siti nurhaliza

Berita gembira dan penuh kesyukuran disambut oleh para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin,39, apabila penyanyi kesayangan ramai ini,selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi secara pembedahan. Rupanya ada sebab tertentu kenapa hari isnin yang menjadi pilihan bagi penyanyi lagu ‘Comel Pipi Merah’ ini untuk melahirkan bayi sulungnya.

Perkara berkenaan disahkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk.

Menurut Rozi, bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja untuk melawat.”

“Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.”

Jelas Rozi, buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.Pasangan itu juga memohon diberikan sedikit masa sebelum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka.

Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak pertama mereka lancar dan selamat.

IKLAN

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat serta pihak media di atas sokongan sedari awal kehamilan.

Rancang Umum Nama Hari Ketujuh Kelahiran

Sementara itu, memetik laporan BHOnline, Datuk Khalid berkata mereka akan mengumumkan nama bayi pada hari ketujuh kelahiran nanti.

“Mengikut perancangan, pada hari ketujuh kelahiran nanti, kami mahu mengadakan majlis maulid. Pada waktu itulah kami umumkan nama bayi,”

Terdahulu Siti Nurhaliza dan Khalid mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006. Meskipun pernah mengalami episod keguguran sebelum ini, ternyata berkat kesabaran, usaha dan doa tanpa henti, penantian selama 12 tahun pasangan untuk memiliki cahaya mata sendiri dipermudahkanNya.

IKLAN

Mingguan Wanita mengucapkan jutaan tahniah buat Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami, diatas kelahiran puteri yang dinanti-nantikan selama ini. Semoga bayi comel ini menjadi anak yang solehah penyejuk mata & hati seluruh keluarga.

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

IKLAN

Baca disini:

“Beritahulah Apa Saja Cara, Namakan Petua & Rawatan, Sebut Saja Kaedahnya, Beliau Terus Mencuba,Tanpa Henti”-Rozi

Sumber:Instagram ctdk  & Rozi Sang Dewi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI