Sekarang ini, mak-mak tak perlu nak pening kepala untuk memasak. Macam-macam gajet dapur yang ada di pasaran. Semuanya untuk memudahkan kerja-kerja dan menjimatkan masa mak-mak membuat kerja rumah.
Mungkin ada sesetengah gajet dapur ini harganya mahal, sesuai dengan kualitinya. Kalau pandai memilih, ada juga yang murah dan berbaloi untuk digunakan.
Inilah yang dikongsikan oleh superdaddy yang tidak asing lagi di media sosial, Khairul Abdullah, bapa tunggal pada tiga orang anak tentang gajet dapur yang boleh mak-mak beli dan gunakan bagi memudahkan urusan kerja rumah.
Sebagai seorang yang mengurus sendiri rumahtangga aku, gajet yang memudahkan urusan memang sangat diperlukan. Nah! aku senaraikan semula gajet rumah dan dapur yang aku dah beli dan pernah review.
1. Air Fryer (RM350++): https://shp.ee/ef5brff
Benda ini memang memudahkan. Paling aku suka untuk panaskan atau rangupkan balik makanan yang sejuk. Panggang ayam paling best dalam ni atau buat kek. Berbaloi sangat model ini sebab besar dan boleh masuk seekor ayam saiz besar.
2. Bekas Simpan Beras (RM50++) – https://shp.ee/38u5dsf
Ini paling praktikal dan aku suka. Bekasnya kecil saja tapi muat untuk simpan beras 10kg. Setakat ini tak ada semut atau bubuk yang berjaya dijumpai dalam beras aku. Best bekas ni.
3. Robot Vakum (RM2K++)- https://shp.ee/9zc2ykd
Benda paling berbaloi dan aku sayang gila ni. Lantai aku sentiasa bersih sejak ia ada kat rumah. Lepas masak aku suruh ia pergi vakum dan mop dapur, lepas tu mop satu rumah. Nanti bolehlah cuba dapatkan satu kalau ada bajet. Harga lebih dari RM2K yang ni.
Ads
4. Robot Vakum Mampu Milik (RM700++): https://shp.ee/52sjm5z
Yang ni ramai bagitau memang dah cukup best dah. Harga dalam RM700++ tapi kerja yang ia boleh buat tu sangat berbaloi. Tak perlu beli yang sampai RM2K tapi kerja vakum dan mop tetap dia boleh settle kan.
5. Portable Chopper/Blender (RM19++): https://shp.ee/9wzae5u
Bila bab memasak, nak cuci blender besar tu memang malas. Nak blend bawang jer pun kan? Takpun nak blend babyfood. Jadi, blender kecil tanpa wayar dan boleh caj ni sangat praktikal weh. Murah dan berbaloi.
6. Rak Microwave (RM56++): https://shp.ee/eg37ezc
Benda alah rak ni aku letak atas microwave, jadi aku ada ruang ekstra yang lebih kemas. Sebelum ni sakit mata sebab banya benar benda aku longgok atas microwave tu. So benda ni mengemaskan dan menyedapkan mata memandang.
7. Defrost Tray (RM17++): https://shp.ee/rch4udg
Okeh benda ni sangat membantu. Nak lembutkan ayam atau daging atau makanan beku tu sekejap jer. Letak jer atas dia dan tunggu sekejap. Settle!
Ads
8. First Aid Kit (RM12++): https://shp.ee/2vvcrdm
Benda ni wajib ada kat dapur. Yelah banyak kecederaan kecil dan besar boleh bermula di dapur. Luka dan melecur ni benda kerap berlaku. Jadi, tolong sediakan satu peti ubatan ni. Letak plaster, ubat luka, ubat lecur dan macam-macam. Dalam set tu semua dah ada lengkap.
Ok itulah antara barangan yang sangat membantu aku di rumah terutamanya di dapur.
Nanti aku share senarai barangan yang lain pulak.
