Suami bila dia curang, itu memang pilihan dia. Bukan tercurang tanpa sengaja pun.

Suami nak cerai, isteri terus failkan tuntutan nafkah dan harta sepencarian di Mahkamah

Iyalah suami tengah angau dengan kekasih hati, memang sudah tak ada hati pada isteri dan anak-anak. Begitulah realitinya bila suami curang, muka isteri pun dia tak mahu pandang. Apa lagi hati isteri, lambat lagi dia nak jaga.

Suami Nak Cerai

Kongsi Puan Kheyr Hameed, bila artis buat laporan pihak ketiga dalam rumah tangga, ramailah sibuk nak juga “saman”.

Saman yang artis tu buat ialah untuk kes sivil untuk injunksi bagi menghalang pihak ketiga mengganggu artis tersebut sama ada secara bersemuka atau dalam talian. (U go girl, good job!)

Untuk isu pihak ketiga, ia adalah bawah kategori jenayah syariah (bagi muslim). Jadinya bukan istilah “saman” digunakan, ianya adalah pendakwaan yang akan dilakukan oleh pendakwa syarie.

Isteri Tak Payah Terhegeh

Prosedurnya? Bawa bahan bukti dan sebagainya serta buat laporan di pejabat agama islam daerah/negeri.

Tetapi untuk mendakwa pihak ketiga ianya agak mencabar kerana peruntukan yang ada, adalah sangat terhad dan spesifik.

Sebagai contoh, di Selangor terdapat tiga peruntukan melibatkan orang ketiga iaitu Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Lebih Baik Move On

Peruntukan ini menetapkan,

IKLAN

“Mana-mana pihak yang memujuk lari suami atau isteri, mana-mana pihak menghalang suami isteri menjalankan tanggung jawab dan mana-mana pihak menghasut memujuk suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggung jawab dalam rumah tangga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan”.

Dan tafsiran orang ketiga boleh juga melibatkan ahli dalam keluarga sendiri seperti ibu mentua, ipar duai dan sebagainya.

DI SINI :

Suami Orang Di Kaca Mata Wanita SINGLE, Serba-Serbi Nampak SEMPURNALAH Padahal

Kalau Sayang Keluarga, Jangan Sesekali MULAKAN, Elak Wujudnya ORANG KETIGA

Munculnya Orang KETIGA Bila Suami Isteri Tidak Lagi BERFUNGSI Dalam Rumah Tangga

IKLAN

Buat Tuntutan

Apa yang dikatakan mencabar itu ialah bagaimana hendak buktikan kepada mahkamah bahawa pasangan anda adalah “dipujuk” atau ”dihasut” untuk lari atau abaikan tanggungjawab atau bercerai?

Antara saksi utama akan dipanggil ialah pasangan anda sendiri. Jadi jika disoal siasat, adakah anda rasa pasangan anda akan menyatakan “ya, dia yang hasut saya supaya bercerai.”

Atau “ya, dia yang pujuk saya tinggalkan isteri saya.” ?? Adakah mungkin mereka akan menganiaya ”skandal” mereka sendiri dengan mengatakan memang mereka tidak berniat tetapi dipujuk dan dihasut?

Selagi Boleh

Senang cerita, akal sudah diberi… Pilihan di tangan sendiri. Fahami maksud kehidupan suami isteri. Curang itu adalah pilihan.

IKLAN

Kalau tanya saya, saya lebih suka anda failkan tuntutan nafkah tertunggak dan harta sepencarian di mahkamah jika didapati dimadukan atau jika ingin diceraikan.

Suami nak ceraikan, tapi isteri beriya tak nak dan nak “saman” pihak ketiga. Move on sajalah. Cerai dan buat semua tuntutan yang boleh. Tak payah terhegeh-hegeh dah kalau suami nak ceraikan.

Notakaki: Kalau mak pak mertua hasut menantu untuk tinggalkan rumah dan abaikan tanggungjawab, silalah saman mak pak mertua.

Tapi drama melayu, selalunya mak pak mertua akan suruh anak lelaki kahwin lagi satu kalau mereka tak suka menantu. Anak lelaki konon terpaksa tapi kahwin juga. Kahkahkah.

Mingguan Wanita : Suami bila dia curang, itu memang pilihan dia. Bukan tercurang tanpa sengaja pun. Jadi jangan bebankan fikiran untuk saman orang ketiga, melainkan memang ada bukti kukuh suami kalian adalah mangsa keadaan.

Sumber : Puan Kheyr Hameed

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI