Sesungguhnya sejahat-jahat suami, dia tetap didahulukan, sedarlah duhai suami sebelum terlambat. Seorang isteri tak tergamak mengabaikan suami.
Biarpun hati pedih dan kecewa bila suami tetap tidak mahu berubah, tetapi seorang isteri tetap tunaikan tanggungjawabnya.
Sejahat-Jahat Suami
Kongsi Firdaus Shakirin, sejahat-jahat dan seburuk-buruk suami itu…
Isteri tak pernah mendoakan kecelakaan untuknya… Isteri tak pernah mintak dia ditimpa kemalangan…
Isteri tak pernah nak urusan dia disukarkan… Isteri tak pernah tak masak untuk dia makan… Isteri tak pernah tak basuh apa yang dia pakai…
Dia Tetap Didahulukan
Walaupun layanan itu dingin, malah walaupun layanan itu teruk, walaupun selalu bercakap dengan nada tinggi dan marah-marah, tapi isteri tetap buat segala kewajipan dia…
Tak pernah langsung membelakangkan suaminya dalam setiap apa yang dia lakukan seharian…
Suami tetap keutamaan walaupun suami itu tak seperti yang diimpikan… Suami tetap perlu didahulukan walaupun suami itu jauh dari yang diharapkan…
Kenapa? Sebab dia masih seorang suami… Isteri hanya mampu menegur, menasihati dan mendoakan yang baik-baik untuk suaminya…
Isteri nak Allah tolong dirinya untuk dia terus kuat dan sabar untuk menghadapi suami sebegini… Dia dapat suami yang menguji keimanan dan ketaqwaan dia…
Suami yang macam ini patut sedar sebelum terlambat…
Tak layan isteri sebaiknya, tak tunai nafkah secukupnya, tak memahami isi hati dan emosi isteri, tak tolong isteri dalam kerja-kerja rumah, tapi isteri anda masih mampu mengukirkan senyuman ketika bersama anda…
Isteri lain mungkin sudah lama pergi meninggalkan anda yang tak mahu berubah ke arah yang lebih baik dek kerana ego dan sombong yang bersarang dan sebati di dalam hati…
Mingguan Wanita : Wahai suami, hargailah isteri yang masih setia di sisi walaupun kadang-kadang perangai kalian sangat menguji. Tak mampu berubah banyak, berubah sedikit demi sedikit.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Dalam hati seorang ibu, tiada yang lebih mendebarkan selain melihat anak kecil menangis tanpa henti, lebih-lebih lagi bila hati sendiri sedang diserang gelisah menunggu khabar suami tercinta.
Itulah yang alami oleh isteri Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi sementara menerima khabar mengenai suami tersayang yang dikhabarkan terbabit kemalangan trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa batu kira-kira jam 8.50 pagi.
“Mikhael Anaqi, anak sulung kami baru berusia empat bulan, tiba-tiba menangis tanpa henti. Macam tahu ayah dia tengah sakit waktu tu,” luah Nor Farahana Mohd. Razali, 28, yang masih belum sempat menyesuaikan diri di kuarters Unit 5, Sungai Senam, Ipoh.
Sebagai isteri anggota yang baru berpindah, Farahana belum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp isteri-isteri anggota lain. Saat tragedi berlaku, dia langsung tidak tahu apa-apa. Yang dia ada hanyalah firasat dan tangisan anaknya yang tak mahu reda.
“Saya tunggu tiga jam tanpa sebarang kepastian. Berita yang saya terima bercampur-campur. Ada yang kata selamat, ada yang diam. Masa tu saya cuma duduk, pegang anak, dan menangis dalam diam.”
Farahana dan Muhammad Aniq baru mendirikan rumah tangga tahun lalu. Hidup masih di fasa membina fasa belajar memahami, menyusun bahagia, dan menyulam impian. Tetapi ujian datang terlalu awal.
“Bila diberitahu suami cedera, saya terus ke Hospital Teluk Intan. Tapi saya masih tak tahu keadaan dia macam mana. Saya takut, saya keliru… Tapi saya tetap kena kuat. Demi Mikhael. Demi suami saya.”
