Kadang sebab teruja nak sambut bayi baru, anda pasti terlepas pandang bab ini. Haaa... penting ni, kalau terlupa sediakan nanti waktu berpantang kalut suami nak cari. Sila semak dan pastikan semua barang ini sudah lengkap! In shaa Allah senang pasangan kita nak tolong jaga kita waktu berpantang...

1. Baju bayi

Ya, baju memang kena ada dan anda patut sediakan beberepa helai baju berlengan pendek dan panjang. Dapatkan yang jenis berbutang di hadapan supaya senang dipakaikan. Baju yang jenis berlubang-lubang juga sesuai kerana cuaca sekarang kan panas.

2. Sarung tangan dan kaki

Kaki bayi kena sentiasa dipakaikan sarung kaki untuk mengelakkan angin daripada masuk. Sarung tangan pula akan melindungi kulit bayi dari kukunya.

3. Topi bayi

Ubun-ubun bayi masih lembut. Dengan memakai topi, ini mengelakkan angin daripada masuk.

4. Tilam

Tilam jenis kekabu amat selesa dan sejuk untuk bayi baru lahir.

5. Bedung

Cari bedung yang mudah dipakai, nak ikat atau berzip. Janji material kainnya jenis sejuk.

6. Tikar getah

Tikar digunakan untuk melapik tilam semasa menukar lampin dan semasa memakaikan pakaian bayi selepas mandi.

7. Barut

Barut juga penting untuk elakkan kembung perut. Sapukan dahulu minyak telon sebelum memakaikan barut.

8. Tuala

Dapatkan yang jenis lembut kerana kulit bayi baru lahir masih lembut dan sensitif.

9. Pampers /  Cloth Diaper

Sediakan pampers newsborn atau cloth diaper bersaiz newborn.

10. Besen mandian

Kalau payah nak mandikan anak di sinki, anda boleh beli besen mandian yang biasa yang muat diletakkan di dalam sinki.

11. Termometer

Termometer amat penting untuk memeriksa suhu badan bayi. Kalau anak demam, pastikan suhu tidak melebihi dari 38 darjah.

12. Kelambu

Kalau anda nak berpantang di kampung sila sediakan kelambu untuk elakkan dari gigitan nyamuk dan serangga lain. Selain daripada tu, boleh juga digunakan untuk elak silau.

13. Minyak & Losyen

Boleh sediakan minyak telon sebab tak panas sangat. Atau anda boleh cari minyak dan losyen yang sesuai dengan kulit anak anda.

14. Set berpantang

Jangan lupa beli Set Berpantang untuk kegunaan anda semasa berpantang nanti. Kalau anak jaundis, elok cuba elak makan jamu pada peringkat awal. Apa-apa sila rujuk doktor sebelum ambil ubat.

Selain barang keperluan di atas, adakah anda sudah tahu tentang penyusuan susu ibu? Haaa... pastikan anda dah gali ilmu tentang banyakkan susu dan cara nak buat stok susu anak.