#superdaddy
Mingguan Wanita : Kalau ia membantu mak-mak jimatkan masa dan mudahkan kerja, apa salahnya untuk dapatkan satu. Paling min suka yang dapat sapu dan mop lantai. Ok, boleh mula menyimpan sekarang.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Dalam dunia media sosial yang penuh dengan pelbagai pandangan, selebriti tidak pernah lari daripada menjadi perhatian baik yang positif mahupun negatif. Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Sharifah Aleya mencuri perhatian apabila tampil dalam potcast Sembang Wanita Xtra dan berkongsi beberapa perkara termasuk tindik di bahagian hidung.
Seperti dijangka, pelbagai komen mula membanjiri ruangan media sosial Mingguan Wanita. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang mengkritik. Namun, dalam ketenangan yang penuh yakin, Aleya memilih untuk tidak melayan komen negatif.
Baginya, ketenangan dan keyakinan diri jauh lebih penting daripada berbalas kata dengan netizen yang tidak mengenal siapa dirinya yang sebenar.
Dalam temubual tersebut, Sharifah Aleya ditanya mengenai tindakan dia memilih untuk melakukan tindik dibahagian hidung dan sebagai seorang wanita muslim.
Aleya mendedahkan bahawa dia memilih untuk kekal tenang dan tidak melayan komen negatif netizen berhubung penampilannya yang bertindik di bahagian hidung.
Aleya berkata keluarganya termasuk suami dan ibu bapanya tidak mempersoalkan keputusan tersebut.
Malah, katanya, suaminya menyukai tindikan itu, manakala ibunya kadang kala memuji subang hidung yang dipakainya.
Namun, tindik hidung ini bukan sekadar gaya. Ia turut mengundang perhatian pendakwah terkenal PU Syed, yang menegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak dibenarkan dalam Islam kerana menyerupai budaya agama lain. Pesannya, pandangan agama harus menjadi keutamaan, bukan semata-mata kerana sokongan keluarga.
Menurut beliau, dalam Islam, perbuatan menindik hidung dianggap tidak dibenarkan kerana dikaitkan dengan hukum tasyabbuh – iaitu menyerupai amalan budaya atau agama lain. PU Syed menjelaskan, walaupun seseorang wanita mendapat keizinan suami atau ahli keluarga, ia tetap tidak mengubah hukum asal perbuatan tersebut.
“Kalau kita tidak pasti tentang sesuatu hukum, carian di internet atau merujuk kepada pihak berautoriti seperti jabatan mufti boleh membantu. Restu keluarga bukanlah penentu kepada halal atau haram sesuatu perkara,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Beliau turut menambah bahawa, kebiasaan dalam masyarakat Islam hanyalah menindik telinga, dan tindakan seperti menindik hidung, kening atau lidah sepatutnya dielakkan. Katanya, bukan kerana takut pada kecaman netizen, tetapi kerana menghormati garis panduan dalam agama.
“Letakkan panduan agama sebagai yang utama dalam setiap keputusan yang kita ambil,” pesannya lagi.
Sebelum ini, Aleya terbuka berkongsi mengenai penggayaan subang di bahagian hidung dan berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan.
Dia juga berhasrat untuk menindik di bahagian kening dan bibir tetapi terpaksa melupakan kerana sedar akan kesan yang bakal dihadapi.
Saksikan video penuh di youtube Mingguan Wanita di https://www.youtube.com/watch?v=ZEQ-ZmFUqGg
Hampir 11 tahun menanti kelahiran cahayamata, ternyata selepas memiliki anak, rutin dan cara bekerja penyanyi No 1 negara Dato Sri Siti Nurhaliza, 40 ini turut berubah. Memandangkan Siti Aafiyah juga masih kecil baru berusia 11 bulan, menyusu badan dan memerlukan tumpuan serta kasih sayang sepenuhnya.
Perkara ini turut diakui oleh Pengurus Peribadi kepada Dato Sri Siti Nurhaliza sendiri, Rozi Abdul Razakdi laman instagramnya, menceritakan ‘perjalanan’ dan pengorbanan yang perlu dilalui oleh penyanyi ini dalam kerjayanya. Lebih-lebih lagi ketika mengadakan konsert besar yang berlangsung di Indonesia dan Singapura baru-baru ini.