“Bila dapat tahu suami saya cedera, jantung rasa seakan berhenti. Saya tak tahu sejauh mana keadaannya, tak tahu di mana dia terluka. Saya cuma tahu saya perlu cepat ke Hospital Teluk Intan. Dalam hati, saya ulang-ulang doa agar Allah lindungi dia,” luah Farahana dengan mata yang masih berkaca.
Sementara itu, bapa mertuanya, Rozi Jusoh, 63, berkongsi mengenai satu-satunya anak lelaki dari empat bersaudara yang menjadi harapan keluarga.
“Aniq anak bongsu kami. Satu-satunya lelaki daripada empat beradik. Dia bukan sekadar anak, dia harapan.”ujarnya.
Bunyi Dentuman
Sementara itu, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, hanya mengingati bunyi dentuman kuat sebelum mendapati dirinya terbaring di lantai trak.
Dia merupakan antara sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang cedera dalam nahas di Jalan Chikus – Sungai Lampam dengan lori membawa muatan batu pada pagi Selasa lalu.
Katanya, semasa nahas itu berlaku, dia hanya mendengar bunyi brek secara mengejut, dentuman kuat sebelum menyedari berada di lantai trak polis itu.
‘Saya dalam keadaan separuh sedar sebelum ada anggota daripada trak lain menarik saya keluar.’
Dia dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum pulang ke rumah keluarga di Arau,Perlis. Terdahulu, Dia dikunjungi oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin di sebuah rumah rehat di Taman Melor di sini.
Empat tahun menanti si kecil, ciuman terakhir seorang ayah undang pilu. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Empat Tahun Menanti Si Kecil, Ciuman Terakhir Seorang Ayah Undang Pilu
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Memang risau bila anak tak sihat.Lebih-lebih jika kena demam panas dan suhu badan tinggi, mak ayah memang kena selalu pantau perkembangan mereka.Bukan apa, jika dibiarkan atau terlepas pandang anak berisiko boleh kena sawan secara tiba-tiba. Inilah yang terjadi pada penyanyi Nurul semalam.
Pemilik nama Nurul Huda Abdul Wahab,41 atau kini dikenali dengan nama nouruldepp mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan lelaki dari Perancis, Eric Daniel Depp iaitu Zachary Depp,4 dan Raphael Depp.Malah Nurul juga mempunyai anak perempuan, Ayu Nazirah hasil perkahwinan yang terdahulu.
Baru-baru ini, Penyanyi lagu Kerana Terluka ini ada berkongsi detik cemas didalam posting di Instagramnya apabila anak lelaki bongsunya Raphael Depp,3 diserang sawan secara tiba-tiba .Ia berpunca daripada demam panas dan suhu badan yang tinggi.Menurut Nurul, ia kejadian kali ketiga anaknya kena serangan sawan malah turut berkongsi tip yang diajar doktor, perkara yang perlu dilakukan ketika ia terjadi.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Si #raphaeldepp ni memang betul-betul european. Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena seizure. Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya. Cuma semalam tak sempat sampai rumah. Beberapa perkara perlu dibuat selepas ambik #raphaeldepp dan #zacharydepp dari sekolah. #pavillionKL memang tempat biasa kami pergi kalau mahu mendapatkan sesuatu.
Baru je nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure, kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar Doctor.
Ini kali ketiga raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam. @ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak-kanak. Memang sedikit terkejut.
Malah, Nurul juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada yang terlibat membantunya sewaktu berada dalam detik kecemasan tersebut.
Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantu kami apabila melihat kami di dalam kecemasan. Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ.
Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.
Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darah nya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni!
Moga kisah Nurul ini boleh menjadi pengajaran buat mak ayah yang lain agar selalu memantau suhu badan anak ketika demam, bagi mengelakkan terkena sawan secara tiba-tiba. Malah jangan mudah panik sekiranya anak kena sawan serta ikut tip yang dikongsikan oleh Nurul seperti diatas untuk mengatasinya.
Buat Nurul, tahniah diucapkan kerana bertindak pantas serta semoga Raphael kembali cepat sembuh seperti sedia kala.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.