Bila isteri bersama suami, manjanya lain macam. Lebih-lebih lagi bila baru kahwin kan? Betul tak? Kadang-kadang siap berkias dengan alasan agar suami memahami apa yang diinginkan oleh isteri. Bagi suami yang faham tak apalah. Kalau jenis suami yang tak faham.

Itu awal-awal perkahwinan, tapi bila dah kenal hati budi dan peel, mulalah suami buat muka blur. Lagi berkias lagi dia tidak faham. Nak bagi senang, isteri kena cakap terus terang dan ‘straight to the point’.

Sebab itu, perkongsian daripada Ahmad Saifuddin Yusof ini boleh dijadikan panduan buat isteri di luar sana dalam cara ber’adab’ halus untuk suami. Mungkin boleh membantu isteri yang selama ini suka berkias-kias kalau nak minta sesuatu atau tolong suami. Kan!

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ADAB Dan ETIKA Basuh Baju. Inilah Cara Isteri Muliakan Suami, Anak Belajar Berdikari

Ucapkan Terima kasih Tanda BERADAB, Kalimah Magik Mampu Lunturkan Kemarahan

Info Lebih Menarik DI SINI

Adab Halus Isteri Untuk Suami

Lelaki itu ‘kompliketed’ sikit memandangkan personaliti mereka berbeza-beza. Maklumlah kromosom X ada, Y pun ada.

1. Apabila bercakap atau bertanya kepada suami. Jangan guna ayat umum. Contohnya, “Abang ada nampak tak tudung sayang?”

Lelaki sangat pantang ayat umum begini, tudung yang mana, warna apa, corak apa, apa yang berkaitan dengannya.

IKLAN

Gunakan ayat spesifik, lagi terperinci lagi mudah dia fikir. Contohnya, “Abang ada nampak tak tudung sayang warna hitam belang merah yang sayang pakai masa kenduri mak long hari itu?”

Haaa, senang suami hadam. Kebanyakan jawapan mereka sama sahaja, “Entahlah, sayang letak di mana?”

2. Apabila ada permintaan. Nyatakan secara spesifik. “Rasa nak makan mekdi. Abang belikan boleh?” Suami terpaksa tanya, “Nak beli apa mekdi?”

Sebaiknya, terus sahaja spesifik. “Rasa nak makan mekdi. Abang belikan double cheese burger boleh? Abang belikan yang set ya.” Senang suami tidak perlu tanya apa-apa.
Jangan guna alasan mahu bermanja-manja supaya suami tanya banyak kali. Nanti malam bolehlah bermanja.

3. Apabila suami sedang rajin buat kerja rumah. Jangan ditanya kenapa, jangan diperli, jangan dikomen apa-apa. Diam sahaja sambil main hanfon. Biar dia buat semua yang dia mahu buat.

Jika dia buat tidak selesai. Jangan dipertikai apa. Contohnya, dia tengah rajin basuh pinggan. Tiba-tiba dia tidak basuh kuali, jangan ditanya, “Kenapa abang tak basuh ini sekali.” Bersyukurlah dengan kerajinannya hari itu.

4. Jika mahu check hanfon suami. Jangan nampak macam kita memang check hanfonnya.

uami boleh tahu, tiba-tiba dia tengok Whatsapps dia sampai ke bawah. Sebaiknya, selepas tengok, skrol semula ke atas.
Lagi baik tidak check langsung. Lantak dialah.

IKLAN
5. Orang lelaki suka ada banyak pilihan alternatif. Apabila minta dia beli barang, berikan pilihan alternatif jika barang itu tidak ada.

Contohnya, “Abang beli bihun cap masjid. Jika tidak ada, beli cap bintang, jika tidak ada, beli cap bunga. Jika tidak ada juga, abang beli cap apa-apa pun.”

Senang. Tidak perlu suami telefon banyak kali. “Tak adalah Yang.” Kemudian telefon lagi.

6. Apabila suami makan dengan banyak. Jangan kata atau komen apa-apa. Tambah lauk dan hulurkan nasi sahaja. Lauk tidak habis kita juga yang susah.

Skrip seperti ini tidak perlu diucapkan;

“Banyak abang makan, tak pernah makan sebanyak ini.”
“Lauk sayang masak sedap ya?” Kemudian buat sengih tak diundang.

IKLAN
7. Apabila bergaduh elakkan DUA perkataan ini apabila merujuk kepada suami. 1) Tidak/Tak pernah 2) Selalu.

Contoh ayat;
Abang TAK PERNAH pedulikan saya.
Tidak pernah bermaksud langsung tidak buat. Memang langsung ‘tidak peduli’ selama bersama dengannya?

Abang SELALU sakitkan hati saya.
Selalu bermaksud sangat kerap seperti setiap hari melakukannya. Adakah suami setiap hari sakitkan hati?

Kita tidak perasan apa kita ucapkan saat itu. Kita istighfar banyak-banyak.

Nota : Adab ini sesuai untuk suami yang normal sahaja. Baran macam dubuk, pendiam macam sloth, pemalas macam koala dan sebagainya. Itu fikir sendirilah suami sendiri.

Adab Halus Suami Untuk Isteri

Kebanyakan isteri kepenatan setiap hari terutama apabila mempunyai anak kecil atau anak yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Perlu dibantu oleh orang dewasa.

1. Apabila hari cuti, biarkan isteri tidur waktu pagi sehingga dia rasa puas tidur. Khususnya waktu mereka ABC. Waktu malam, sewaktu kita tidur, anak kecil akan sedar untuk menyusu dsbnya. Tambahan pula orang wanita susah untuk tidur mati macam lelaki. Otak selalu bersambung, mereka cepat sedar.

2. Apabila isteri sudah tidur. Jangan buat bising seperti tonton bola dengan bunyi kuat dan sebagainya. Mereka mudah tersedar. Kadang kala, bunyi engsel pintu pun boleh terjaga.

3. Jika mahu makan apa-apa sarapan pagi esok. Cakaplah awal-awal di waktu petang. Supaya isteri boleh sediakan bahan awal. Jangan selepas subuh kejut cakap mahu Nasi Lemak. Terkial-kial isteri belah ikan bilis.

4. Waktu cuti, ketika isteri tidur dengan puas di waktu pagi. Kita sediakanlah sarapan. Sama ada kita masak atau beli di luar.

5. Apabila isteri cerita satu cerita yang lawak. Gelaklah sama dengan nada suara yang sama dengannya. Walaupun kita dengar tidak rasa lawak pun. Bagaimana untuk tidak nampak fake ketawa kita? Kena berlatih selalu.

6. Apabila kita tidur lewat, masuk bilik ternampak isteri tidur terbongkang memenuhi ruang katil. Tidak perlu kejutkan dia. Biarlah dia tidur dengan selesa. Ada duit lebih beli katil saiz King pula.

MW: Setuju sangat yang bab beli barang..kena bagitau detail, kalau tak mahunya telefon berkali-kali. Syukurlah, itulah yang melengkapi hidup suami isteri.

Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI