsi Langkah Buat Kek Unicorn, Rupanya Inilah Rahsianya!

Cantik dan pasti anak-anak suka, jadi kalau ada mak-mak yang teringin sangat nak buat kek unicorn, boleh ikut step by step yang Puan Norrihan Ars kongsikan kali ini.
Nampak rumit tetapi wanita yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Ann ini tidak lokek berkongsi ilmu yang akan memudahkan anda untuk buat tanduk, mata dan telinga kek unicorn ini.
Haa… sila rujuk gambar dan bahan-bahannya dulu ya, nanti mak-mak tak akan terkial-kial nak buat kek trending ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Untuk hiasan piping : Buttercream, 3 warna berlainan, piping bag & nozle no 20.
2. Untuk telinga, tanduk & mata : Fondant putih, fondant hitam, cmc, lidi, cutter bujur, edible gold dust & orange oil.
3. Untuk hiasan tabur : manik pelbagai warna & bunga gumpaste.
4. Seijik kek bulat yg siap dilepa.
Cara Membancuh warna
1. Dalam bowl yang sama, titikkan tiap pewarna pada 3 tempat berasingan dan gaul. Jangan gaul sebati supaya menjadi tone warna.
2. Isikan kedalam piping bag.
Cara Buat Tanduk
1. Gelek fondant memanjang dengan satu hujung runcing daripada hujung yang satu lagi. Sy buat 4inci panjang untuk kek yang kecil.
2. Sapukan gam cmc (cmc campur sedikit air) pada batang lidi sebelum melilit fondant
3. Lilit fondant pada batang lidi sambil ibu jari yang satu lagi menolak fondant agar fondant dapat menutupi keseluruhan hujung lidi.
4. Sapukan hanya sedikit gam cmc pada ruangan diantara lilitan fondant. Dan kemaskan hujung atas dan bawah.
Cara Buat Telinga
1. Ambik sedikit fondant dan letakkan cmc supaya telinga yang terhasil keras melengkung dan tidak lembik.
2. Gelekkan fondant. Jangan terlalu nipis.
3. Tekap dengan acuan.
4. Rehatkan dalam bekas melengkung supaya terhasil bentuk telinga.
Cara Buat Mata
1. Fondant hitam diuli dengan sedikit cmc
2. Gelekkan dan tekap dengan acuan bulat
3. Tekap lagi sekali supaya membentuk semi bulatan
4. Tolakkan dengan jari supaya membentuk alis mata
5. Biarkan kering

Cara Warnakan Tanduk Dan Telinga Menggunakan Gold Dust
1. Tuangkan gold duat sekadar diperlukan
2. Titikkan orange oil dan kacau sebati
3. Sapukan pada tanduk
4. Lorekkan pada telinga

Cara Deko Menggunakan Buttercrem
1. Picitkan buttercream secara perlahan dan membulat supaya jadi seperti kelopak rosette.
2. Hiaskan sehingga penuh dan nampak cantik seperti rambut.
Finishing
1. Pacakkan tanduk di tengah-tengah kek
2. Lekatkan mata
3. Telinga yang telah kering dan keras di pacak ke dalam butterceam
4. Hiaskan dengan bunga dan manik
Ini gambar yang Kak Ann buat YES promotion. Kek ni siap deko size 5inci (baby cake).
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
























