Setiap pasangan suami isteri pastinya ada cara tersendiri dalam memberi nama pada setiap kelahiran anak. Kreativiti dan keunikan nama yang boleh memberi kelainan tersendiri dalam keluarga.
Guna 4 Abjad
Sepasang suami isteri di Belgium menamakan kesemua 11 anak mereka hanya dengan menggunakan empat abjad yang diubah suai secara berbeza, lapor akhbar The Sun semalam.
Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno hanya menggunakan abjad a, e, l dan x dalam kesemua nama anak-anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.
Anak sulung mereka yang berusia 13 tahun bernama Alex, dan diikuti dengan Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.
Sasarkan 12 Anak
Mereka juga dijangka menimang cahaya mata yang ke-12 pada April tahun depan.
Ads
“Kami menamakan anak sulung sebagai Alex bersempena dengan nama bapa tiri Vaneeno kerana berasakan ia adalah nama yang indah.
“Anak kedua kami kemudiannya dinamakan Axel sebelum kami mula ‘bermain’ dengan empat abjad tersebut untuk menamakan anak-anak yang lain,” kata Blanckaert.
Tambahnya, selepas melahirkan anak ke-12 pada tahun depan, dia dan suaminya berhasrat untuk tidak lagi mempunyai anak yang lain.
“Sejak awal lagi kami telah menetapkan sasaran untuk memiliki 12 orang anak. Apabila kami duduk di sekeliling meja bersama 12 orang anak, ia bererti keluarga ini telah lengkap,” ujar Blanckaert.
Gajet dapur mak-mak ini janganlah berani-berani anak atau suami nak rosakkan. Lagi-lagi barang paling mak-mak sayang. Tupperware antara contoh ‘legend’ yang selalu orang sebut-sebutkan. Pantang hilang, rosakkan apatah lagi tupperware cair.
Bila dah rosak, tahulah nasib seisi rumah itu macam mana. Begitulah perumpamaannya pada barang yang mak-mak sayang.
Subaina Muhammad berkongsi cerita. Tentang tragedi Tupperware cair dekat dua kali di rumahnya. Sehingga kejadian itu diibaratkan sebagai tragedi Oktober.
Kongsinya, “Akak balik sekolah, anak yang perempuan yang sulung sambut mak dengan senyuman paling manis hari ini.. sambil tu dia cakap.
“Mami, mami kena redha tau. Terima kenyataan..”
Maknya masih tak faham. Kalau benda tak baik tak kan nak tersenyum manis kan. Terus maknya soal siasat apa salah dia buat.
Sekali dia kata, “Tupperware mami kan..”
Belum habis ayat, maknya terus dapat gambaran. “Tupperware cair lagi ke?”
Dia angguk, “lepas kukus pau, kakak sidai kain lepas tu masuk kelas online, terus lupa.”
Bekas tu baru je apaknya ganti bulan lepas.
Sebelum tu apaknya lupa juga, dah macam kapal UFO jadinya. Cepat-cepat dia cari ganti, sejuklah hati.
Ni anaknya pulak.. pandai-pandailah dia bincang dengan apaknya. Mak memang tak boleh terima kenyataan dah ni. Steamer rosak dengan kuali pun rosak
Subaina turut menegaskan kejadian Tupperware cair itu bukanlah disebabkan oleh steamer mahupun bekas Tupperware yang kurang berkualiti.
Sebaliknya cara kendalian salah itu yang menyebabkan keadaan jadi sedemikian. “Saya sangat suka Tupperware, dan ianya sangat praktikal bagi saya.”
Mingguan Wanita : Nampak gayanya kenalah berganti kan. Jangan main-main bila Tupperware mak-mak hilang atau rosak ni.
Ramai suami berharap isteri melayan dirinya macam raja. Bukan sekadar jaga makan minum, pakai malah serba serbi tip top. Tapi sedar kah suami, jika mahu dilayan sebegitu sebenarnya suami itu dulu kenalah layan isterinya macam puteri raja.
Barulah isteri seronok, ikhlas dan tak berkira pun nak melayan suaminya kelas terbaik bak raja. Haa.. ini kisah benar yang dikongsikan Eddie Diena. Tentang sepasang suami isteri yang sudah 35 tahun berkahwin, tapi hubungannya macam baru jatuh cinta.
Tadi saya luangkan masa jumpa kawan lama. Sedang rancak berbual di kedai makan. Datang sepasang suami isteri berumur lingkungan 50an. Mereka jalan berpimpin tangan lalu menyapa kami.
“Adik, meja ni ada orang tak?”
“Tak ada orang pakcik.” jawab kawan saya kepada pakcik tersebut.
Tak lama berselang.
Pakcik tu pun berkata kepada isterinya.
“Sayang, awak duduk dulu. Cop meja, nanti orang lain ambil pulak. Orang tengah ramai ni.”
“Eh, tak apa bang. Biar saya yg pergi beli. Abang yg duduk.” jawab isteri pakcik tu sambil tersenyum.
“Eh, tak apalah. Biar saya pergi beli, awak tu rehat. Nanti darah naik pulak.”
“Tak apa, saya dah biasa. Biar saya buat semua. Kalau awak taknak dengar cakap nanti saya merajuk.”
“Okay okay, saya kalah. Dah awak pergi beli.nSaya tunggu sini.” Sambil tersenyum kearah kami berdua.
Saya dan kawan saya tersenyum melihat gelagat pakcik tu suami isteri yang berebut nak belikan makanan. Nampak romantik walau sudah tua.
Saat isteri pakcik tu sudah pergi meninggalkan meja.
Kawan saya tadi tu beranikan diri untuk menyapa pakcik tu.
“Kamu dah berkahwin?” soal pakcik tu.
“Sudah pakcik” jawab kawan saya.