Rozi merupakan antara individu yang paling rapat dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, sepanjang tempoh 20 tahun bersama Siti sejak tahun 1999. Rozi juga bertanggungjawab menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan sudah pasti penasihat utama Siti.
Selaku pihak pengurusan, setiap jadual kerja penyanyi ini, diatur dan diseimbangkan dengan baik untuk tuntutan kerjaya dan keluarga, agar perjalanan seni penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar dan sempurna.
Berikut antara catatan perkongsian oleh Rozi Abdul Razak sendiri;
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.”
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau. Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk.”
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.”
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.”
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati (walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu”.
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha”.
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini. Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!”
MW: Setuju sangat tindakan Tok ti ini. Walaupun bergelar ibu, keseimbangan antara keluarga dan kerjaya perlu bergerak seiring.Patutlah penyanyi ini boleh berjaya, dan perjalanan kerjayanya dipermudahkan.
Sampai ke hari ini, kita masih terkesan dengan kisah 6 penyelam bomba yang syahid dalam misi mencari remaja lemas di lombong Taman Putra Perdana. Membuka mata orang ramai betapa mencabarnya kerjaya wira tak didendang ini.
Membaca luahan hati penuh sayu seorang isteri pegawai bomba, Qushraini Qush ini terkesan sampai ke dasar hati. Betapa saban hari, isteri perlu tabah dan akur dengan pilihan kerjaya suami.
Walau dalam keadaan nasi mahu dijamah ke dalam mulut, apabila loceng kecemasan dibunyikan, mereka terus berkejar.. berlari ke trak bomba menuju ke lokasi kejadian.
Bertarung nyawa demi menyelamatkan nyawa orang lain. Bergelut dalam api marak, menahan bahang kepanasan asal tiada jiwa yang terkorban dalam kebakaran.
Namun, sayunya hati apabila ada manusia-manusia dangkal yang mempertikaikan, yang tidak memahami susah payah orang lain.
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi, Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut
“Saya seorang isteri bomba. Setiap kali suami bertugas pada siang hari, saya akan sedia makanan untuk beliau.”
“Dan hantar ke balai.”
“Pernah beberapa kali melihat sedang mereka baru nak menyuap makanan ke dalam mulut. Tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi.”
“Terus berlari meninggalkan makanan yang masih belum sempat masuk ke mulut. Demi untuk menyelamatkan orang lain.”
Bayangkan, anggota bomba ini sanggup meninggalkan makanan. Walau saat itu mereka dalam keadaan lapar.
Allah Nampakkan Susah Suami Depan Mata Isteri
“Pernah sekali, Allah mungkin ingin menunjukkan pada saya dan anak. Ketika itu, anak berumur 3 tahun. Kami lalui di satu kawasan kebakaran.”
“Saya dan anak melihat depan mata, suami bergelut untuk memadam kebakaran kedai yang banyak tong gas di dalamnya.”
Anaknya yang ketika itu melihat kejadian itu menjerit, “Ummi! Ayah ummi.. nanti ayah kena api macam mana?”
Air mata isteri ini tiba-tiba berguguran, di dalam kesesakan orang ramai yang melihat kebakaran itu. Namun, ada suara-suara sumbang yang tidak enak di pendengarannya.
“Apalah bomba lambat. Dah nak hangus baru sampai.”
Alangkah sedihnya isteri ini sewaktu mendengar kata-kata itu.
“Sedangkan yang sedang bertarung nyawa itu, suami saya. Kamu hanya melihat sahaja. Tak tahu betapa susah mereka cuba sebaik mungkin.”
“Untuk memadamkan kebakaran itu. Sebab itu, kita jangan tahu bersungut. Pelbagai rintangan perlu mereka harungi.”
“Demi menyelamatkan kita semua.”
Isteri bomba ini turut meluah rasa.
Respons Netizen Tentang Luahan Hatinya Itu
Balas Qushraini, “Aminn.. akak hanya meluahkan apa yang akak rasa dan akak alami. Sejak kes 6 sekawan tu lagi akak rasa sedih sangat. Moga kita semua dalam limdungan Allah SWT.”
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.