“Isteri kamu layan kamu macam Raja tak?”
“Tak pakcik, dia layan biasa biasa je.”
“Habis tu kamu layan dia macam puteri raja tak?”
“Tak jugak pakcik. Saya layan dia biasa biasa aje.”
“Oh, okay. Ni pakcik share 1 tips. Pakcik pun baru je berumah tangga. Tak adalah expert mana pun. Adalah lebih kurang 35 tahun kahwin dan baru je ada 6 anak dan 2 cucu.”
Kawan saya tersenyum dengar sambil berkata.
“35 tahun kahwin pakcik cakap baru?”
“Yelah, bagi pakcik macam baru sebab perasaan tu masih sama macam dul-dulu.”
jawab pakcik tu.
“Oh,okay pakcik. Barulah saya faham. Apa tipsnya?”
“Kalau kamu nak isteri kamu ni layan kamu macam Raja. Pertama sekali diri kamu yg nak kena layan dia macam puteri raja dulu.”
Nak dia hormat kamu, kamu jugak kena hormat kepada dia dulu. Jangan berkasar dengan dia dan kena saling bertolak ansur dalam semua perkara.
Kalau kamu layan dia endah tak endah.
Dia pun akan balas apa yang kamu buat pada dia. Sebab isteri kita ni kita yang didik. Kita yang bentuk dia. Baik layanan kita terhadap dia. Baiklah layanan dia kepada kita.
Kalau dari awal kita tunjuk contoh yg baik pada dia. InshaAllah, dia jugak akan menjadi baik. Kalau tak percaya. Adik boleh cuba dekat rumah tangga adik nanti.
Begitu jugak kalau kita jadi ketua di tempat kerja. Kalau nak orang bawahan hormat kepada kita. Kita terlebih dahulu kena tunjuk yang kita hormat kepada mereka. Barulah semua pekerja akan ikhlas melakukan kerja.
Sebab dalam kehidupan seharian kita ni.
Kita tak boleh nak harapkan orang layan kita baik-baik kalau kita sendiri tak layan orang tu baik-baik. Bak kata orang putih.
Tak lama lepas tu isteri pakcik tu pun sampai di meja makan. Kami pun tak berani nak tanya apa² lagi dan hanya melihat gelagat pakcik tu dan isterinya.
Tak lama berselang. Kami pun minta diri untuk beredar. Semasa kami hendak bangun dan berlalu pergi.
Sempat pakcik tu berkata.
“Jangan lupa cuba pesan pakcik” Sambil menyuap makanan ke arah mulut isterinya.
Sepanjang perjalanan saya cuba untuk ingat segala kata² pakcik tadi untuk saya sampaikan kepada yg lain. Sebab bagi saya apa yg pakcik tu sampaikan sangat jelas dan saya bersetuju dengan pendapat pakcik tu.
Kalau kita nak orang hargai kita. Kita terlebih dahulu perlu menghargai pasangan kita.
Renung-renungkan.
Bersenam hanyalah 20 % faktor berat badan turun, paling penting ubah, kawal dan jaga tabiat makan kita setiap hari. Memang bukan mudah, tetapi perlahan-lahan cuba ubah gaya pemakanan.
Jika mak ayah mula kawal dan jaga tabiat makan lama-kelamaan akan terbiasa dan menjadi mudah. Paling seronok, bila berat badan turun mak ayah berasa lebih selesa untuk beribadat apabila tubuh badan bertambah sihat.
Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, nikmat sihat memang nikmat yang menggembirakan.
Saya masih ingat masa pertama kali ditahan di wad Hospital Kuala Lumour (HKL) kerana suspected sakit jantung, tekanan darah saya ialah 146/92. Hari tu pulak tepat pada hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 16 tahun.
Mana tak panik. Semua orang panik. Wife saya terlebih lagi panik.
Masa tu berat badan saya hampir 90 kilogram (kg) kot. Dada selalu sesak nafas. Tidur berdengkur kuat.
Hari ni berat badan saya sekitar 76 kg saja. Tekanan darah pulak semakin baik. 118/75 saja.
Isnin ini rutin check up di Klinik Kesihatan Gombak. Tak sabar hendak tunggu apa kata doktor. Excited semacam rasanya.
Nasihat saya kepada semua lelaki yang berat badan melimpah keluar, jom kita turunkan berat badan. Berat badan turun, dengan sendirinya kesihatan akan jadi tambah baik.
Kalau orang tanya apa petua saya, saya bagi yang mudah-mudah saja.
Tinggalkan gula dalam minuman. Potong terus. No excuse. Terbaik ialah minum air kosong saja.
Ada 2 kesan bila kita tinggalkan tabiat suka minum air manis ni. Berat akan turun dan perut buncit akan hilang.
Belajar puasa lama-lama. Takde kos. Belanja pun jimat. Siap dapat pahala lagi. Dapat maintain Isnin, Khamis dan 3 hari putih, itu dah dalam 11 hari setiap bulan kita berpuasa.
Senaman, jogging, walk out, pergi gym dan seumpama dengannya hanyalah mewakili tidak lebih dari 20% faktor penurunan berat badan. 80% ialah ubah, kawal dan jaga tabiat makan yang betul.
Yang terakhir, selalu ingat ni. Nikmat makan hanya sementara. Tapi nikmat sihat selama-lamanya. Dengan tubuh yang sihat, macam-macam kerja dan ibadah kita boleh buat dengan lebih bermutu lagi.
Best kan? #KAB
– Doakan buku saya “Ustaz Wajib Kurus” cepat siap dan terbit –
Mingguan Wanita : Jangan cipta banyak alasan dan terlalu drastik dalam mengamalkan diet. Ikut kemampuan diri dan jangan terlalu memaksa agar badan tidak terkejut menerima perubahan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.